"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 31 Ogos 2009

Kasi Libar Talinga

talinga kita bukan alang2 mendangar....kesiukan kalau carita2 ganjil2, carita yg ajaib2, carita yg bikin naik samangat kajantanan.... bukan ? tapi kalau carita naraka dan suruga talinga kita macam dengar inda dengar....kanapa ? jawapannya pasal, napsu dan iblis inda mau keseorangan masuk naraka....maka dengan itu talinga kita tersumbat KEBANARAN.....pangajaranya mari kita kasi kuyak talinga kita d bulan puasa ini supaya...sagala kejajalannya kita berkurangan, supaya kita mati dalam pertarungan mandapat IMAN...!!!

Jipun Tumbang ?

ULASAN MR. AKI - pulitik abad 21, pambangkang manang d jipun...pemerintahan 54 tahun akhirnya tumbang d tangan pengundi muda.... ini merupakan pukulan maut yang patut kita semua pikirkan sampana hari kemerdekaan yg ke52 tahun nagara kita malaysia...sadangkan jipun antara nagara yg paling maju d dunia, nagara yang penguasa ekonomi dan terkanal dengan sikap RAJIN berkerja....namun tumbang juga kerajaannya, ini inda lain kerana paktor sistem percukaian yang paling tinggi rakyatnya bayar tiap2 bulan.....di samping kehandak anak2 muda mahukan perubahan....pangajaran; anak2 muda handaklah d jadikan kawan bukan musuh... !!!!

Parti pembangkang menang besar


Yukio Hatoyama


TOKYO 30 Ogos - Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.

Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.

Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat hari ini, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula meramalkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu akan memenangi 321 kerusi.

Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.

Nippon Television pula menjangkakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.

"Ia merupakan kemenangan besar. Ia pilihan raya yang dramatik," kata wartawan veteran yang berkhidmat dengan akhbar harian Asahi Shimbun, Hiroshi Hoshi kepada TV Asahi.

LDP - yang telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali 'berehat sekejap' selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu.


Taro Aso


DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.

"Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya," demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula pagi tadi.

Pegawai berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, walaupun diramalkan taufan menghampiri Jepun - menunjukkan orang ramai sangat berminat dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Taro Aso berkata, dia akan meletak jawatan sebagai Presiden LDP.

"Saya perlu menanggung tanggungjawab itu," katanya kepada stesen penyiaran, NHK. - Agensi

Jumaat, 28 Ogos 2009

Jadilah pemimpin berjiwa hamba


ULASAN MR. AKI - banyak kawan2 bagi ulasan tulisan sdr.umar al-longobi lihat ulasan mereka d buluk ' suara anak marudu ' sabagai urang bukit yg tinggal d tandik tarpanggil untuk bagi pandapat, berikut ulasan mr. aki;

1. pemimpin berjiwa hamba- bukan pemimpin kapalanya sanang2 d pijak2, bukan idungnya d cucuk macam karabau, bukan juga panakut atau pak angguk kapal... pemimpin berjiwa hamba ini sabanarnya bersipat; 1. dia hanya takut pada ALLAH, dia takut buat dosa, dia cinta pada kebanaran, dia cinta pada rakyat, dia hanya barcakap benar dalam kadaan apa saja, dia paling barani, dia paling pemura.... dan banyak lagi sipat2 baik yg ada ada pada seorang pemimpin berjiwa hamba.

2. pemimpin berjiwa hamba - dia hanya hamba pada ALLAH, tidak menjadi hamba pada makhluk .

cukup dua mr.aki bagi tau...yg lain kamu buli tanya tuan2 guru d bidang tauhid dan tasauf dngan sarat berguru butul2 , kalau sakadar mau tahu saja inda d amal ilmu itu indada guna...mr.aki punya perinsip; 1. belajar barcakap banar meskipun pahit, 2. belajar cakap benar meskipun bulum benar, 3. belajar amal yang benar walaupun inda banar, 4. barkawan dengan urang2 banar, 5. perjuangkan yg banar .....

kesimpulannya di sini, siapa inda mau kebanaran ? siapa inda mau menjadi banar ? semua mau menjadi banar bukan walaupun diri dan mulut inda BANAR ...!!! pikirkan sama2

sumber; http://marudubloggers.blogspot.com/

Jadilah pemimpin berjiwa hamba. Lebih kurang macam begitulah ulasan saya jika ada wartawan yang ingin meminta pandangan daripada saya tentang kepimpinan di Kota Marudu. Jangan keliru, apabila disebut pemimpin... bukan bermakna YB saja. Setiap individu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinannya.

Bermaksud, kita mahu para pemimpin di Kota Marudu bermula individu, ketua keluarga sehinggalah ke tahap YB supaya menjadi pemimpin berjiwa hamba. Pemimpin ini sahaja yang bisa merealisasikan gagasan 1Malaysia. Kena faham apa yang dimaksudkan sebagai "rakyat didahulukan". Jika pemimpin tinggal di rumah banglo, rakyat tinggal di reban ayam... adakah itu rakyat didahulukan! Kalau pemimpin memakai kereta mewah, rakyat dibiarkan berkaki ayam dan dibebani harga bahan api yang tinggi... adakah itu rakyat didahulukan!! Apabila pemimpin ramai yang mati kekenyangan, rakyat mati kebuluran... adakah itu rakyat didahulukan!!!. Fikirkan.

Khalifah Umar al-Khattab pernah berpesan, "kenyangkan dulu perut rakyat, sebelum engkau mengenyangkan perutmu!". Inilah makna sebenar pendahuluan terhadap rakyat. Kita berharap dengan terlancarnya gagasan 1Malaysia, pemimpin-pemimpin kita akan mula belajar mendahulukan rakyat. Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia atas gagasan yang dinanti-nantikan rakyat itu. Saudara... pemimpin yang berjiwa hamba ini, jika pergi ke tamu Kota Marudu, orang tidak akan tahu bahawa dia itu pemimpin besar. Tapi jika dia sedang memimpin rakyat, orang merasakan bahawa rakyat akan hancur tanpa pemimpin sepertinya. Nak yang lagi hot, sila klik di sini.

Selamat bersahur!

'Berani mati'

ULASAN MR. AKI-Kalau mau capat MAMPUS pun janganlah jawab ' berani mati ' remaja apa ini ? zaman mr. aki dan kawan2 pigi sikula jalan kaki juga...zaman mr.aki dengar HON KURITA pun barabis kami lari batapuk.... karana takut kana LANGAR !!!



2708-lead-2
GADAI NYAWA ... Dengan gaya selamba, pelajar yang mengelarkan diri sebagai ‘berani mati’ melintas jalan melalui cela-cela kenderaan, tanpa takut dan gentar menghadapi kemalangan.

27th August, 2009 -sabah times

KENINGAU: “Berani mati” – ini antara perkataan yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, bagi menjawab soalan wartawan kenapa memilih laluan bahaya untuk ke sekolah, sedangkan jejambat telahpun disediakan.

“Mereka tidak mungkin akan melanggar kami,” demikian jawapan pelajar yang lain, sekaligus mendedahkan kualiti displin pelajar tersebut terlalu rendah.

Persoalannnya, kenapa perbuatan pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah menengah yang terletak dalam kawasan pekan itu, gagal dibanteras selepas kisah jejambat yang berharga ratusan ribu ringgit telah berkali-kali didedahkan sebagai ‘gajah putih’, kerana tidak digunakan oleh pengguna.

Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata masyarakat menuding ke arah pihak ber- kuasa tempatan, khususnnya Majlis Daerah Keningau (MDK) apa yang mereka sifat- kan sepatutnya menguatkuasa undang-undang.

“Terdapat undang-undang kecil yang membolehkan MDK menyaman pengguna yang tidak menggunakan jejambat, ketika menyeberang jalanraya,” jelas seorang responden yang mahu dikenali sebagai Wati.

Selain golongan pelajar dan remaja, terdapat juga orang dewasa yang sanggup ‘berani mati’, semata-mata untuk mengejar masa ke lokasi yang dituju.

Persoalannya, apabila terjadi kemalangan – mangsa atau keluarga sering kali menjadi kerajaan sebagai sasaran untuk dipersalahkan.

Khamis, 27 Ogos 2009

Urang Miskin Makan D HUTEL ..


Sagala datuk, sagala tan siri, sagala YB2, sagala koprat berlumba-lumba kasi makan urang2 muskin kanapa ? jawapnya sanang saja... karana lapas ini diurang dapat pulangan, dapat untung, dapat pangkat, dapat apa yang diurang MAU ....!!!


MASA bulan puasa inilah para MISKIN d bagi pangkat abis2an, d bagi layanan no.1 , bagi tampat duduk d hadapan dan bagi macam2 ... sampai d suap pun ada, inilah barakat RAMADHAN...tapi lapas ramadhan urang2 ini indada GUNA suda, inda main layan2 suda, indada main no.1 suda ...yang ada kata2 ini ' apa aku paduli, masing2 idup ' atau ada lagi labi dari ini ... biar diurang MAMPUS...!!!


ARTIS pun bukan alang2 lagi....mandapat tampat makan sana sini parcumaaaa yg d buat oleh urang2 basar.

Sumber gambar; http://minaq-jinggo.fotopages.com/


ULASAN MR.AKI - semua yg diurang buat itu bagussssss pasal niat diurang punya tahulah... tapi yang inda sadap... balik2 urang yang sama saja dapat sumbangan, indada ka urang lain ? ini d sabah punya carita.... samananjung mr.aki inda tahu. Kamudian kanapa inda buat d kampung2 ? cuba kamu urang bah pigi sana kawasan bukit2 .... jangan balik2 tampat yang sama dan urang yang sama...mana adil ini macam...!!! nasip urang MUSKIN d lambung2 masa d parlukan diurang d puja, d sanjung ...lapas bulan2 SYAITAN urang2 ini bagaikan TAHI indada GUNA. PIKIRKAN ..!!!

Basug

ULASAN MR. AKI-manusia ini macam bagus d gantung idup2 indada guna kasi biar ... kalau katahuan masa di lahir parangai ini macam bagus lagi kasi buang d tung sampaaaaaaaa .... apa punya manusia, mangantam anak sendiri.... bagus putung dia punya TONTOLOU.


Bapa jadikan 4 anak mangsa pemuas nafsu

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Begitulah perkataan sesuai digambarkan buat seorang lelaki yang sanggup menjadikan empat anak perempuannya sebagai tempat pemuas nafsu.

Lebih malang, perbuatan kejam itu hanya terbongkar setelah mereka menjadi mangsa sejak 16 tahun lalu.

Kehidupan malang empat beradik itu bermula apabila kakaknya, yang kini berusia 23 tahun mula menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia tujuh tahun di rumah mereka di Kampung Pak Mentosa, Tembila, Besut.

Selepas beberapa tahun kemudian, suspek melakukan perkara sama terhadap adik-adik mangsa.

Sementara itu, ibu mereka yang menjadi tempat mengadu tidak dapat berbuat apa-apa apabila diugut untuk dicederakan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila dia cuba merogol anaknya yang berusia 15 tahun, April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri, berkata, berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, Sabtu lalu.

''Berdasarkan laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan tiga kakak mangsa dan mengesahkan perlakuan kejam suspek.

''Pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,'' katanya.

Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan 5

Hari ini suda masuk 5 urang2 islam berpuasa... 5 hari juga macam2 alasal yang kita dangar dari mulut2 islam yang inda PUASA, 5 hari juga yang pura2 islam mangaku talah berpuasa....pada hal makan minum d rumah, makan dan minum d mata umum...inilah parangai2 individu islam yang kita lihat, kajadian ini bukan baru tahun ini barlaku .... kajadian ini sajak dulu2 lagi..mr.aki dan kumpulan baru dalam dunia islam lain pulak caritanya.... diurang ini lebi bagus amalannya banding urang lama islam asal...kanapa macam ini ? pasal diurang ini ada ilmu, masa diurang terima ini islam diurang balajar butul2 .... dangan ilmu mereka tahu, apa itu islam, apa itu iman dan naraka....kesimpulan mr.aki d sini buta ilmu buli menyababkan inda cinta.... inda kanal inda cinta. jadi marilah sama2 balajar.......... marilah sama2 beramal.......marilah sama2 tingkatkan iman.

Selasa, 25 Ogos 2009

Carita Ramadhan

ULASAN MR. AKI - sajak bulan puasa ini mr. aki nampak banyak jadi alim, banyak pura2 lamas pun ada, pura2 kering bibir pun ada pokoknya sejuta macam2 d kalangan umat islam....yang alim butul2 kanampakan kealimannya....tapi yang pura2 alim pun ada juga...lpas ramadhan jadi HANTU balik....yang pura alamsa, bibir kering, nampak kapanatan juga ada d bulan ini... ini palakun no 1 masa ramadhan, kita pun kasian....jadi kalau mau alim biar alim butul2, kalau mau bartaubat taubat butul2, kalau mau puasa puasa butul2 ......ramadhan oh ramadhan yang banyak jadi baik....banyak juga panjahatnya....!!! pikir2 kan



siapapun yang manang itu keputusan rakyat... cuma mr.aki hairan sajak PM baru kita urang naik ganti pak lah ...ada2 saja kematian wakil2 rakyat kanapa aaaaaaaaaaaaaaaaaa ? panas ka kursi YB2 ini ? cuba kita urang pikir2 kanapa kematian banyak....!!! sambil2 tungu berbuka puasa dan zikir2 mana tahu dapat ilham .....!!! salamat berpikir.

Cari pahala atau bala ?

ULASAN MR. AKI- kupi ini carita di http://utarasabah.net/ untuk tulung niat c NAZREY ini mau buat sekula al-quran d ranau, muda2an dengan jualan minyak, seperti you Tube yang kamu urang nampak ini dapat kasi tunai niat yang bagus ini.... pada urang2 kaya janganlah kamu urang kedekut aaaaaaaaaaa balilah minyak bagus ini, suda2lah bali minyak yang indada katantuan ... paham kan apa maksud mr.aki .....apa2 kamu urang inda tahu atau mau tahu carita lanjut.... bah kamu pigi lah lawat ini web yang saya kupi.

Perjumpaan wakil Utara.FM yang diwakili oleh rumputt, Aldusuni dan DJ PP dengan 3 wakil dari Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd. termasuk Pengarah Urusannya iaitu Nazrey Johani telah menghasilkan satu keputusan yang sangat memberangsangkan yang mana Utara.FM berkemungkinan besar akan melangkah ke dunia koporat. Selain terlibat dengan syarikat ini, Utara.FM juga akan menjadi promoter untuk album-album yang akan dikeluarkan oleh Nazrey Johani.


Isnin, 24 Ogos 2009

Allah milik bersama ...?

ULASAN MR. AKI- urang2 islam sapatutnya mangambil iktibar kadatangan ramadhan ini... kasi merdeka zahir batin, jangan balik2 macam anjing dengan kucing...pulitik, pikiran yang inda sama kasi jahu2 dulu ... kita masing2 cari kemuliaan d sisi allah, cari bintang dan darjat d sisi allah, ramadhan hanya datang 1 x dalam setahun .... anwar ka yang dulu pigi masjid atau TPM ka yang duluan datang d masjid... itu d kira bagus, tapi bagi allah itu bukan ukuran sabanarnya...ukurannya adalah IKHLAS atau berhati hamba...iman lah yang jadi pengukurnya. pas, umno, dapa,ldp, pbs,pbrs dan semua parti BN , yang beragama islam.... ingatlah kita semua bahawa penentu surga atau narakanya kita adalah ' iman yang sah' untuk paham mari kita belajar bab TAUHID ....pada tuan2 guru d tampat masing kita ...!!!!

TPM, Anwar solat tarawih bersama

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos – Dalam agenda kempen yang sibuk menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa untuk bersolat tarawih bersama-sama penduduk di Masjid Jamek Bukit Indera Muda di sini, malam ini.

Muhyiddin yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 8.40 malam ditemani beberapa pemimpin UMNO, antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Kira-kira 15 minit kemudian, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di masjid yang sama untuk menunaikan solat tarawih ketika jemaah sudahpun memulakan sembahyang sunat itu.

Muhyiddin dan pemimpin UMNO yang lain berada di saf hadapan manakala Anwar bersembahyang di belakang Muhyiddin iaitu selang beberapa orang ke sebelah kiri Timbalan Presiden UMNO itu.

Bagaimanapun, Anwar keluar daripada saf itu lebih awal dan meninggalkan masjid berkenaan kira-kira pukul 10.05 malam ketika Muhyiddin dan jemaah yang lain belum selesai bersembahyang. – Bernama

Jumaat, 21 Ogos 2009

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

PBS hulur jemputan terbuka kepada Dr Jeffrey supaya kembali semula

ULASAN MR. AKI - bagus juga pangilan c herbert timbon lagadan ini pada dr, japiri supaya ikut balik PBS ...kita tungu jawapan dr. japiri ? tapi kalau pandapat mr. aki bagus dia masuk ikhlas la... jangan amalkan keluar masuk, macam kapala labi2 bila makan itu kapala capat2 keluar mamatuk makanan... bila kanyang batapuk. dalam dunia pulitik sipat ini banyak !!!



21st August, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS), menerusi naib presidennya Herbert Timbon Lagadan, hari ini menghulurkan jemputan terbuka kepada naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS.

“Dr Jeffrey harus mengkaji secara serius kedudukannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang kini lebih cenderung kepada tindakan menimbulkan keganasan dalam corak politik yang disemai ke arah keterlaluan.

“Saya menggesa Dr Jeffrey, seorang penggalak keamanan dan undang-undang, supaya keluar dari pembangkang dan kembali semula kepada PBS sebagai bantahan dengan tingkah laku tidak etika beberapa pemimpin PKR,” kata Timbon dalam kenyataan di sini.

Beliau mendakwa penyokong Dr Jeffrey, dalam dan luar PKR, telah mengadu mengenai sikap penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim yang merendahkan kedudukan hal ehwal Malaysia Timur serta tidak menghormati secara terbuka layanan terhadap pemimpin Sabah.

“PBS sentiasa mempelawa Dr Jeffrey supaya kembali kepada PBS berikutan dia merupakan tokoh penting dalam penubuhan PBS pada 1983 dan 1984,” kata Timbon, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Mengenai tingkah laku wakil rakyat dari pembangkang yang keterlaluan di Semenanjung, Timbon berkata tanpa mengira parti politik, setiap wakil rakyat perlu menghormati undang-undang.

Jangan LUPA




ULASAN MR. AKI ; ini tulisan aldusuni yang mr, aki kasi kupi ....PANAS, PADAS dan IKHLAS tapi ada urang BUDU macam KARABAU, macam KAMBING, macam ULAR yang indada UTAK baca tulisan kawan mr.aki ini malihat pada kulitnya saja.... bukan malihat isinya. Bukan itu saja mala ada yang SINDIR2 dalam bantuk ulasan, dalam bantuk tulisan ... dan macam2 lagi d pikiran dan parasaan yang barkaitan...cuma barsalindung d sabalik bahasa, ayat2 dan sabagainya PENGECUT BUTUL ... mr. aki lihat indada pun nama2 yang d SIPAK oleh aldusuni, indada nama langsung d sabut pun....atau kita minta aldusuni kasi TALANJANG ini tulisan baliau .. MAU KA ? siapa yang barani bersumpah MATI dng mr.aki ? ... bab hati dan parasaan ini, jangan BUYUKlah, jangan TIPUlah, jangan BARTASAUFlah...siapa inda mau di puji ? siapa inda mau d hurmat ? siapa inda mau d bagi panghargaan siapaaaaaaaaaaaaaaaa !!! Tambirang saja kalau indada ini dalam hati yng bacakap itu ini inda pantingggggggggggggggg ... silap2 urang yang bacakap itu lagi TABARUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS macam BUAYA, siapa yang barani cabar mr. aki pasal kanyataan mr,aki ini tarutamannya urang KOTA MARUDU dan TANDIK silakan.... BATATAK KITA LIHIR AYAM DAN BARSUMPAH kalau indada d hati kecil kamurang minta d hurmat, minta d sanjung dan sabaginnyaaaa.....!!! PALUI BUTUL buat kanyataan, inda tinguk langit dulu ....!!! KALAU SIPAT INI SUDA INDADA DALAM MANUSIA MAKA URANG ITU KARABAU, KAMBING, AYAM DAN BABI UTAN. apa sipat itu ? suka d hurmat, suka d sayang, suka d bagi panghargaan, suka d balai2, suka d sayang2, suka d bagi hadiah, suka d balanja, suka senyuman, suka pujian dan macam2 lagi dalam diri manusis. IKHLAS inda jangan kasi ulang2 itu BAHASA BASI aaaaaaaa pusing2 itu juga bahasa, ikhlas ini ALLAH SAJA YANG TAHU 100% ... jadi SIAPA YANG MAKAN LADA KAPADASAN ini baru lada 1 biji ada lagi berbiji-biji mr.aki picit nanti untuk kebaikan.


( sumber http://nazri-suaramualaf.blogspot.com )

Perkara paling jelas setelah sekian waktu berada di antara SAM dan UTARA fm adalah pertambahan ilmu dan sahabat. Maka, saya katakan pada sahabat-sahabat UTARA bahawa, kita di UTARA bakal membentuk satu keluarga yang sifatnya makin membiak dan akan terus membiak sehingga membentuk satu keluarga besar. Lalu, jangan kita lupa asal usul kita. Ingat bahawa, UTARA dilahirkan oleh ibu dan bapa UTARA yang bermohorkan kemiskinan. Semua kita tahu tentang ini. Kekayaan UTARA hanyalah komitmen dan setiakawan setiap nafas dan nadi yang berdenyut di dalamnya.

Pengalaman dan jerih payah yang pernah dilalui individu-individu yang memulai, menengahi dan melonjaki UTARA seperti adanya kini, wajar dilihat sebagai suatu hadiah dan dijadikan sebagai batu asas. Kerana itu adalah antara pengalaman yang menjadikan UTARA matang saban hari.

Sesekali marilah kita lihat ke belakang, bukan untuk berundur, tapi untuk kita ukur nikmat yang tidak pernah putus Dia berikan kepada kita. Rasakah kita, sedarkah kita, dan bersyukurkah kita, akan nikmat yang diberikan olehNYa?

Kemudian, datang pujian dan penghargaan... Ingat, setiap kita wajar menerima pujian dan penghargaan mengikut kedudukan, hatta mereka yang berada di luar sana. Sekalipun mereka tidak pernah muncul dan tidak pernah kita kenal raut wajahnya, namun mereka ada hak menerima penghargaan dan pujian.

Justeru, saya ingatkan diri saya dan sesiapa yang pelupa dan selalu lupa agar, bahagi-bahagilah, kongsi-kongsilah pujian dan penghargaan itu kepada semua agar setiap kita di UTARA berasa dihargai dan disayangi. Ingatlah juga yang kasih sayang itu kunci persaudaraan.

Ingatan tulus dari seorang yang disaluti sejarah kemiskinan,

Aldusuni

inda buli makan


ULASAN MR. AKI - ari enam ini kita berpuasa suda... inda buli makan waktu siang, tapi ada juga yang tapuk2 makan... kamu punya sukalah, yang panting mr. aki kasi tau ... masa ini mari kita ramai2 TAUBAT

Selasa, 18 Ogos 2009

Umno Kota Marudu minta satu kerusi


Sumber; SUARA ANAK MARUDU
kanampakan Dj. Aldusuni kasi tamurama ketua UMNO kota marudu



ULASAN MR. AKI - bagus permintaan, rakyat pun sukung... cuma inda bagus kalau salalu membuyuk, salalu tipu urang, salalu cakap lain d mulut lain d hati. ini bukan carita d buat2 aaaaa urang penting d bahgian ini pulak banyak kawan2 cakap ... urang penting ini banyak barutang sana sini...inda apa kalau tapat membayar, membayar capat... ini inda pandai membayar utang, touki2 cina cukup GARAM urang ini ..... siapa urang ini ? kamu tanyalah urang2 kota marudu... jangan tanya mr. aki pasal kalau kamu tanya mr. aki nanti kamu cakap mr. aki membuyuk.... ini ketua pulak angkat bah tel kalau ada rakyat tel, jawab bah sms kalau ada yg kasi sms... cakap saja apa2 .... daripada sms yg masuk d anggap sabagai peminta SADAKA.... peminta DARAMA, peminta-minta....kalau pun ada yg minta darama...patut kamu tulung, patut kamu bantu, patut kamu layan.... sabap karaja2 kamu urang itu buat..... paham kan ? butul2 lida kamu BIAYAK barcabang 3 .....kamanangan kamu pun main duit bah...kalau inda parcaya tanya HASNAL HJ.OMAR ....!!!!


16th August, 2009- sabah times

KOTA MARUDU: Mesyuarat Umno Bahagian ini turut membentangkan usul yang mahukan satu kerusi diberikan kepada Umno dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Usul ini adalah kesinambungan usul yang sama dikemukakan oleh tiga sayap pergerakan itu iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Baintin Adun @ Abdul Halim yang membentangkan usul itu meminta Perhubungan Negeri dan Pusat mengambil tindakan lanjut disebabkan pada kempen pilihan raya lepas penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus J. Ongkili memohon dalam kempennya supaya para pengundi memilihnya untuk kali terakhir.

Ini katanya membayangkan pada pilihan raya akan datang Maximus tidak lagi mempertahankan kerusinya.

Usul yang dibentangkan oleh Baintin itu mendapat tepukan gemuruh oleh 408 perwakilan tidak termasuk pemerhati menyokong usul berkenaan yang diadakan di Dewan Komuniti dekat sini baru-baru ini.

Dalam ucapan aluan-alunya Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri memohon Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar kerusi berkenaan diberikan kepada parti Umno.

Ini katanya, Umno Kota Marudu telah membuktikan kerjasama yang padu dan kemenangan besar yang dicapai oleh calon-calon Barisan Nasional yang semuanya dari Parti Bersatu Sabah PBS (DUN Matunggong Sarapin Magana, DUN Tandek, Anita Baranting@ Lasiah dan Parlimen Kota Marudu Datuk Dr. Maximus J. Ongkili ).

“Kami yakin kemenangan majoriti Umno dalam Barisan Nasional akan tercapai jika kita diberi kepercayaan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang dan parti komponen yang lain juga hendaklah bekerjasama seperti mana yang telah Umno lakukan sebelum ini,” tegasnya.

Mesyuarat kali ini memilih tujuh wakil Bahagian Kota Marudu ke Perhimpunan Agung Umno Pusat. Mereka terdiri dari Mohd. Faizal Datuk Saidi, Lorence Haji Madina, Rahim Omar, Hussin Oyong, Jonan Gaul, Sodil Ebin @Abdul Rahman, manakala calon ketujuh Hassnal Haji Omar mempunyai persamaan undi dengan Sukimi Soyoh sebanyak 74 undi.

Bagaimanapun Pengerusi Tetap Persidangan Ismarah Madcassar membuat pengundian yang menyebelahi Hassnal menduduki tempat yang ketujuh

Pemerhati dari Perhubungan Negeri kali ini Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin. -OLEH A. JALIL MADARIN

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pulang


ULASAN MR. AKI - Siapa pun kita urang karanda dan usungan ini juglah tampat kita, kuburan juga tampat kita. Urang juga yang angkat karanda, urang jugalah yang kasi sambahyang, urang jugalah yang kasi mandi dan kapankan kita.... oleh itu janganlah kita TAMBIRANG, janganlah kita angap diri kita saja yang HEBAT d dunia ini... terimalah bahawa hidup bermasyarak sangat2 PARLU ... ingatlah kita semua !!!

jangan lalai BUBUT ini dunia, jangan inda ingat DOSA2 KITA capat2lah bertaubat d masa HIDUP ini. Semoga ruh ustz. asri ibrahim mendapat rahmat.

( gambar n info mr. aki ambil d KOSMO )





Khamis, 13 Ogos 2009

Pergi tak kembali...

ULASAN MR. AKI - pergi tak kembali merupakan antara tajuk nasyid ust. asri ibrahim kumpulan rabbani... butul, kematian indada siapa yang tahu.. banyak kali mr.aki bagi tau pasal MATI ini pada kawan2 mr. aki .... supaya sadar diri, supaya jangan sumbung, jangan tambirang, jangan inda paduli pada urang2 kampung .... mari kita baramal sabulum mati !!! al- fatiah buat roh asri ibrahim, yang banyak barjasa pada dunia dakwah...!! kita barjasa pada apa ?

Asri rebah di Angkasapuri sebelum meninggal dunia

13/08/2009 12:17pm - utusan malaysia

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama Kumpulan Rabbani, Asri Ibrahim yang meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi ini telah rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Pantai selepas tidak sedarkan diri. - Utusan

aku ikhlas ....

indada timbangan, indada panyukat, indada warna ini IKHLAS ... yang ada cuma bahasa dan tanda2 kapada ikhlas ini kalau mangaji kitab .... tapi kalau indada mangaji bab tasauf, bagus diam2 jangan barcakap pasal IKHLAS bikin malu saja.... yang panting buat apa saja karaja ynag kanampakan bagus bin baik .... daripada main angan2 saja, atau main pikir2 saja.... karabau yang indada utak jangan d tanya ..... paham ba kan ?

al-fatihah

ULASAN MR. AKI - semoga kita mendapat iktibar .... mr. aki sanjung kematiannya walaupun HITAM sejarahnya ...!!! kamu paham juga maksud mr. aki bukan ?




Mayat Ibrohim disangka Noordin


JENAZAH Ibrohim dikebumikan di tanah perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta semalam.


JAKARTA - Polis Indonesia semalam akhirnya mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung, Jawa Tengah pada Sabtu lalu ialah pengganas yang dikenali sebagai Ibrohim, 37, yang terlibat merancang dan mengatur pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Pengesahan identiti Ibrohim adalah hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat lelaki itu, kata Ketua Pusat Pengecaman Identiti Mangsa Bencana Polis Indonesia, Brig. Jen. Eddy Saparwoko pada sidang media di sini semalam.


KERATAN Kosmo! Ahad 9 Ogos 2009.


Mayat tersebut sebelum ini pernah dilaporkan kemungkinan sebagai Noordin Mohammad Top, pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia yang dikatakan menjadi dalang beberapa serangan bom di negara ini.

Eddy berkata, ujian DNA dengan sampel daripada keluarga Noordin didapati tidak sepadan tetapi sebaliknya sama dengan sampel daripada keluarga Ibrohim yang tinggal di Kuningan dan dengan itu mayat berkenaan disahkan sebagai Ibrohim.


IBROHIM


Menurut polis, Ibrohim atau Boim yang bekerja sebagai penata bunga di Hotel JW Marriott dan menghilang sejak 17 Julai menjadi buruan kerana disyaki membawa bom dalam tiga kotak masuk ke hotel itu dengan menggunakan van pengangkut bunganya.

Bom dalam tiga kotak itulah yang diletupkan oleh dua orang pengebom berani mati pada pagi Jumaat itu, yang meragut sembilan nyawa (termasuk dua pengebom) dan mencederakan lebih 50 orang yang lain.

Ketua Perhubungan Awam Markas Besar Polis Indonesia, Nanan Soekarna pula berkata, polis tidak pernah memberi keterangan sebelum ini bahawa lelaki itu adalah Noordin, pengganas yang berasal dari Malaysia yang menjadi buruan di Indonesia sejak sembilan tahun lepas.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Biar butul aki ...

SAMBUNGAN PUTUNG KARABAU .....

barang d ingat bahawa IT ini indada sampadan, indada daerah, indada negeri dan nagara... siapa2 buli membaca, berpikir dan membuat kaputusan ... inda parcaya ka ? tarpulang sama kamu urang yang karas KAPALA dan karas UTAK .. pagi tadi mr, aki bilang biasa putung KARABAU ... patang ini mr. aki putung SAPI pulak aaaaaa..... !!! d tandik, semua urang tandik tahu Imbang Penuhkalau YB bakantut... kalau wangi juga katahuan apa lagi kalau bahunya, kala2 GAS BERACUN ... kasi mati urang, tabiat YB2 nampaknya samakin BAGUS sikit barbanding zaman USNO, BARJAYA dan PBS... pasal suda indada kayu balak d tandik dan mana2 kawasan d sabah... kalau dulu2 RATA2 YB ada kawasan BALAK... kaya2 oooooooo sana sini MOGINUM...kabagusan dia kayu2 samakin membasar, urang2 bukit pun inda susa suda air ....Apa kah bagusnya YB ? Kamu pikirlah sendiri .....!!!

mr. aki kasi tumbang karabau

ULASAN MR. AKI - kasi tamba ahli UMNO sanang saja macam makan GULA2 saja ... tapi ambil ati diurang supaya itu tangan bagarak kasi pangka ( X ) bukan sanang ... ini yang banyak urang lupa, patut ATIlah yg d kasi masuk dan urang2 inilah juga patut d bagi INTAN BERLIAN bukan tahi ayam .... paham kan maksud mr. aki !!! macam c MAX d kota marudu butul2 dia pakai ini cara SAMPAI URANG2 DIA MANGAMUK ...!!! manakala c ketua bahagian UMNO kota marudu pulak, juga sama parangai c MAX .... dia bagi purujik urang2 dia saja .....JAHANAM butul punya pahaman pulitik, diurang ingat 1000 urang saja ka ? pengundi d TANDIK dan KOTA MARUDU .... parangai kasi butul bah kamu ...!!! mr. aki buli kasi tumbang KARABAU masa kenduri dengan parang bukit, yang mr. aki balajar sikarang kasi tumbang urang mengunakan parang IT dan TULISAN .... siapa MAMPUS tunggu aaaaaaa !!!



Ahli UMNO wajib daftar pengundi

KUDAT 7 Ogos - UMNO bukan sahaja perlu aktif mencari ahli baru tetapi juga perlu memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu penting bagi memastikan sokongan kepada parti terutama Barisan Nasional (BN) berterusan terutama ketika pilihan raya.

Selain itu katanya, senario politik hari ini juga memerlukan UMNO segera mengubah budaya kerjanya kepada yang berlandaskan perkhidmatan kepada rakyat.

"Dengan keadaan politik yang kita lihat hari ini berubah, kita juga harus berubah untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Budaya kita harus diubah supaya berlandaskan perkhidmatan, bukannya budaya yang akan dapat menjejaskan imej," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama Naib Presiden UMNO anjuran UMNO Kudat dan UMNO Kota Marudu di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili; Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ketua UMNO Bahagian Kudat, Bolkiah Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda.

Kata Mohd. Shafie, bukan sahaja ahli UMNO perlu ditambah tetapi kualiti juga kena diutamakan terutama dalam memastikan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu Mohd. Shafie berkata, senario politik yang semakin mencabar kini juga memerlukan UMNO terus mendekati dan mendampingi golongan muda bagi mengelakkan mereka dihasut oleh anasir tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, dalam usaha menyatupadukan seluruh masyarakat dan menguatkan kerajaan semua ahli politik haruslah diterima semua golongan masyarakat tidak mengira kaum.

"Kalau kita menjadi pimpinan UMNO, kita harus diterima bukan sahaja oleh orang Melayu di dalam UMNO dan di luar UMNO, tetapi juga diterima oleh orang Cina, India dan kaum-kaum lain seperti Kadazandusun dan Iban," katanya.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jangan hanya Islam pada nama, kata Nasir

ULASAN MR. AKI - apa yg d cakap oleh Datuk Nasir adalah butul, kalau nama saja islam tapi inda buat amalan2 yang d tuntut oleh agama apa guna ...urang2 ini bikin malu sama islam, bikin rusak islam... bukan alang2 nama punyalah cantik dalam islam, tapi minum tapai, tumpung, montoku, sagantang, lihing dan yang sama waktu dengannya...Ngam urang datuk kasi TALING biar ampai2 macam itu ayam jantan ... ini bukan pitnah aaaaaaaaa mr, aki pigi d sempurna pada 4 tahun yang suda kebutulan bulan PUASA , dan tinggal d rumah sahabat mr.aki bernama hussin yang sikarang ini menjadi pagawai KHAS DATUK SAFIE APDAL pindik cerita .... masa mr.aki balik dari kadai, mr.aki sasat jalan....jalan punya jalan, sampailah d ujung jalan ...yang sadang sibuk pasang peralatan kawin... orang2 d rumah tersabut sanang2 isap SIGUP, minum KUPI, makan2 padahal bulan PUASA inilah masyarakat DATUK ... jadi kasi banyak dakwah d sempurna aaaaaaaaaaa Datuk .... MATI kita d tanya ALLAH ..!!!



5th August, 2009-sabah times

SEMPORNA: Naib Yang DiPertua Pertubuhan Ugama Islam Negeri Sabah (Usia) Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan masyarakat Islam menzahirkan diri melalui amalan kehidupan seharian berlandaskan hukum Islam dan bukan hanya bermegah dikenali dengan nama berciri Islam sahaja.

Katanya, mereka seharusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dengan sentiasa istiqomah beribadat.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Usia Daerah Semporna 1430H/2009 di Kompleks Inabah Kamal.

Hadir sama Ketua Usia Daerah Semporna,n Datuk Haji Sapari Amir; Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Pengurus Ladang Sabdi, Haji Abdul Rahman Tun Sakaran, Pegawai Jheains Semporna, Haji Hamad Mokthar; Pegawai Kanan Jheains, Abd Rahim Oting serta ahli-ahli Usia Semporna.

Usia Daerah Semporna mempunyai 480 ahli dan 50 cawangan.

Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Sabah, menyeru penduduk Semporna khususnya ahli-ahli Usia sentiasa komited dan bersatu padu merealisasikan gagasan Konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian

Nasir berkata, gagasan itu yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah lama wujud sejak merdeka bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Negara ini dan mengingatkan kembali rakyat supaya terus mengamalkan perpaduan kaum demi keamanan,perpaduan serta kemakmuran hidup di bawah lambang Malaysia Jaya.

Sehubungan itu segenap lapisan rakyat hendaklah memainkan peranan masing-masing selaku warganegara yang bertanggungjawab terhadap negara dan tiada seorang pun disisihkan.

Nik Aziz suka ...!!!



ULASAN MR. AKI- ini macamlah kita urang mahu ba..muka manis, muka ikhlas, muka senyum biar pun dengan siapa saja...pada pambangkang kah atau siapa saja..apa lagi untuk rakyat kana tamba senyuman biar KUYAK mulut inda apa yang panting senyuman ikhlas...mr. aki suka tingok urang yang senyum salalu, nabi pun suka senyum... cuma jangan senyum masa pilihan raya saja aaaaaaaaaa ini tarbukti, senyuman membawa sejuta erti dan semua urang sayang...!!! wakil2 rakyat kana balajar senyuman PM yang manambat ati NIK AZIZ ...!!! salamat berjumaat, minta ampun banyak2 atas DUSA2 kita yang banyak ...!!!


PM hargai kenyataan Nik Aziz

BANDAR SERI BEGAWAN 6 Ogos - Alhamdulillah! Itu reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memuji layanan luar biasa Perdana Menteri sepanjang lawatannya ke pelancaran Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) di Pekan, Pahang, Selasa lalu.

"Saya amat menghargai komen Datuk Nik Aziz. Saya juga hargai kesudian beliau mengikuti program sepanjang jalan di Pekan Pahang dua hari lalu," kata Najib pada sidang akhbar berhubung lawatannya ke Brunei Darussalam yang berakhir pagi ini.

Perdana Menteri berkata, ini juga menunjukkan bahawa Menteri Besar Kelantan itu inginkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Pusat.

Bernama semalam melaporkan, Nik Aziz menyifatkan penghormatan yang diterimanya pada majlis itu tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang baginya dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin Kerajaan Pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.

Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.

"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN

Rabu, 5 Ogos 2009

YB2 kaya raya ....

ULASAN MR. AKI- gawat2 pun gaji YB2 sabah d kasi NAIK juga..d kasi naik atau inda pandapatan mereka tatap NAIK, rumah samakin basar, kurita NINJA, pakaian mahal2, makan d hutil2 ... ini bukan carita buatan aaaaaaaa butul2 punya.... rakyat satanga MAMPUS karaja sabagai pasawa padi, inda naik2 araga padi ...JAHANAM punya karaja. sampai muka patani macam KARABAU berpaluh-paluh pun itu2 juga araga padi, kanapa inda d pikir oleh menteri2 hal ini ... ? sadangkan kalau indada nama PAK TANI ini buat karaja alamat menteri dan YB2nya sakali MAMPUS kebulur inda makan nasi....butul kan ? alasan macam2 bila seolan ini d kasi TAMPAR d talinga mereka, tapi kasi naik gaji mereka sanagn2 kasi alasan itu ini .... ada ka patut ? cakap RAKYAT D KASI UTAMA ... INI MEREKA LEBI UTAMA ....!!!

Gaji Adun Sabah naik 60 peratus (RM2,000) daripada RM3,300 kepada RM5,300. Manakala Ketua Menteri naik 10 peratus, daripada RM14,300 kepada RM 15,730 dan timbalannya daripada RM12,650 kepada RM13,915.

SAM mengucapkan tahniah kepada semua Adun Sabah khususnya Adun N. 4 Matunggong dan N. 5 Tandek, di atas kenaikan tersebut. Semoga dengan kenaikan itu, RAKYAT AKAN SEMAKIN DIDAHULUKAN.

Sumber: Berita Harian, 4 Ogos 2009.

cinta punya pasal ....

ULASAN MR. AKI - mana2 perampuan atau lelaki yg mau suda marasa dunia punya sadap ini pasan mr. aki

1. jangan tungu lama2
2. jangan minta mahal2
3. jangan main surat, sms, tel dan internet lama2
4. jangan main jumpa2
5. nika/kawin capat2

kanapa mr. aki cakap ini macam ? pasal kalau 5 daripada pakara d atas inda d kasi capat2 alamat ini dunia tungang langang.... antaranya;

1. baranak pinak indada bapa
2. memakasa berutang atau mendurung mencuri
mula2 jumpa 5 minit lama2 jumpa 1 ari.... sampai hari2 las2 dapat anak
3. surat, sms, tel dan internit jambatan maksiat
4. malahirkan sikap tapuk2
5. agama hancur

inda sala sama2 kasi kaluar balanja kawin, pasal main sadap2 pun sama2 marasa ... bertarus tarang lebi bagus dari tapuk2. Cuba pikir ..... !!!!

Cinta Internet, gadis diperdaya RM19,879


LAM menunjukkan laporan polis berhubung penipuan

melalui Internet di pejabat MCA, Jalan Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Helah seorang lelaki memikat seorang gadis melalui Internet membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM19,879.29 daripada gadis terbabit setelah berpura-pura ingin mengahwininya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 39, memberitahu, dia mengenali lelaki yang bernama Raymond itu menerusi sebuah laman web yang dilayarinya dua bulan lalu.

"Bermula dengan satu pesanan darinya yang mengaku tinggal di United Kingdom, hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah kami menjadi mesra," ceritanya pada sidang akhbar di pejabat Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong di Ampang di sini semalam.

Menurutnya, kerana kasih, Raymond berjanji akan mengirimkan sebuah komputer riba, pemain digital MP3, sebentuk cincin dan banyak lagi menerusi kargo selepas berbual pada 26 Jun lepas.

Selang tiga hari kemudian, Lam telah dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Keiran mendakwa mewakili sebuah syarikat kargo Skynet memintanya memasukkan RM16,379.29 sebagai cukai kastam ke atas barangan yang dikirim oleh Raymond

Isnin, 3 Ogos 2009

mr. aki lihat ....

Samalam mr. aki turun dari bukit ke pakan bandau, bali2 barang untuk bakalan 1 bulan antaranya garam, aji nomoto, minyak masak, bawang dan baras... bagi kamik urang bukit cukpu kalau ada baras dan garam yang lain kami buli cari d utan balantara... kalau kamik suka makan ikan, kamik buli pasang bubu d sungai... kalau kamik suka makan daging, kamik buli pasang jarat palanduk atau kijang.... maka dapatlah kami makan itu semua. Ubi kayu kamik buli campur dengan nasi... jadi jimatlah baras kamik. Sapanjang mr. aki d pakan samalam banyak juga mr. aki nampak parangai manusia ynag tambirang2 antaranya ....... tambirang dengan cara berpakaian, tambirang dengan kasut kilat, tambirang dengan HP, tambirang dengan kacantikan .... dan macam2 mr. aki nampak ...... mr. aki bukan camburu, cuma berpikir..... tambirang kalau ada KAYA buli tahan lagi... pasal kanampakan butul2 dia kaya raya. tapi kalau yang tambirang itu serupa juga dng mr. aki yang kais pagi makan pagi ....aduhaiiiiii sadar2lah bah siapa diri kita...? yang kaya raya pulak lain parangai dia suka menindas pada urang2 d bawa pantat dia !!!!

(pantat erti PUNGUNG ) .....macam dia saja manusia yag lain bukan manusia, jadi cuba2 kunu kita jadi manusia yang bagus2, hormat pada manusia, hurmat pada makhluk dunia ...!!!

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM