"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 8 Ogos 2009

mr. aki kasi tumbang karabau

ULASAN MR. AKI - kasi tamba ahli UMNO sanang saja macam makan GULA2 saja ... tapi ambil ati diurang supaya itu tangan bagarak kasi pangka ( X ) bukan sanang ... ini yang banyak urang lupa, patut ATIlah yg d kasi masuk dan urang2 inilah juga patut d bagi INTAN BERLIAN bukan tahi ayam .... paham kan maksud mr. aki !!! macam c MAX d kota marudu butul2 dia pakai ini cara SAMPAI URANG2 DIA MANGAMUK ...!!! manakala c ketua bahagian UMNO kota marudu pulak, juga sama parangai c MAX .... dia bagi purujik urang2 dia saja .....JAHANAM butul punya pahaman pulitik, diurang ingat 1000 urang saja ka ? pengundi d TANDIK dan KOTA MARUDU .... parangai kasi butul bah kamu ...!!! mr. aki buli kasi tumbang KARABAU masa kenduri dengan parang bukit, yang mr. aki balajar sikarang kasi tumbang urang mengunakan parang IT dan TULISAN .... siapa MAMPUS tunggu aaaaaaa !!!



Ahli UMNO wajib daftar pengundi

KUDAT 7 Ogos - UMNO bukan sahaja perlu aktif mencari ahli baru tetapi juga perlu memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu penting bagi memastikan sokongan kepada parti terutama Barisan Nasional (BN) berterusan terutama ketika pilihan raya.

Selain itu katanya, senario politik hari ini juga memerlukan UMNO segera mengubah budaya kerjanya kepada yang berlandaskan perkhidmatan kepada rakyat.

"Dengan keadaan politik yang kita lihat hari ini berubah, kita juga harus berubah untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Budaya kita harus diubah supaya berlandaskan perkhidmatan, bukannya budaya yang akan dapat menjejaskan imej," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama Naib Presiden UMNO anjuran UMNO Kudat dan UMNO Kota Marudu di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Ongkili; Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ketua UMNO Bahagian Kudat, Bolkiah Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda.

Kata Mohd. Shafie, bukan sahaja ahli UMNO perlu ditambah tetapi kualiti juga kena diutamakan terutama dalam memastikan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu Mohd. Shafie berkata, senario politik yang semakin mencabar kini juga memerlukan UMNO terus mendekati dan mendampingi golongan muda bagi mengelakkan mereka dihasut oleh anasir tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, dalam usaha menyatupadukan seluruh masyarakat dan menguatkan kerajaan semua ahli politik haruslah diterima semua golongan masyarakat tidak mengira kaum.

"Kalau kita menjadi pimpinan UMNO, kita harus diterima bukan sahaja oleh orang Melayu di dalam UMNO dan di luar UMNO, tetapi juga diterima oleh orang Cina, India dan kaum-kaum lain seperti Kadazandusun dan Iban," katanya.

1 ulasan:

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM