"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 28 Ogos 2009

Jadilah pemimpin berjiwa hamba


ULASAN MR. AKI - banyak kawan2 bagi ulasan tulisan sdr.umar al-longobi lihat ulasan mereka d buluk ' suara anak marudu ' sabagai urang bukit yg tinggal d tandik tarpanggil untuk bagi pandapat, berikut ulasan mr. aki;

1. pemimpin berjiwa hamba- bukan pemimpin kapalanya sanang2 d pijak2, bukan idungnya d cucuk macam karabau, bukan juga panakut atau pak angguk kapal... pemimpin berjiwa hamba ini sabanarnya bersipat; 1. dia hanya takut pada ALLAH, dia takut buat dosa, dia cinta pada kebanaran, dia cinta pada rakyat, dia hanya barcakap benar dalam kadaan apa saja, dia paling barani, dia paling pemura.... dan banyak lagi sipat2 baik yg ada ada pada seorang pemimpin berjiwa hamba.

2. pemimpin berjiwa hamba - dia hanya hamba pada ALLAH, tidak menjadi hamba pada makhluk .

cukup dua mr.aki bagi tau...yg lain kamu buli tanya tuan2 guru d bidang tauhid dan tasauf dngan sarat berguru butul2 , kalau sakadar mau tahu saja inda d amal ilmu itu indada guna...mr.aki punya perinsip; 1. belajar barcakap banar meskipun pahit, 2. belajar cakap benar meskipun bulum benar, 3. belajar amal yang benar walaupun inda banar, 4. barkawan dengan urang2 banar, 5. perjuangkan yg banar .....

kesimpulannya di sini, siapa inda mau kebanaran ? siapa inda mau menjadi banar ? semua mau menjadi banar bukan walaupun diri dan mulut inda BANAR ...!!! pikirkan sama2

sumber; http://marudubloggers.blogspot.com/

Jadilah pemimpin berjiwa hamba. Lebih kurang macam begitulah ulasan saya jika ada wartawan yang ingin meminta pandangan daripada saya tentang kepimpinan di Kota Marudu. Jangan keliru, apabila disebut pemimpin... bukan bermakna YB saja. Setiap individu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinannya.

Bermaksud, kita mahu para pemimpin di Kota Marudu bermula individu, ketua keluarga sehinggalah ke tahap YB supaya menjadi pemimpin berjiwa hamba. Pemimpin ini sahaja yang bisa merealisasikan gagasan 1Malaysia. Kena faham apa yang dimaksudkan sebagai "rakyat didahulukan". Jika pemimpin tinggal di rumah banglo, rakyat tinggal di reban ayam... adakah itu rakyat didahulukan! Kalau pemimpin memakai kereta mewah, rakyat dibiarkan berkaki ayam dan dibebani harga bahan api yang tinggi... adakah itu rakyat didahulukan!! Apabila pemimpin ramai yang mati kekenyangan, rakyat mati kebuluran... adakah itu rakyat didahulukan!!!. Fikirkan.

Khalifah Umar al-Khattab pernah berpesan, "kenyangkan dulu perut rakyat, sebelum engkau mengenyangkan perutmu!". Inilah makna sebenar pendahuluan terhadap rakyat. Kita berharap dengan terlancarnya gagasan 1Malaysia, pemimpin-pemimpin kita akan mula belajar mendahulukan rakyat. Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia atas gagasan yang dinanti-nantikan rakyat itu. Saudara... pemimpin yang berjiwa hamba ini, jika pergi ke tamu Kota Marudu, orang tidak akan tahu bahawa dia itu pemimpin besar. Tapi jika dia sedang memimpin rakyat, orang merasakan bahawa rakyat akan hancur tanpa pemimpin sepertinya. Nak yang lagi hot, sila klik di sini.

Selamat bersahur!

2 ulasan:

  1. Tuan,

    Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

    Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

    Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

    Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

    di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

    ______________________

    It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

    http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

    Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

    (http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

    We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


    Terima kasih.

    Satu Sekolah Untuk Semua

    BalasPadam
  2. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM