"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 7 Ogos 2009

Jangan hanya Islam pada nama, kata Nasir

ULASAN MR. AKI - apa yg d cakap oleh Datuk Nasir adalah butul, kalau nama saja islam tapi inda buat amalan2 yang d tuntut oleh agama apa guna ...urang2 ini bikin malu sama islam, bikin rusak islam... bukan alang2 nama punyalah cantik dalam islam, tapi minum tapai, tumpung, montoku, sagantang, lihing dan yang sama waktu dengannya...Ngam urang datuk kasi TALING biar ampai2 macam itu ayam jantan ... ini bukan pitnah aaaaaaaaa mr, aki pigi d sempurna pada 4 tahun yang suda kebutulan bulan PUASA , dan tinggal d rumah sahabat mr.aki bernama hussin yang sikarang ini menjadi pagawai KHAS DATUK SAFIE APDAL pindik cerita .... masa mr.aki balik dari kadai, mr.aki sasat jalan....jalan punya jalan, sampailah d ujung jalan ...yang sadang sibuk pasang peralatan kawin... orang2 d rumah tersabut sanang2 isap SIGUP, minum KUPI, makan2 padahal bulan PUASA inilah masyarakat DATUK ... jadi kasi banyak dakwah d sempurna aaaaaaaaaaa Datuk .... MATI kita d tanya ALLAH ..!!!



5th August, 2009-sabah times

SEMPORNA: Naib Yang DiPertua Pertubuhan Ugama Islam Negeri Sabah (Usia) Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan masyarakat Islam menzahirkan diri melalui amalan kehidupan seharian berlandaskan hukum Islam dan bukan hanya bermegah dikenali dengan nama berciri Islam sahaja.

Katanya, mereka seharusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dengan sentiasa istiqomah beribadat.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Usia Daerah Semporna 1430H/2009 di Kompleks Inabah Kamal.

Hadir sama Ketua Usia Daerah Semporna,n Datuk Haji Sapari Amir; Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Pengurus Ladang Sabdi, Haji Abdul Rahman Tun Sakaran, Pegawai Jheains Semporna, Haji Hamad Mokthar; Pegawai Kanan Jheains, Abd Rahim Oting serta ahli-ahli Usia Semporna.

Usia Daerah Semporna mempunyai 480 ahli dan 50 cawangan.

Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Sabah, menyeru penduduk Semporna khususnya ahli-ahli Usia sentiasa komited dan bersatu padu merealisasikan gagasan Konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian

Nasir berkata, gagasan itu yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah lama wujud sejak merdeka bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Negara ini dan mengingatkan kembali rakyat supaya terus mengamalkan perpaduan kaum demi keamanan,perpaduan serta kemakmuran hidup di bawah lambang Malaysia Jaya.

Sehubungan itu segenap lapisan rakyat hendaklah memainkan peranan masing-masing selaku warganegara yang bertanggungjawab terhadap negara dan tiada seorang pun disisihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM