TPM, Anwar solat tarawih bersama
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos – Dalam agenda kempen yang sibuk menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa untuk bersolat tarawih bersama-sama penduduk di Masjid Jamek Bukit Indera Muda di sini, malam ini.
Muhyiddin yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 8.40 malam ditemani beberapa pemimpin UMNO, antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Kira-kira 15 minit kemudian, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di masjid yang sama untuk menunaikan solat tarawih ketika jemaah sudahpun memulakan sembahyang sunat itu.
Muhyiddin dan pemimpin UMNO yang lain berada di saf hadapan manakala Anwar bersembahyang di belakang Muhyiddin iaitu selang beberapa orang ke sebelah kiri Timbalan Presiden UMNO itu.
Bagaimanapun, Anwar keluar daripada saf itu lebih awal dan meninggalkan masjid berkenaan kira-kira pukul 10.05 malam ketika Muhyiddin dan jemaah yang lain belum selesai bersembahyang. – Bernama
Salam Mr Aki, kadang-kadang ada manusia merasakan dirinya lebih mulia dan sudah terlupa kata-kata dilontar kepada oranglain sudah melebihi Tuhan....
BalasPadam