"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 31 Ogos 2009

Jipun Tumbang ?

ULASAN MR. AKI - pulitik abad 21, pambangkang manang d jipun...pemerintahan 54 tahun akhirnya tumbang d tangan pengundi muda.... ini merupakan pukulan maut yang patut kita semua pikirkan sampana hari kemerdekaan yg ke52 tahun nagara kita malaysia...sadangkan jipun antara nagara yg paling maju d dunia, nagara yang penguasa ekonomi dan terkanal dengan sikap RAJIN berkerja....namun tumbang juga kerajaannya, ini inda lain kerana paktor sistem percukaian yang paling tinggi rakyatnya bayar tiap2 bulan.....di samping kehandak anak2 muda mahukan perubahan....pangajaran; anak2 muda handaklah d jadikan kawan bukan musuh... !!!!

Parti pembangkang menang besar


Yukio Hatoyama


TOKYO 30 Ogos - Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.

Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.

Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat hari ini, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula meramalkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu akan memenangi 321 kerusi.

Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.

Nippon Television pula menjangkakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.

"Ia merupakan kemenangan besar. Ia pilihan raya yang dramatik," kata wartawan veteran yang berkhidmat dengan akhbar harian Asahi Shimbun, Hiroshi Hoshi kepada TV Asahi.

LDP - yang telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali 'berehat sekejap' selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu.


Taro Aso


DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.

"Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya," demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula pagi tadi.

Pegawai berkata, jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi, walaupun diramalkan taufan menghampiri Jepun - menunjukkan orang ramai sangat berminat dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Taro Aso berkata, dia akan meletak jawatan sebagai Presiden LDP.

"Saya perlu menanggung tanggungjawab itu," katanya kepada stesen penyiaran, NHK. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM