"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 28 Ogos 2009

'Berani mati'

ULASAN MR. AKI-Kalau mau capat MAMPUS pun janganlah jawab ' berani mati ' remaja apa ini ? zaman mr. aki dan kawan2 pigi sikula jalan kaki juga...zaman mr.aki dengar HON KURITA pun barabis kami lari batapuk.... karana takut kana LANGAR !!!



2708-lead-2
GADAI NYAWA ... Dengan gaya selamba, pelajar yang mengelarkan diri sebagai ‘berani mati’ melintas jalan melalui cela-cela kenderaan, tanpa takut dan gentar menghadapi kemalangan.

27th August, 2009 -sabah times

KENINGAU: “Berani mati” – ini antara perkataan yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, bagi menjawab soalan wartawan kenapa memilih laluan bahaya untuk ke sekolah, sedangkan jejambat telahpun disediakan.

“Mereka tidak mungkin akan melanggar kami,” demikian jawapan pelajar yang lain, sekaligus mendedahkan kualiti displin pelajar tersebut terlalu rendah.

Persoalannnya, kenapa perbuatan pelajar-pelajar di salah sebuah sekolah menengah yang terletak dalam kawasan pekan itu, gagal dibanteras selepas kisah jejambat yang berharga ratusan ribu ringgit telah berkali-kali didedahkan sebagai ‘gajah putih’, kerana tidak digunakan oleh pengguna.

Tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata masyarakat menuding ke arah pihak ber- kuasa tempatan, khususnnya Majlis Daerah Keningau (MDK) apa yang mereka sifat- kan sepatutnya menguatkuasa undang-undang.

“Terdapat undang-undang kecil yang membolehkan MDK menyaman pengguna yang tidak menggunakan jejambat, ketika menyeberang jalanraya,” jelas seorang responden yang mahu dikenali sebagai Wati.

Selain golongan pelajar dan remaja, terdapat juga orang dewasa yang sanggup ‘berani mati’, semata-mata untuk mengejar masa ke lokasi yang dituju.

Persoalannya, apabila terjadi kemalangan – mangsa atau keluarga sering kali menjadi kerajaan sebagai sasaran untuk dipersalahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM