"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Rabu, 25 Januari 2012

DATUK George Sangkin MASUK PKR

Ulasan AKI; nampak gayanya jahanam lagi Tandek PRU 13



DATUK GEORGE SANGKIN, Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang dilantik telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam satu majlis semasa Tour DSAI ke Sabah di Kinarut.

Beliau merupakan Mantan Ahli Parlimen P168 Bandau.

Berikutan kejatuhan kerajaan PBS , George telah menyertai Parti Demoktarik Sabah (PDS) dan kemudiannya meninggalkan PDS dengan menyertai parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994. Bekas pemimpin kuat AKAR dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden akhirnya meninggalkan parti itu dengan menyertai Upko ( nama lama bagi PDS) berikutan parti (AKAR) bakal dibubarkan pada tahun 2001. Sebelum menjelang pilihanraya negeri Sabah George telah meninggalkan Upko kerana mendapati nama beliau tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri, berikutan kuota bagi Tandek diberi kepada PBS yang telah kembali ke pangkuan BN.

Beliau telah turun gelanggang menyertai pilihanraya negeri Sabah pada tahun 2004 sebagai calon Bebas di DUN Tandek dalam pertandingan yang melibatkan 5 penjuru. Dalam pilihanraya itu George memperoleh 2356 undi sementara Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr.Maximus Ongkili mendapat 5069 undi. PBS memenangi kerusi DUN Tandek.

Setelah lama menyepi dari membuat sebarang hala tuju arah perjuangan politiknya, akhirnya beliau telah memilih PBRS sebagai penyambung kepada perjuangannya sebelum menjelangnya pilihanraya pada tahun 2008. Satu majlis penyerahan borang secara besar-besaran telah diadakan di kediamannya di Kota Marudu dengan kehadiran pemimpin PBRS termasuk Presiden, Tan Sri Joseph Kurup bagi mengalu-alukan George dalam PBRS-BN.

Namun beliau tidak mempunyai kedudukan di dalam mana-mana bahagian PBRS di Kota Marudu. George dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kemudiannya pada tahun 2011 dilantik sebagai Naib Presiden PBRS.
Penyertaan George ke PKR Kota Marudu dianggap memberi kekuatan kepada parti itu yang diterajui oleh Ketua Cabangnya, Anthony Mandiau yang kini giat aktif turun padang ke seluruh pelusuk kawasan itu untuk meraih sokongan.

Khamis, 19 Januari 2012

Siapa Mau PANGKAT DATUK BAGI TAU ?

Tadi awal malam di kk banyak dapat PANGKAT dari sultan ini .. urang karajaan, pagawai dan kaparat@koprat .. sanggup kasi SUAP unagr tertentu untuk dapatkan PANGKAT, inda sadar2 pangkat sampai kabaratan lehir oleh pingat, bintang inda sampai kemana oiiiiiiiiiiiiii mampus juga kita ni, badan kita d makan cacing, busukkkk juga ... kalau mau pangkat pun ikutlah jalan butullll jangan sanggup menipuuu sama urang. Ini sultan pun kasi urang yg butul2 saja LAYAKKKKK jangan kaburrr MATA oleh DUIT. Laguuu aki; MUSTAPA OH MUSTAPA

Ahad, 8 Januari 2012

LANTAK MATI

ROSNANI

ULASAN AKI; Aki sukung lantakan paku ini penulis ... kasi ingat, walaupun padas berdesing talinga dan jantung hampir putus akibat lantakan ... aki suka ada urang yg barani bacakap parangai2 urang seperti beliau kasi ingat.

Salam...Alhamdulilah! memandangkan program Kuliah mujahid Dakwah mendapat sambutan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak lebih ramai lagi saudara2 kita untuk menghadiri majlis ilmu
Seprti yg kita maklum jatuhnya Empayar islam yg megah itu adalah berpunca drp 'masyarakat islam sendiri memusuhi ilmu' merka cuba sedaya upaya utk memberikan alasan utk menghindarinya,ada beberapa faktor mengapa hal ini terjadi :
1.Suasana masyarakat pd hari ini yg banyak menyumbang kelalaian dan ketidak cintaan mereka kepada Ilmu
2.Wujudnya beberapa 'ilmuan Agama' yg tidak mengamalkan 'hakikat ilmu' seterusnya menyumbang kpd kerosakan akhlak mereka
3.Bayaran atau fee : Ilmuan agama hanya mementingkan fee atau bayaran semata mata,bukan lilahitaala(mana mungkin ustaz yg tak ikhlas dlm menyampai dakwah boleh merubah masyarakat)
4.penyampaian yg kurang menarik dan tidak berhikmah serta tanpa sandaran sunnah
5.Kurangnya 'Team promosi' majlis Ilmu : majlis ilmu tidak diwar2kan sepertimana masyarakat pada hari ini mewar warkan majlis Duniawi yg melalaikan
6.Wujudnya 'ustaz cari makan' : segelintir 'ustaz' pd hari ini yg menjual Agama untuk kepentingan peribadi,mengutip sumbangan dri org ramai menggunakan akaun peribadi,tidak hairanlah ada 'uztaz cari makan' ni yg hidup mewah hasil dari 'jual beli Agama' dan kebiasaannya mereka ni pandai membuat promosi 'murahan' dgn post2 yg menarik

Apa patut kita lakukan:

1.mari kita serahkan diri kita kpd Allah! banyakkan taubat atas kelalaian kita selama ini
2.Menghadiri majlis dakwah atau Ilmu untuk menambahkan ilmu
3.Bentuk team work 'promosi Dakwah' bersama Sahabat2 yg cintakkan Sunnah Rasul
4.Membuat sumbangan kepada pihak yg betul2 'lilahitaala'-tengok kerja yg mereka lakukan
5. jgn bagi ruang dan peluang kpd 'Ustaz cari makan' : jgn mudah terpedaya oleh kata2 manis 'ustaz carma' tegur mereka sekiranya perbuatan mereka ini boleh menjatuhkan maruah Agama.