"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 21 Ogos 2009

PBS hulur jemputan terbuka kepada Dr Jeffrey supaya kembali semula

ULASAN MR. AKI - bagus juga pangilan c herbert timbon lagadan ini pada dr, japiri supaya ikut balik PBS ...kita tungu jawapan dr. japiri ? tapi kalau pandapat mr. aki bagus dia masuk ikhlas la... jangan amalkan keluar masuk, macam kapala labi2 bila makan itu kapala capat2 keluar mamatuk makanan... bila kanyang batapuk. dalam dunia pulitik sipat ini banyak !!!



21st August, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS), menerusi naib presidennya Herbert Timbon Lagadan, hari ini menghulurkan jemputan terbuka kepada naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS.

“Dr Jeffrey harus mengkaji secara serius kedudukannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang kini lebih cenderung kepada tindakan menimbulkan keganasan dalam corak politik yang disemai ke arah keterlaluan.

“Saya menggesa Dr Jeffrey, seorang penggalak keamanan dan undang-undang, supaya keluar dari pembangkang dan kembali semula kepada PBS sebagai bantahan dengan tingkah laku tidak etika beberapa pemimpin PKR,” kata Timbon dalam kenyataan di sini.

Beliau mendakwa penyokong Dr Jeffrey, dalam dan luar PKR, telah mengadu mengenai sikap penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim yang merendahkan kedudukan hal ehwal Malaysia Timur serta tidak menghormati secara terbuka layanan terhadap pemimpin Sabah.

“PBS sentiasa mempelawa Dr Jeffrey supaya kembali kepada PBS berikutan dia merupakan tokoh penting dalam penubuhan PBS pada 1983 dan 1984,” kata Timbon, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Mengenai tingkah laku wakil rakyat dari pembangkang yang keterlaluan di Semenanjung, Timbon berkata tanpa mengira parti politik, setiap wakil rakyat perlu menghormati undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM