"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 31 Mei 2009

Bikin Tawar napsu...

Sajak macam2 gambar dalam kotak rukuk, napsu mr.aki merukuk turun...inda barapa samangat suda isap rukuk, kadang2 3 hari atau 4 hari baru mr.aki isap ..baranti bulum buli lagi, bagus juga itu gambar bikin tawar parasaan.. kalau dapat lagi, bukan d kutak rukuk saja kasi tampal itu gambar... kasi tampal basar2 d papan2 tanda lagi bagus...atau d kurita2 jurujual, di kadai2, d pejabat2 karajaan.

ARKIB : 30/05/2009 - Utusan Malaysia

Rokok: Amaran kesihatan wajib mulai Jun

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan sepenuhnya cetakan amaran kesihatan bergambar pada setiap bungkusan rokok bermula 1 Jun.

Setiap bungkusan rokok di pasaran perlu memaparkan gambar amaran itu mengikut keperluan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, gambar amaran pada bungkusan rokok yang dipamerkan untuk jualan tidak boleh dihalang sebarang alat atau cara daripada penglihatan.

"Penjual yang menjual bungkusan rokok yang tidak memaparkan gambar itu melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail mengingatkan semua penjual supaya tidak menjual bungkusan rokok yang tidak memaparkan amaran bergambar tersebut bagi mengelakkan didenda.

Nama Saja Guru...


Mr. aki punya talinga ini bukan baru sikarang dengar parangai pengatua, guru besar... mala pagawai2 d atasan juga 2x5 parangai diurang... macam yang d cakap oleh tuan pangara pendidikan sabah, inda bagarak itu pail kalau indada kasi ringan itu tangan.. TOYOL punya karaja..jangan kamu urang PANAS dengan mr. aki pasal kasar aaaaaa mr. aki cuma kasi butul apa yg d cakap (bos kamu)...'' siapa makan lada memang tarasa '' yang inda makan lada kou barabis antam pun inda guyang hati dia... Jangan kamu main2 talinga mr. aki ini, ada sakti buli dengar apa saja cakap2 yang.. kasi hancur ini agama, kasi ancur ini nagara, kasi ancur ini negeri, kasi ancur ini bangsa...



idung mr. aki pun buli cium kebusukan dan kewangian siapa2 saja dengan izin Allah inda parcaya inda apa bukan ' wajib ' tapi jaga2 kamu urang .....silap2 hari bulan parangai kamu pulak mr. aki bungkarrr. Kalau baru guru basar pun ada kamasukan, apa lagi pengatua tatap basar kamasukan dia...inda bos kamu cakap, kalau dia inda nampak, dan cium budu butullah dia cakapkan ... ?



Masih ramai pengetua, guru besar tidak bersih, cekap dan amanah, kata Normah

29th May, 2009-sabah times

KENINGAU: Pengarah Pe-lajaran Sabah Datuk Nor-mah Gagoh berkata, masih ramai pengetua dan guru besar tidak bersih, cekap dan tidak mengikut peraturan kewangan dalam mengurus bajet atau peruntukan di sekolah.

Katanya, ini terbukti ban-yak sekolah mendapat pengurusan kewangan berteguran daripada pihak audit.

“Inilah cabaran yang perlu ditangani secara bijaksana oleh para pengetua dan guru besar bagi menentukan bajet atau peruntukan itu diurus secara bersih, cekap dan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan” katanya dalam ucap utama Forum Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2009 yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah Dr. Muhidin Yusin.

Dalam teks ucapan itu Nor-mah menyentuh tujuh cabaran yang dihadapi oleh pengetua dan guru bersar serta guru-guru secara keseluruhannya.

Katanya, selain cabaran pengurusan kewangan, cabaran utama guru besar dan guru-guru di Sekolah Rendah ialah untuk meningkatkan tahap penguasaan 3M di kalangan murid sekolah rendah.

Ini katanya, kerana bilangan tidak menguasai Kelas Interva-si Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di Sabah masih berada pada tahap yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Selain itu katanya, masih ramai juga murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 yang buta huruf dan angka.

“Bagi keputusan UPSR di seluruh Negara, Sabah menduduki tempat terakhir dan pada setiap tahun masih ada sekolah-sekolah mendapat 0 peratus dalam UPSR” jelasnya.

Beliau berkata, bilangan pelajar yang tidak layak mendapat sijil diperingkat PMR, SPM dan STPM juga masih ramai berbanding negeri-negeri yang lain.

Ini katanya, merupakan antara cabaran yang perlu diatasi dan guru-guru harus mengenal pasti puncanya dan merancang strategi menanganinya dengan segera.

Dalam pengunaan peralatan ICT pula katanya, masih ramai guru yang tidak menggunakan sepenuhnya peralatan ICT, bahan Teknologi dan Media yang terdapat di sekolah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

“Ini berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak Nazir, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Jaminan Kualiti dan Bahagian Teknologi Pendidikan” katanya.

Lebih menyedihkan lagi katanya, ada bahan-bahan ini yang tidak direkod, tidak disimpan dengan baik malahan ada juga bahan-bahan ini yang tidak ada lagi di sekolah.

Walau bagaimanapun Normah yakin ramai juga di kalangan pengetua dan guru besar yang berjaya dan cemerlang.

“Kepada mereka ini kita ucap syabas dan tahniah kerana telah melaksanakan dasar berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah selaras dengan arahan semasa yang dike-luarkan oleh kerajaan,” kata-nya.

Dalam masa yang sama Normah berharap agar budaya kerja yang bersih daripada rasuah, berintegriti, beramanah dan sanggup berkorban masa dan tenaga dalam melaksana-kan tugas akan menjadi amalan berterusan warga pendidik di Sabah khususnya.

Carita Kaya...

KYRO - dia ini bukan jipun aaaa nama dia saja macam jipun...gambar musim hitam puti punya pukulan heheh..apa yang mr. aki suka pasal karangan dia di 'SUARA ANAK MARUDU' tajuk dia sama2 berjuang sama2 kaya..butul ka itu aaaaa ? butul juga kalau kawan kita sama2 berjuang inda manipu, inda culas, inda jadi antu...kalau ngam2 kawan kita itu barjuang hati/pikiran iblis jangan arapppp kita kaya.. banyak suda mr.aki nampak, waktu bubut itu purijik sama2 , buat perjanjian sama, makan d warung2 sama, pokoknya sama2...tapi bila suda dapat itu purijik c kawan yang lurus d sipak oleh c antu sanaaaa longkang takapar2... satanga mati...10 sen indada bagian dia dapat. tapi mangkali c kyro jumpa ini lurus, jujur urang dia jadi buli kaya..tatap kaya punya..kompommm

mana2 kawan yang barjuang mau kaya hati2 dengan antu, toyol, pucung, jambalang, lanun dan sama waktu dengannya.. buat palaburan tingok dulu butul2 sykt yg barkaitan..




Malatop malatop..... Kain Singapore... Siapa cepat dia dapat.... Atuuukkoii.....omura kopio!!! Ini merupakan laungan iklan yang saya dengar setiap kali ke Tamu Kota Marudu.Lebih 30 tahun saya tidak ke Tamu Kota Marudu.Kali terakhir saya ke Tamu Kota Marudu adalah sekitar tahun 1976,itupun di Pekan Lama. Tahun 1977 saya dipindahkan ke Kota Kinabalu untuk meneruskan persekolahan.Setiap kali cuti sekolah almarhum bapa akan charter kereta si Ah Mong di Tandek untuk mengambil kami dari rumah di Kota Kinabalu dan membawa kami pulang terus ke rumah di Tandek tanpa singgah dimana-mana.Begitu juga bila sekolah dibuka,kami (saya dan abang saya Anang) akan dihantar terus ke Kota Kinabalu. Secara tidak langsung saya seolah-olah terpisah dengan Kota Marudu. Rutin diatas telah sebati dengan saya hingga sekarang.
SAMBUNGAN INI CARITA KAMU URANG PIGI BULUK INI http://marudubloggers.blogspot.com/

Sabtu, 30 Mei 2009

Inikah Muka2 Pejuang ?


Kamu urang tingok muka2 duirang inda malu kan ? adakah d antara mereka ini bakal HERO d kota marudu atau paling kecil pun HERO Tandek atau HERO kampung2.. pada mr. aki mustahil indada d antara mereka ini jadi Pang Lima, cuma saja inda baraniiii...masuk d galangang kemudian tariak '' akulahhhhh HERO diabilang '' kalau ada awal2 urang kampung cakap 'GILA BABI' tapi sabanarnya ada masa kalau mau jadi pejuang angkat diri dia sendiri dulu ...supaya urang nampak sisik/taling dia, ini cara urang kampung nilai...kalau urang bandar lain pulak bah caranya..Pen ada, utak ada ..ciptalah sesuatu yg luar biasa, supaya taling/taji kanampakan..baru urang angkat tangannnnn... KOU MR. AKI INDADA GAYA JADI HERO ATAU PEMIMPIN.. bikin sibuk saja gambar kou di sanaaaa....


Inipun gambar urang kota marudu..biar pindik2 tagap tapi ada utak tarap DUNIA, cuma mereka ini inda beraniiiii.. kalau ada yang berani pun inda dapat sukungan, budu butul ini pengundiiii.. inda nampak permata dan kaca.. tahi dan minyak wangi.. antam kamulah urang tandik, urang kota marudu...yang hidung kamu d tarik2 sampai kambang, inda juga malawan....



mr. aki punya pikiran.. dunia perjuangan ini hanya urang yang berjuang layak kasi carita erti perjuangan butul2, derita perjuangan, maki hamun perjuangan, sanjungan perjuangan, kemiskinan perjuangan, sakit demam perjuangan... tapi kalau hanya kita baca karangan urang, baca sejarah perjuangan urang ..itu baru ilmu bacaan... tapi kalau mahu jadi pejuang terjunlah di dunia ini, bercakaplah di dunia ini, duduk dan makanlah d dunia ini... dunia perjuangan ini luas. Masuk d dunia perjuangan ini bukan parasyaratnya kou ada sijil tingi2 , indada guna sijil tingi2 kalau panakut dalam perjuangan inda mahu urang ini...yg d mahunya ada sijil tapi berani...

Kalau SUKARNO minta 10 pemuda untuk sama2 berjuang, Mr. aki minta 5 urang saja untuk tumbangkan KOTA MARUDU dan TANDIK ... tapi d mana mereka ?



http://geomotivator.blogspot.com/
1. Ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, saudara saudari yang saya hargai sekalian... hari ini mari bersama saya berbincang soal perjuangan. Ya, saya akui bukan mudah mengupasnya. Hanya seorang pejuang sejati yang layak membelah dan mengeluarkan intipati tajuk ini. Siapa pejuang yang sejati itu? Mereka adalah yang berjuang menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil hanyasanya kerana Penciptanya, serta telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi perjuangan. Sogokan kemewahan, kekangan, cacian, ugutan, penjara, kesempitan, kesakitan dan ancaman terhadap nyawanya dan keluarganya. Ternyata mereka berjaya melepasi semua itu. Merekalah pejuang sejati.

2. Dan, saya bukan orangnya. Malahan, saya tidak tahu bahawa saya ini layak atau tidak digelar pejuang. Apatah lagi pejuang sejati. Bagaimanapun, atas sebab rasa tanggungjawab sebagai sesama insan, rasanya tidak salah kita saling bertukar-tukar fikiran. Baik... setelah didedahkan senarai Permata Bangsa di dalam blog Suara Anak Marudu (SAM) baru kita menyedari bahawa kita tidak ketandusan orang-orang berkebolehan yang boleh disandarkan harapan soal masa depan bangsa dan rakyat khususnya di kawasan Kota Marudu. Kalau Presiden Soekarno perlukan hanya 10 orang pemuda dan beliau kata akan goncangkan dunia, kita ada lebih daripada itu. Tapi soalnya sekarang, kita tidak butuhkan kuantiti. Yang kita dambakan adalah kualiti. Dan, kita mahu mencari seorang Soekarno untuk memimpin permata-permata berkualiti ini agar bisa digoncang Tandek, Kota Marudu dan bahkan Malaysia!

3. Saudara perasan bukan, permata-permata yang disenaraikan bangun dan menyuarakan isi hati mereka. Walaupun bukan semua. Sehinggakan blog tersebut bingit seketika dengan pekikan-pekikan batin mereka. Malah tidak kurang juga yang memulakan langkah pertama mereka dengan membuat blog peribadi sebagai medan pemufakatan bersama dengan permata-permata lain. Lahirnya percikan idea perjuangan dari pelbagai dimensi dan harapan. Mereka merasakan diri mereka dihargai dan diperlukan. Dan, mereka telah mula bangun dan betul-betul sedar bahawa sebenarnya diri mereka itu adalah permata. Bukan kaca atau serpihan batu di jalanan.

4. Namun, di celah-celah jeritan itu kedengaran luahan halus beberapa permata yang lain. Mereka berkata, mereka perlu berjuang untuk diri mereka dan keluarga mereka terlebih dahulu. Mendapatkan kerjaya yang baik. Dan, barangkali juga kalau boleh selain ada pekerjaan perlu juga ada kereta besar, rumah besar dan semuanya yang besar-besar. Atau dalam istilah yang lebih mudah, biarlah kita tunggu kehidupan kita senang baru kita ingin memulakan langkah perjuangan membela bangsa dan rakyat. Saudara, saya ingin tegaskan di sini bahawa luahan-luahan seperti ini sebenarnya bukan mereka sahaja yang alami. Saya percaya, sebahagian besar golongan muda punya isu yang sama. Dilema yang sama juga melanda segelintir manusia yang tidak sedar bahawa diri mereka semakin senja. Sebenarnya mereka tidak salah sedikitpun kerana memberikan luahan seperti itu. Luahan itu merupakan isyarat bahawa jiwa mereka perlu difahami dan diri mereka perlu didampingi. Persoalannya sekarang, betulkah premis mereka ini bahawa `tunggu kaya baru mau berjuang`?

5. Ini persoalan yang bagi saya sukar dirungkaikan. Tapi secara peribadi saya ingin katakan bahawa memburu harta dan menjadikan material itu sebagai pengukur kelayakan seseorang untuk terjun dalam perjuangan adalah tidak tepat. Sebaliknya jika kita memburu ilmu dan menjadikan gabungan ilmu, pengalaman dan kemahiran kita untuk bekal sebagai pejuang dalam semua sudut kehidupan, itu tepat. Tapi, ia perlu berjalan seiring dengan perjuangan membela nasib bangsa dan rakyat. Mesti seiring. Semasa saya menjadi Pemimpin Mahasiswa dulu, saya diajar supaya menjadikan perjuangan kemahasiswaan itu No. 1 dan akademik BUKAN No. 2.

6. Maknanya apa? Maknanya ia kena seiring. Sama-sama penting. Kalau tidak seiring, kita risau akar perjuangan itu akan tercabut dari hati kita. Kita risau umur kita tidak panjang lalu semua hasrat kita untuk membawa perubahan terkubur bersama-sama dengan jasad kita. Kita risau kita akan lalai dengan kemewahan lantas malas dan takut untuk berjuang. Kita risau ada golongan yang tidak bertanggungjawab atau tidak cekap memimpin kita lalu deritalah rakyat dan hancurlah bangsa. Kita risau Ph.D tidak dapat, harta entah ke mana. Lalu, bangsa dan rakyat di tempat kita kekal macam begitu juga. Malah mungkin semangkin bobrok. Pada masa itu menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya lagi... Ya, saya pun mengakui bahawa harta itu penting. Tapi harus diingat ia bukan syarat dan matlamat dalam dunia perjuangan.

7. Kita lihatlah sendiri pemimpin-pemimpin yang hebat di dunia. Tiada pemimpin di dunia sehebat Utusan-UtusanNya. Cuba lihat kehidupan mereka. Sederhana kan... Cara hidup Utusan-Utusan inilah yang Tuhan perintahkan kita mengikutinya. Lihat saja kehidupan Khalifah Umar al-Khattab yang cucunya (Khalifah Umar Abdul Aziz) menjadi kebanggaan dan idola Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang. Bajunya bertampal-tampal. Makanannya roti kering berminyakkan minyak jelanta. Rumahnya amat sederhana. Tapi, pemimpin yang mungkin kita pandang sebelah mata ini telah menguasai sebahagian besar dunia dan disenaraikan sebagai manusia ke-4 paling berpengaruh di dunia oleh penulis Barat.

8. Jadi, permata-permata sekalian... Ayuhlah bangkit dari kealpaan kita yang panjang demi masa depan bangsa dan rakyat khususnya di tempat kita sendiri. Di tempat-tempat lain tidak perlulah kita menyibukkan diri. Di sana sudah ada pejuang-pejuang yang gagah perkasa membela bangsa dan rakyat mereka. Langkah pertama, kenali kekuatan diri kita dahulu. Selepas itu baru kita akan tahu di aspek mana kita boleh menyumbang. Yang mahir menulis, menulislah. Yang mahir seni, bersenilah. Yang mahir bertani, bertanilah. Yang mahir berniaga, berniagallah. Yang mahir berpidato, berpidatolah. Yang mahir mengajar, mengajarlah. Dan, yang mahir memimpin, memimpinlah.

9. Tidak boleh semua berada di saf hadapan. Bermaksud, berjuanglah mengikut kemahiran dan kekuatan kita masing-masing. Umpama seekor burung helang. Ada kepala, sayap, badan, kaki dan kukunya. Kalau semua kemaruk mahu menjadi kepala, burung itu bukan sahaja tidak boleh terbang tapi akan mati. Setiap kita ada peranan tersendiri. Yang penting lagu dan irama kita sama. Berpadu menuju destinasi yang satu. Dengan tekad kuat di hati, memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat Kota Maru

Papan Tanda ..


Selamat pagi, pada anda karana terus berkunjung ke buluk urang bukit .. buluk ini inda sama dengan buluk2 lain..yang parna anad kunjunga. mr. aki percaya..apa2 pun terima kasih kepada anda.
Malaysia merupakan sebuah negara bebas merdeka, siapa saja yang datang d malaysia pasti nampak kepelbagaian bahasa, bangsa, agama dan budaya.. inilah malaysia...Keluarga mr. aki d bukit2 kamik inda kisah pasal agama, pasal pulitik, pasal nika kawin, pasal makanan...kamik punya keluarga masing2 buat pilihan..ada keluarga mr. aki islam, kerstian, budah dan pagan.. ada yang ikut agama laki, ada yang ikut agama bini..inilah kamik urang d sabah..aman damaiii...

Sikarang pasal gambar d atas.. d sabah kamik inda hairan papan ini banyak berdiri d simpang2 jalan, untuk bagi tahu ada rumah ibadah d kampung ini dan itu.. muda bagi urang2 musafir melakukan ibadah mereka. Nah ini yang mr. aki kasi tahu ini sabanarnya... Mana kita punya papan tanda ? yg buli jawab ini JHEAINS, YADIM, JAKIM, ABIM, USIA, MUIS dan si Musa Aman...kawan2 mr. aki dari KL tanya ini sabah cantikkkk bah...tapi kamik sasat gara2 indada papan TANDA .. - Mr. Aki

Jumaat, 29 Mei 2009

Dengan Perasaan ...

http://tehranifaisal.blogspot.com/
'' Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah menjauhkan diri daripada anak-anak jika rasa marah, atau amalkan berzikir atau solat supaya jiwa berasa lebih tenang. '' - Datin Rosmah

Demikian ungkapan Datin Rosmah isteri Najib dalam prgrm bual bicara pintar.. bukan alang2 dia bagi ceramah sufi pada kaum wanita. Tapi inda cukup itu datin..cakap guna bahasa sufi saja , hasil inda sama. indada ertinya... inda malakat d ati yang dengar jauh sakali jadi ikutan..Datin kita ini buli jadi macam2 ... jadi artis buli, jadi ustazaha buli, jadi urang pulitik buli semua buli jadi ..tapi tiru isteri nabi siti khadizah, ini dia inda buli buat..bukan dia saja wanita lain pun inda buli buat.. Bini mr. aki suda tua2 pun pakai tudung ooooo datin, jangan tungu ketika mati baru kita terima pakai tudung indada guna..itupun urang idup yang buatkan ( tukang kasi mandi mayat )....Datin Pakailah tudung kalau mau d hormat oleh malaikat ..

Minum dulu ...?


'' Minum dulu kamu...padas butul ini LADA pagi2 ''


Kalau urang luar berani buat tegran.. kanapa urang negeri inda berani buat taguran ? taguran inda tarlatak pada pambangkang saja, tapi bila ada urang buat taguran kepada karajaan.. maka akan d cop lah nama, muka dan anak bini c penegur, d cop habis-habisan sampai kepada keturunan.. bahawa di dan mereka..adalah pambangkan yang inda layak d bagi apa2 kemudahan karajaan.. mr. aki masi ingat zaman 80an..biasalah apa2 saja minta sukungan pada YB, tarutama bila waktu cari karaja..punyalah kita tarpakasa menyambah pada YB .. untuk minta tanda tangan dan sukungan..ada pulak ibu bapa yang bukan menyambah saja, tapi menangis-nangis d dapan YB mangaku buat sukungan.. dan inda akan buat itu ini...YB macam tampat minta ampun dosa2 pulitik..d sabah banyak urang punya sejarah macam ini, bikin kasian... zaman ini ? minta maap pada YB.sukungan kau inda laku suda.. pasal tanda tangan YB sangat mura pada budak2 keluaran 'U'yang kelulusan budak2 ini lebih tingi dari YB ... tapi masi juga d angkat jadi pemimpin..2020 YB macam ini hanya layak jadi pamandu tungu dan lihat saja...Mr. Aki


Pelancong kecewa lihat Waterfront indah khabar dari rupa

28th May, 2009-sabah times
  • Amat mengecewakan! Begitulah luahan pelancong dari Luxembourg yang buat pertama kalinya berkunjung ke Waterfront, Kota Kinabalu.

Pasangan Luxembourg yang bertandang di Sabah selama dua minggu itu cukup mengharapkan percutian mereka di negeri ini akan memberikan kenangan yang indah, namun kesal apabila melihat keadaan Waterfront yang boleh disifatkan sebagai indah khabar dari rupa.

“Kami pergi ke Waterfront kelmarin untuk menjamu selera namun bau di sepanjang kawasan waterfront itu kurang menyenangkan kami untuk terus bersantai di kawasan tersebut.

Malah paling teruk lagi, apabila isteri saya pergi ke tandas awam, beliau mendapati keadaan tandas juga kotor dan berbau busuk sedangkan untuk menggunakan perkhidamatan tandas, pengguna perlu membayar RM0.30,” tambahnya.

Beliau agak kesal dengan keadaan ini dan menyatakan bukannya bukannya hendak memburukkan nama negeri Sabah, tambahan pula mempunyai kenalan di sini. Tetapi beliau cuma berharap supaya pihak tertentu boleh mengambil positif aduan ini sekaligus dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengelakan perkara itu tidak berlanjutan,” adunya.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya, terlepas pandang oleh pihak-pihak tertentu kerana hal seperti inilah yang mampu memberi gambaran buruk mengenai negeri Sabah. Tambahan pula Waterfront cukup terkenal sebagai one-stop dining and entertainment centre dan sememangnya menjadi pilihan sebagai tempat bersantai oleh penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar dan dalam Negara,” tambahnya lagi.

Pengadu turut berharap pihak yang bertanggungjawab tidak hanya memfokus kepada keindahan sesuatu tempat sahaja sehingga terlepas padang soal kebersihan.

“Setakat tempat cantik sahaja tidak cukup untuk menarik hati orang ramai… Tetapi jika kawasan Waterfront cantik dan bersih, pasti menambat hati pengunjung. Malah nama negeri Sabah juga turut menjadi sebutan ramai pihak sebagai destinasi percutian yang terbaik,” katanya.

  • Jurucakap bahagian aduan DBKK ketika dihubungi oleh Actionline menjamin akan menyiasat perkara tersebut dalam kadar segera. “Pihak kami akan memantau keadaan tandas awam ini dan mencari punca wujudnya bau yang tidak menyelesakan seterusnya membuat tindakan lanjut,” jelasnya.

Sambal balacan ...

' Utusan Malaysia '

si jangut dan si kontot- maksudnya ada jangut dan indada jangut ( gambar atas ) bukan alang2 dia punya taling, padas juga.. kalau inda d baca butul indalah tarasa ... tapi kalau d ulang2 baca sambil utak bajalan.. padasnya bukan satu biji lada kokou, tapi bertan-tan itu lada kokou tasumbat d talinga dan mulut.. inilah antara guru mr. aki dalam bab picit2 lada...cuma saja guru mr. aki ini.. bahasa dia pakai inda tarang2 atau ampai2, banding mr. aki yang turus picit ini lada...pasal mr. aki malas butul main tapuk2 dalam bahasa... lagi pun mr. aki d ajar oleh mr. aki punya mr. aki... main tarang2 kalau cakap ... jadi padasnya satu x rasa, banding guru mr. aki d atas padasnya palan2 rasa tapi lama terasa sangsara sampai mati... kalau mr. aki, paling2 pun pingsan 1 kali atau 7 kali lapas itu bagus... Bah, oklah aaaaaa jumpa bisuk pagi2...mr. aki pun kapanatan dari tabasan ....

Khamis, 28 Mei 2009

jutawan fakir butul2 ...kakakak

tahun lalu berita ini mendapat liputan meluas d akhbar2 tampatan, atas kejayaan tuan punya sykt ini melahirkan perniagaan... sehingga d julang melangit usahawan ini. berselindung d sabalik jualan langsung, ada barang d jual...pada masa yang sama mengambil DUIT dari orang ramai untuk d labur..pulangan bulanan lumayan, kala2 bank.. maka kaburlah mata urang2 yang mau kaya capat.. ada d antara mereka buat pinjaman ratusan ribu d bank, kemudian masuk skim sykt ini..sebulan bayaran ok, dua bulan ok, tiga bulan ok...urang pertama cukup yakin bahawa dia akan kaya hahahah...kemudian bulan yang seturusnya tiba2 ' KO ' menurut kawan mr. aki d papar ada d antara peserta kikis habis duit simpanan, kikis habis duit pinjaman bank...10 sen d bala 7 pun indada balik...

apa ko rasa ? OREN nah, lain x balajar butul2 mau kaya, balajar butul2 mau baca surat2 barkaitan... jangan urang ini gila sudaaaa




Pengarah syarikat Mirza didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

28th May, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tan-pa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mah-kamah.

Rabu, 27 Mei 2009

Bisikan Malam...

Kawan mr. aki dari sempurna

kebencian rakyat pada pemimpin tumbangnya sebuah tamadun. oleh itu pemimpin hendaklah melutut pada rakyat, jika tidak maka bersedialah minum racun dari gelas emas rakyat...namun sekiranya kou melutut pada rakyat, maka bersedialah minum madu dari gelas intan rakyat. wahai para pemimpin rendahkan sayap mu ketika kau berjalan di hadapan rakyat..pasti rakyat akan usung kali mu. Mr. aki

Air Mata

(sumber kosmo)

"Sebagai isteri, saya tahu ada dosa-dosa yang telah saya lakukan terhadap dia sebagai suami sebab itu saya sendiri memohon kepada pihak mahkamah untuk membuat permohonan maaf kepada Nash," katanya.

" ada masa seorang lelaki itu mesti bersifat HARIMAU, demi melindungi isteri dan anak2,pada masa lain bersifat burung kaka tua..ikut apa saja d ajar oleh tuannya, demi kasi sayang.. namun kalau EGO suda mendara daging.. maka keluarlah FIRAUN yang jahat..jahu d sudut ati seorang lelaki bahagia dengan PENCARAIAN, pun wanita jua..dalam hidup tolakansur, sabar, pemaaf, mara2, cemburu adalah sebuah kehidupan normal.. oleh itu giringlah sipat2 itu dengan IMAN...Mr. Aki "

poligami

melihat suara sumbang, adanya hasrat bawa balik manusia bernama chin peng, ke malaysia ketika ini.. menunjukkan bahawa fahaman komunis malaya PKM masi kuat d kalangan rakyat malaysia terutamanya d masyarakat CINA , oleh itu pihak karajaan seharusnya menangani perkara ini dengan lebih berhati-hati... jangan sampai kawan tikam dari belakang...meskipun makan sedulang sifatnya. sejarah silam hendaklah d baca dari halaman ke halaman perjalanan... yang cukup derita. Mr. aki bukan tidak sayang pada bini tapi sabagai suami yang bijak, sifat berhati-hati mesti ada...apa lagi ini merupakan perkahwinan poligami... mari kita fikir dengan minda segar sebelum mentari petang... Mr. Aki 21

Selasa, 26 Mei 2009

Anifah Aman terus terbang...

Datuk anifah Aman
mr. aki terus ikut perjalanan menteri ini, pasal dia muka baru dalam jamaah menteri karajaan malaysia..mau tingok dia punya taji, mau tingok minda dia..tapi nampakny dia buli tahan juga terabag sana sini.. untuk memberi kenyataan pasal pimpinan bos dia pak najib yang hancur lumat d malaysia...jika anifah berjaya kasi yakin nagara2 yang dia lawati, ini memberi petunjuk bahawa anifah adalah menteri yang HANDAL inda rugi lantik dia jadi menteri...tapi jika dia GAGAL maka ini satu tamparan hebat pada karajaan.. mr. aki doakan anifah berjaya dalam sipak tarajang yang dia terima..rakyat sabah pasti gembira melihat anak tampatan yg ada utak bertaraf DUNIA.
Apa saja komen terimalah dengan ati terbuka.. ari ini mungkin indada guna tapi mungkin esok sagala komen2 itu ada guna.. yang baik pakai capat2, yang buruk jangan buang..simpan buat baja. supaya minda lebih tajam dan laju d antarabangsa, tapi jangan lupa SABAH datuk...




Kementerian Luar terima kritikan dengan hati terbuka
26th May, 2009 - sabah times


DAMSYIK:Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata beliau menerima kritikan terhadap kementerian dan para pegawainya dengan fikiran terbuka kerana kemungkinan ia boleh menjadi satu pengajaran.
Beliau berkata kementerian itu menerima kritikan, komen dan idea yang konstruktif kerana keseluruhan objektifnya adalah bagi meningkat-kan imej dan perkhidmatannya.
“Masih ada ruang untuk menjadi bertambah baik. Saya tidak berkata bahawa mereka tidak bagus. Apa yang saya katakan ialah kita mahu membawanya ke tingkat yang lebih baik (ke arah mencapai kecemerlangan).
“Jadi saya akan melihat kepada setiap satu kritikan, dan mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripadanya,” katanya kepada Bernama di luar daripada sesi Majlis Menteri-menteri Luar (CFM) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-36 yang dihoskan oleh Syria.
Anifah telah diminta mengulas berhubung surat yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian Malaysia berbahasa Inggeris baru-baru ini berhubung apa yang disifatkan sebagai “keadaan yang amat buruk” di kementerian.
Penulis itu mendakwa, antara lain, bahawa banyak pegawai kementerian luar dan duta-duta besar tidak mencapai mutu tertentu.
Anifah berkata: “Kami perlu menerima kritikan itu secara positif. Sekarang, ia mengenai negara kita, ia bukan mengenai kita sebagai individu.”

Capat Masuk..

Kepada urang2 islam yang ikut MOGOK, inda makan itu pikir2lah jangan sampai perbuatan kamu itu d selubungai hasutan ANTU RAYA semata-mata. Kalau kamu pasang niat sakali pun macam ini ' saja aku inda makan / mogok lapar karana Allah ' pun inda ngam ... pasal banyak hal lagi kana tingok... 1. niat mesti butul, parlaksanaan dia ngam, natija dia juga masti ngam, inda maningalkan pakara asas ( solat ) - Rujuk tok guru dalam hal hukum ini.... tapi jangan tok guru pulitik...cari tok guru yang taraf dia 'MURABBI' taraf WALI.
Butul2 kamu ini ikut bos kamu...bukan ikut ALLAH dan RASUL, kalau mati syahid pun kamu cari bukan cara inda makan... pikir2lah kamu saudar mr. aki yang islam..
Mr. Aki - kalau karana mau capat masuk suruga inda makan, maka BUDUlah kamu. Jangan mangamuk bila anak2 kamu mogok lapar bila inda d kasi apa yanag dia mau pada kamu... pasal dia berguru dengan bapa dia.. BAH..OKlah..cukup dulu mr. aki kasi tingal sama kamu pasanan mr. aki ari ini... mr. aki pun mau bermusafir sanaaaa TABASAN.. KALAU ADA TALIAN CELCOM D TAMPAT MUSAFIR MR. AKI KITA JUMPA JUGA DNG BARITA D TABASAN MR. AKI


Bertentangan dengan Islam



Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan FADZILAH BAHARUDINpengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi kempen mogok lapar kerana ia tidak wujud dalam Islam dan bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.



Jelasnya, sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.
"Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.





Berita penuh sila rujuk utusan malaysia hari ini - mr.aki 21

Tun Dr. M


Tiada siapa dapat menafikan bahawa kemurungan pulitik malaysia abad 21 ini bermula d tangan Tun Dr.M , permulaanya ketika dr. m tandang anuar ibrahim keluar dari kerajaannya... maka bermulalah pamanasan d semua ruang lingkup... apabila anuar bersilat d gelangang parasaan urang malayu, cina, india dan kaum2 lain termasuk d sarawak dan sabah, sehingga ke ari ini...meskipun silatnya itu semakin jelas SUMBANG MAMBANG d mata rakyat, namun hakikatnya 3 negeri tumbang akibat SUMBANG MAMBANG anuar dan sekutunya... perseoalannya d sini setiap permainan ada PENGHUJUNGNnya, yang membuka permainan ini Tun M ,maka wajarlah dia TUTUP permainan ini dengan segara sebulum NAGARA MALAYSIA ini hancur lumat oleh panjahat2 ... mustahil seorang yang mencipta permainan tidak tahu menamatkan permainan tersebut...kecuali kalau dia penjahat....
Mr. Aki 21


mr. aki nampak pamanasan pulitik d malaysia samakin menjadi-jadi... dan bulum ada tanda2 titik akhirnya. kapada yang mau mogok
LAPAR BAH..ALANG2 3 HARI SAJA BAH..KAMU JANGAN MAKAN SAMPAI MATI LAGI BAGUSSSS !!!
Kalau itulah cara pulitik kamu...

Mr. Aki Tua


Kayveas cabar Murugiah

KUANTAN 25 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mencabar Senator Datuk T. Murugiah yang diumum Presiden PPP semalam, supaya menubuhkan parti baru jika merasakan dirinya wira kaum India. ( sebahagian petikan utusan malaysia )

Pembangkang teruskan mogok lapar

IPOH 25 Mei - Terus berdegil!
Pakatan pembangkang nampaknya tidak menghiraukan nasihat pihak berkuasa dan alim ulama apabila berkeras mahu meneruskan mogok lapar, esok.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan berganjak daripada mengadakan mogok lapar seperti yang dirancang selaras dengan keputusan untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya sendiri akan bersama-sama dalam kempen itu dan saya akan berpuasa sunat esok," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mogok lapar anjuran DAP itu dijadual berlangsung tiga hari atau 72 jam bermula esok (Selasa) dan berakhir Khamis ini.

Menurut Mohammad Nizar, penganut agama lain tidak dihalang berpuasa dan mereka bebas berpuasa mengikut ajaran agama masing-masing.

Mengenai pandangan tokoh agama yang melarang masyarakat Islam terbabit dalam kempen seumpama itu, Mohammad Nizar enggan mengulas. (utusan malaysia )

Isnin, 25 Mei 2009

YB oh YB ...

ini wakil rakyat kamik d tandik YB. anita Baranting. Aik.. nah.. kou yb , bila lagi kou punya berita keluar ini ... ? indad pikiran ka ? mau d cakap... macam yb2 lain yang ada saja pikiran mau d kasi cadang pada karajaan...kalau indada bah, pigi tanya urang2 kampung bah.. atau tanya urang2 muda yang ada pikiran.. lapas itu pura2 pikiran itu kou punya ...kalau mau tanya mr. aki pun indada hal buli saja...banyak mr. aki punya pikiran ini.

Hj. sairin karno baju batik bersalam - padi bukit itulah baras kampung, ia d tanam 1 x dalam 1 tahun dan bukan semua bukit2 sabah buli d tanam jenis padi ini... yg suka tanam padi bukit ini d kalangan urang2 tua saja, yg usia dakat mati suda.. d kalangan belia, jarang2 yang buat karaja ini suda, pasal karaja ini inda manarik... apa.. ka.. indanya, tumbang pukuk, kasi bakar tabasan, kasi kumpul kayu2 ..yg suda d bakar , tangan mengitam karana arang ...wajar pihak karajaan kasi idup balik budaya tanam padi bukit ini, sesuai dengan budaya urang2 dusun yang suka berladang...dan ' mitatabang ' ( gotong royong ) mr. aki suka karaja ini...pasal urang tua2 kalau masa mitatabang kaluarlah ' tangon diurang ' ( cerita dongeng )
Permintaan beras kampung meningkat 60 peratus tahun ini
25th May, 2009 - sabah times



KENINGAU: Permintaan terhadap beras kampung meningkat 60 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Menurut pedagang bebas beras tempatan, peningkatan permintaan itu dipengeruhi oleh factor kualiti, apa yang mereka sifatkan sebagai lebih terjamin berbanding beras import.
“Beras kampung mempunyai daya tahan dan kualiti tersendiri, disamping aromanya yang tidak ada tandingan” jelas seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Mary.
Berbanding beras kampung, Mary berkata sesetengah beras import tidak dapat bertahan lama.
Tinjauan yang dibuat mendapati pelbagai versi beras tempatan diperdagangkan di pasaran tamu minggu, antarannya Beras Bario, Beras Wangi, Beras Brunei, Beras Panjang dan lebih menarik ‘beras tapai’ turut dijual.
Beras tempatan yang sinonim dengan panggilan ‘beras kampung’ laris dijual dengan harga antara RM12 hingga RM10 sekilogram, menyaksikan produk tempatan itu berpotensi untuk dikomersilkan.
Sebelum ini, Wakil Rakyat Liawan, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, pernah mencadangkan subsidi padi bukit turut diberikan sebagai galakan kepada penduduk menceburi bidang yang amat menguntungkan itu.
Ketika ini kerajaan memberikan subsidi terhadap aktiviti penanaman padi sawah.
Sehubungan dengan itu, petani di daerah ini mahu supaya status cadangan pemberian subsidi ke atas penanaman padi bukit itu diperjelaskan, bagi membolehkan penyertaan dalam industri itu lebih menggalakkan.
Pengeluaran beras tempatan boleh me-ngekang pergantungan terhadap beras import, sekaligus dapat mengawal pengaliran wang rakyat ke luar negara.

Sana Sini Duittttt


Mr. aki hairan butul2 sajak akhir2 ini, mana2 saja musa aman buat lawatan rasmi, ada2 saja peruntukan dia umum... mana dia dapat duit itu aaaaaa ? sadangkan minggu lalu d sandakan 60 kontraktur yang dapat cabutan karaja d pejabat pembangunan negeri, ( dulu jabatan pembangunan persekutuan negeri sabah )... masi tunggu ' waran ' menungu bukan semingu atau sebulan ini masuk 6 bulan....apa cerita ini datuk !!!

bulan lalu 100 juta pembangunan daerah pitas, 50 juta d kota marudu kemudian Ranau.....jangan kasi UMUM kalau duit baru d cari datukkkkk RAKYAT MARAAAAA


Kalau lida urang dusun dia d pangil BONOD DOMPOK mantan MP d Ranau pilihan raya lalu dia pulang d pinampang setala dia rasa guyang d Ranau...

Masidi Manjun wakil rakyat paginatan Ranau - urang Ranau antara pemimpin d kalangan dusun islam yg d sebut2 satu masa dulu bakal jadi ketua menteri lepas musa aman...

RM70j salur air bersih Ranau

RANAU 24 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi menyalurkan bekalan air bersih di seluruh daerah ini yang akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan kira- kira RM20 juta bagi membina Kompleks Sukan Ranau yang kini dalam pembinaan.

"Semua ini untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama di kawasan luar bandar yang akan terus dibela dan setia menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

"Peruntukan besar ini juga jelas membuktikan para pemimpin kerajaan dan penjawat awam sentiasa bekerjasama bagi memastikan pelbagai projek dan agenda pembangunan di seluruh negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan pesta Kaamatan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Ebin.

Menurut Musa, peruntukan besar ini membuktikan para pemimpin politik dan penjawat awam sentiasa bekerjasama menjayakan pelbagai agenda pembangunan di seluruh negeri.

Katanya, kerjasama ini akan terus ditingkatkan sesuai dengan konsep yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tapuk2 Malu


Sumber gambar dan berita KOSOM

Pemulangan kereta itu dipercayai dilakukan secara senyap-senyap oleh Mohammad Nizar bersama Pegawai Khasnya, Amran Harun dan hanya diketahui media pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

' Waktu pakai tarang2, waktu kasi pulang tapuk2..kalau butul2 jantankan panggil wartawan masa kasi pulang itu kereta...baru ngam, harga diri naik. ini inda, main tapuk2 pulak kasi pulang...karana MALUUU, siapa suru buat parangai. Sikarang siapapun wakil rakyat, kasi bukti pada rakyat buat karaja butul2..rakyat akan nilai, rakyat akan undi, rakyat akan sayang.' Mr. Aki

Isap Sampai Puas ?

Sigup mr. aki ilang.. rupa2nya d curi budak ini hehe..

Baru kou tau...salama ini aku minta sigup kou mara2 aaaa

Lambat butul marak ini api...

Baru sadapppp parasaan sia ...

Isap palan2 baru ada rasa...

Tanang pikiran...
( bah kamu urang pikirlah sendiri aaaa, yang baik ambil yang buruk jangan ambil. Gambar ini kawan mr. aki bagi )

Ahad, 24 Mei 2009

Mr. Aki Mau Jumpa PM

Salamat malam dan kalau mau tidur jangan lupa baca doa tidur, agar syaitan inda kencing telinga kita, dan muda bangun solat subuh...selain itu muda2an mimpi yang bagus2 malam ini.. mr.aki mau kongsi pada pambaca pangalaman kawan mr. aki jumpa dengan s/u pulitik pak lah Alwi che Amat urang kalantan.. urang ini menurut kawan mr. aki parama urang dia, senyum bila barcakap, muka buli tahan inda manampakkan kesumbungan... dia manang atas tikit UMNO d kalantan, buli tahan...bukan sanang mau manang d kalantan, hanya urang2 yang butul2 ada aura buli manang..

apa yang mr. aki mau lihat.. apakah s/u pulitik Pak Najib lebih hebat urang dia dari ALWI CHE AMAT ...? sesuai dengan gagasan pak najib 1 malaysia, rakyat d kasi dahuluai..kalau panjang umur teringin mr. aki berurusan dengan Pak Najib dan S/U2 pulitik Pak Najib... untuk d uji butul kah rakyat d utamakan...Bukan inda parcaya tapi bulum ada bukti. Mr. aki mau jumpa PM pasal mau bagi tau kadaan urang2 bukit d sabah dan sarawak...jangan sampai katingalan bas 1 malaysia, jangan sampai d lihat 1 mata saja...


Orang Pak Lah Kena Buang di

Kelantanhttp://msomelayu.blogspot.com/

SEKALI air bah sekali pasir berubah. Barisan kepimpinan Umno Kelantan yang diketuai oleh Annuar Musa sebelum ini dirombak secara total oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang baru, Mustapa Mohamed apabila tidak mengekalkan pegawai parti lantikan Annuar dulu.

Alwi Che Amat yang juga bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri dilantik menjadi ketua penerangan dibuang oleh Mustapa tempat Alwi diganti dengan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Dali Hussein.

Semantara Setiausaha Umno Kelantan, yang juga ketua Umno Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman tidak dilantik semula dan tempat Ramzi itu diganti dengan ketua Umno Tumpat, Norzaidi Omar.

Nasib Alwi agak bernasib baik kerana beliau masih diberi peranan untuk menjadi Setiasuaha Barisan Nasional, Kelantan sementara Ramzi langsung tidak diberi tugas.

Pengguguran Alwi dan Ramzi itu dilihat sebagai tindakan pemutihan orang Abdullah Badawi di Kelantan.

Sementara itu bekas pengerusi Umno Kelantan Annuar Musa juga tidak diberi apa-apa peranan dan seakan dilenyapkan terus dari Umno Kelantan.

Ketua bahagian Umno Kota Bharu, Fatmi Che Salleh yang dijangka dilantik memegang jawatan penting dalam perhubungan Umno tidak dilantik memegang apa-apa jawatan. Ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat pula dilantik sebagai bendahari.

Seperti mana maklum, timbalan pengerusi badan perhubungan ialah ketua Umno Bachok, Awang Adek Hussein.

Nazrey Johani Masuk Politik ?

Urang Ranau

Nazrey Johani- urang dusun dari Ranau. Siapa inda kanal dia ? semua urang malaysia kanal c nazrey ini.. dulu dia dan kumpulan RAIHAN sikarang dia sendiri2 katanya mau buat karaja dakwah bersama rakan2 d sabah, memang butul mr. aki sampat pigi d program ' Kembara Dakwah melaluai Seni ' yang d buat oleh Nazri Abdullah dan kawan2 dia,tahun 2006 mereka masuk kampung...sambil ceramah sambil nasyid, sambutan cukup bagusss

mr. aki lihat nazrey ini kalau masuk pulitik d sabah urang sabah bilang ' TATAP MANANG ' yang panting ngam pati...cuma dia kana balajar mainan pulitik, walaupun dia ada pangaru...mainan pulitik bukan macam makan kacang...bah, nazrey bila lagi buat persambahan untuk urang kampung... jangan sikit2 minta bayar kalau buat persambahan... kou punya karabat dusun d sabah perlukan ilmu, perlukan samangat perjuangan.. indada guna kou tarkanal kalau urang2 kampung pun kou minta bayarrrrr bila buat persambahan..tulung kou punya bangaiiii buat karaja dakwah.

Urang Kota Marudu

Nazri Abdullah
' Kembara Dakwah dan Seni '


Sabah Times

RANAU: Krisis ekonomi glo-bal harus mendorong mas-yarakat Kadazandusun dan Murut mempertingkatkan tahap ‘efficiency’ dan produktiviti mereka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Ini bersesuaian dengan tema pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Bersama Membentuk Masa Depan yang Lebih Baik’, katanya semasa merasmikan Pesta Kaamatan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) peringkat negeri di sini, kelmarin.

Dalam masa yang sama, be-liau juga menyeru semua warga di daerah Ranau ini khasnya dan rakyat Sabah amnya, agar sentiasa memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada kerajaan Barisan Nasi-onal (BN) untuk memastikan setiap pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang berjalan licin.

Beliau berkata bagi pembangunan daerah ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM20 juta untuk kompleks sukan Ranau yang sedang dalam pembinaan, dan telah meluluskan RM70 juta untuk projek air Kundasang.

“Peruntukan besar ini bukti para pemimpin politik dan penjawat awam sentiasa bekerjasama menjayakan pelbagai agenda pembangunan di seluruh negeri. Ini amat menepati konsep 1Malaysia yang dite-kankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Semua ini untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama di luar bandar yang setia menyokong kerajaan BN sekian lama, dan akan terus dibela,” katanya.

Beliau berkata, ini penting untuk memastikan setiap program pembangunan yang dirancang berjalan lancar demi kebai-kan dan masa depan rakyat.

“Justeru, dengan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Dida-hulukan, Pencapaian Diuta-makan’, marilah kita terus bekerjasama dan berusaha untuk mencapai kemajuan dan ke-makmuran yang berkekalan untuk kesejahteraan generasi akan datang.

“Saya gembira kerana setiap kali menghadiri majlis seumpama ini, pemimpin dan rakyat dari pelbagai lapisan kaum, agama, budaya dan latar belakang turut hadir bersama-sama bagi menjayakan dan memeriahkan program yang dianjurkan,” katanya.

Turut hadir Presiden Upko yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Peng-erusi sambutan perayaan itu yang juga Menteri Pembang-unan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin.

Musa berkata, kehadiran semua lapisan masyarkat untuk memeriahkan acara termasuk pesta kaamatan, membuktikan rakyat terus komited dan men-yokong usaha kerajaan ke arah memantapkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Saya yakin, semangat ini kekal menjadi tunjang kekuatan rakyat dalam menjayakan semua perayaan yang berteraskan kebudayaan dan kesenian di negeri ini,” katanya.

“Buktinya dapat disaksikan pada setiap sambutan perayaan yang pastinya akan dihadiri dan disertai oleh semua kaum dan etnik. Ia jelas membuktikan betapa tingginya semangat perpaduan, keharmonian, toleransi dan muhibah di kalangan rakyat berbilang kaum dan budaya di negera kita khususnya Sabah,” katany

Cakap biar butul, jawatan sampai mati...


Aik nah...kata mau saman kamik punya menteri Anifa Aman ? pasal gara2 anifa buat kanyataan d luar nagara berkaitan parangai kou d sabah pujuk MP2 sabah masuk pakatan. kadapatan suda tambirang kou ooooooo kalau butul2 mau saman anifa jangan alang2 ...biar papa kadana anifa kou karajakan.. buli tahan SUMANDAK d sabala kou oooooo



Yang ini pulak sukurlah... Allah bagi jawatan MB perak, dengan itu jangan banyak cakap2 lagi... banyakkan kerja umat, jangan tinggal sembahyang.... kalau mau tawan ati rakyat tiap2 subuh pigi solat d surau2 , pigi solat jumaat d mana2 surau dan masjid kou buat ini sampai mati.... mr.aki jamin rakyat akan sayang, antar urang2 fakir, urang2 miskin, anak2 yatim, mualaf pigi umrah.... buat karaja berturusan. Allah akan pertahankan jawatan kou sampai MATI....

Siapa2 yang mau marasa kadamaian pikiran, kadamaian jiwa bah... datang kamu d tampat mr. aki buli mr. aki kasi tanang kamu punya pikiran/jiwa. bukit d bawa gunung kinabalu inilah tampat mr. aki tinggal, cantik bah kan....


Alang2 3 ari saja pambangkang ini inda makan, inda minum kasi 3 tahun lah inda makan supaya MAMPUS indada lagi urang2 pangacau...cukup2lah pilihanraya suda limpas, bicara d mahkamah pun suda limpas.. suda tau siapa kala dan manang. Kalau kata karajaan inda tulus.... mr. aki jawab kamu manang 3 negeri macam mana ?

pikirlah pakai kapala utak.... jangan buat itu utak macam BABI yang bawa panyakit atau macam H1N1 indada karaja malainkan kasi jangkit itu panyakit pada urang lain... cukuplah panyakit itu tanggung sendiri...


Mogok lapar

IPOH 23 Mei - Ibarat bayi menangis inginkan perhatian!

Selepas mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri bawah pokok dan membina monumen 'demokrasi', pakatan pembangkang tidak sudah-sudah mahu mencetuskan suasana tidak stabil di Perak.

Pakatan pembangkang yang telah kehilangan majoriti DUN kini merancang mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari bagi mendesak DUN dibubarkan.

Tindakan mereka itu seolah-olah tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam.

Pelbagai program diatur sempena kempen tiga hari itu yang bermula pukul 10 pagi, Selasa ini di Wisma DAP.

Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming pada sidang akhbar di sini berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas Speaker, V. Sivakumar dan ia berterusan selama 72 jam.


Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM