"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 28 Mei 2009

jutawan fakir butul2 ...kakakak

tahun lalu berita ini mendapat liputan meluas d akhbar2 tampatan, atas kejayaan tuan punya sykt ini melahirkan perniagaan... sehingga d julang melangit usahawan ini. berselindung d sabalik jualan langsung, ada barang d jual...pada masa yang sama mengambil DUIT dari orang ramai untuk d labur..pulangan bulanan lumayan, kala2 bank.. maka kaburlah mata urang2 yang mau kaya capat.. ada d antara mereka buat pinjaman ratusan ribu d bank, kemudian masuk skim sykt ini..sebulan bayaran ok, dua bulan ok, tiga bulan ok...urang pertama cukup yakin bahawa dia akan kaya hahahah...kemudian bulan yang seturusnya tiba2 ' KO ' menurut kawan mr. aki d papar ada d antara peserta kikis habis duit simpanan, kikis habis duit pinjaman bank...10 sen d bala 7 pun indada balik...

apa ko rasa ? OREN nah, lain x balajar butul2 mau kaya, balajar butul2 mau baca surat2 barkaitan... jangan urang ini gila sudaaaa




Pengarah syarikat Mirza didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

28th May, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tan-pa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mah-kamah.

2 ulasan:

  1. sepatutnya urang2 ini dihukum suruh ganti balik duit urang yang diurang pigi ambil bah.kalau ksi dakwa saja begitu macam tiada ba itu jamin 100k sbb urang punya duit yang diurang ambil suda juta2.

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM