mr. aki terus ikut perjalanan menteri ini, pasal dia muka baru dalam jamaah menteri karajaan malaysia..mau tingok dia punya taji, mau tingok minda dia..tapi nampakny dia buli tahan juga terabag sana sini.. untuk memberi kenyataan pasal pimpinan bos dia pak najib yang hancur lumat d malaysia...jika anifah berjaya kasi yakin nagara2 yang dia lawati, ini memberi petunjuk bahawa anifah adalah menteri yang HANDAL inda rugi lantik dia jadi menteri...tapi jika dia GAGAL maka ini satu tamparan hebat pada karajaan.. mr. aki doakan anifah berjaya dalam sipak tarajang yang dia terima..rakyat sabah pasti gembira melihat anak tampatan yg ada utak bertaraf DUNIA.
Apa saja komen terimalah dengan ati terbuka.. ari ini mungkin indada guna tapi mungkin esok sagala komen2 itu ada guna.. yang baik pakai capat2, yang buruk jangan buang..simpan buat baja. supaya minda lebih tajam dan laju d antarabangsa, tapi jangan lupa SABAH datuk...
Kementerian Luar terima kritikan dengan hati terbuka
26th May, 2009 - sabah times
26th May, 2009 - sabah times
DAMSYIK:Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata beliau menerima kritikan terhadap kementerian dan para pegawainya dengan fikiran terbuka kerana kemungkinan ia boleh menjadi satu pengajaran.
Beliau berkata kementerian itu menerima kritikan, komen dan idea yang konstruktif kerana keseluruhan objektifnya adalah bagi meningkat-kan imej dan perkhidmatannya.
“Masih ada ruang untuk menjadi bertambah baik. Saya tidak berkata bahawa mereka tidak bagus. Apa yang saya katakan ialah kita mahu membawanya ke tingkat yang lebih baik (ke arah mencapai kecemerlangan).
“Jadi saya akan melihat kepada setiap satu kritikan, dan mungkin ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripadanya,” katanya kepada Bernama di luar daripada sesi Majlis Menteri-menteri Luar (CFM) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-36 yang dihoskan oleh Syria.
Anifah telah diminta mengulas berhubung surat yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian Malaysia berbahasa Inggeris baru-baru ini berhubung apa yang disifatkan sebagai “keadaan yang amat buruk” di kementerian.
Penulis itu mendakwa, antara lain, bahawa banyak pegawai kementerian luar dan duta-duta besar tidak mencapai mutu tertentu.
Anifah berkata: “Kami perlu menerima kritikan itu secara positif. Sekarang, ia mengenai negara kita, ia bukan mengenai kita sebagai individu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...