Pelancong kecewa lihat Waterfront indah khabar dari rupa
- Amat mengecewakan! Begitulah luahan pelancong dari Luxembourg yang buat pertama kalinya berkunjung ke Waterfront, Kota Kinabalu.
Pasangan Luxembourg yang bertandang di Sabah selama dua minggu itu cukup mengharapkan percutian mereka di negeri ini akan memberikan kenangan yang indah, namun kesal apabila melihat keadaan Waterfront yang boleh disifatkan sebagai indah khabar dari rupa.
“Kami pergi ke Waterfront kelmarin untuk menjamu selera namun bau di sepanjang kawasan waterfront itu kurang menyenangkan kami untuk terus bersantai di kawasan tersebut.
Malah paling teruk lagi, apabila isteri saya pergi ke tandas awam, beliau mendapati keadaan tandas juga kotor dan berbau busuk sedangkan untuk menggunakan perkhidamatan tandas, pengguna perlu membayar RM0.30,” tambahnya.
Beliau agak kesal dengan keadaan ini dan menyatakan bukannya bukannya hendak memburukkan nama negeri Sabah, tambahan pula mempunyai kenalan di sini. Tetapi beliau cuma berharap supaya pihak tertentu boleh mengambil positif aduan ini sekaligus dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengelakan perkara itu tidak berlanjutan,” adunya.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya, terlepas pandang oleh pihak-pihak tertentu kerana hal seperti inilah yang mampu memberi gambaran buruk mengenai negeri Sabah. Tambahan pula Waterfront cukup terkenal sebagai one-stop dining and entertainment centre dan sememangnya menjadi pilihan sebagai tempat bersantai oleh penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar dan dalam Negara,” tambahnya lagi.
Pengadu turut berharap pihak yang bertanggungjawab tidak hanya memfokus kepada keindahan sesuatu tempat sahaja sehingga terlepas padang soal kebersihan.
“Setakat tempat cantik sahaja tidak cukup untuk menarik hati orang ramai… Tetapi jika kawasan Waterfront cantik dan bersih, pasti menambat hati pengunjung. Malah nama negeri Sabah juga turut menjadi sebutan ramai pihak sebagai destinasi percutian yang terbaik,” katanya.
- Jurucakap bahagian aduan DBKK ketika dihubungi oleh Actionline menjamin akan menyiasat perkara tersebut dalam kadar segera. “Pihak kami akan memantau keadaan tandas awam ini dan mencari punca wujudnya bau yang tidak menyelesakan seterusnya membuat tindakan lanjut,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...