"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 26 Mei 2009

Tun Dr. M


Tiada siapa dapat menafikan bahawa kemurungan pulitik malaysia abad 21 ini bermula d tangan Tun Dr.M , permulaanya ketika dr. m tandang anuar ibrahim keluar dari kerajaannya... maka bermulalah pamanasan d semua ruang lingkup... apabila anuar bersilat d gelangang parasaan urang malayu, cina, india dan kaum2 lain termasuk d sarawak dan sabah, sehingga ke ari ini...meskipun silatnya itu semakin jelas SUMBANG MAMBANG d mata rakyat, namun hakikatnya 3 negeri tumbang akibat SUMBANG MAMBANG anuar dan sekutunya... perseoalannya d sini setiap permainan ada PENGHUJUNGNnya, yang membuka permainan ini Tun M ,maka wajarlah dia TUTUP permainan ini dengan segara sebulum NAGARA MALAYSIA ini hancur lumat oleh panjahat2 ... mustahil seorang yang mencipta permainan tidak tahu menamatkan permainan tersebut...kecuali kalau dia penjahat....
Mr. Aki 21


mr. aki nampak pamanasan pulitik d malaysia samakin menjadi-jadi... dan bulum ada tanda2 titik akhirnya. kapada yang mau mogok
LAPAR BAH..ALANG2 3 HARI SAJA BAH..KAMU JANGAN MAKAN SAMPAI MATI LAGI BAGUSSSS !!!
Kalau itulah cara pulitik kamu...

Mr. Aki Tua


Kayveas cabar Murugiah

KUANTAN 25 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mencabar Senator Datuk T. Murugiah yang diumum Presiden PPP semalam, supaya menubuhkan parti baru jika merasakan dirinya wira kaum India. ( sebahagian petikan utusan malaysia )

Pembangkang teruskan mogok lapar

IPOH 25 Mei - Terus berdegil!
Pakatan pembangkang nampaknya tidak menghiraukan nasihat pihak berkuasa dan alim ulama apabila berkeras mahu meneruskan mogok lapar, esok.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan berganjak daripada mengadakan mogok lapar seperti yang dirancang selaras dengan keputusan untuk terus mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya sendiri akan bersama-sama dalam kempen itu dan saya akan berpuasa sunat esok," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mogok lapar anjuran DAP itu dijadual berlangsung tiga hari atau 72 jam bermula esok (Selasa) dan berakhir Khamis ini.

Menurut Mohammad Nizar, penganut agama lain tidak dihalang berpuasa dan mereka bebas berpuasa mengikut ajaran agama masing-masing.

Mengenai pandangan tokoh agama yang melarang masyarakat Islam terbabit dalam kempen seumpama itu, Mohammad Nizar enggan mengulas. (utusan malaysia )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM