"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 24 Mei 2009

Nazrey Johani Masuk Politik ?

Urang Ranau

Nazrey Johani- urang dusun dari Ranau. Siapa inda kanal dia ? semua urang malaysia kanal c nazrey ini.. dulu dia dan kumpulan RAIHAN sikarang dia sendiri2 katanya mau buat karaja dakwah bersama rakan2 d sabah, memang butul mr. aki sampat pigi d program ' Kembara Dakwah melaluai Seni ' yang d buat oleh Nazri Abdullah dan kawan2 dia,tahun 2006 mereka masuk kampung...sambil ceramah sambil nasyid, sambutan cukup bagusss

mr. aki lihat nazrey ini kalau masuk pulitik d sabah urang sabah bilang ' TATAP MANANG ' yang panting ngam pati...cuma dia kana balajar mainan pulitik, walaupun dia ada pangaru...mainan pulitik bukan macam makan kacang...bah, nazrey bila lagi buat persambahan untuk urang kampung... jangan sikit2 minta bayar kalau buat persambahan... kou punya karabat dusun d sabah perlukan ilmu, perlukan samangat perjuangan.. indada guna kou tarkanal kalau urang2 kampung pun kou minta bayarrrrr bila buat persambahan..tulung kou punya bangaiiii buat karaja dakwah.

Urang Kota Marudu

Nazri Abdullah
' Kembara Dakwah dan Seni '


Sabah Times

RANAU: Krisis ekonomi glo-bal harus mendorong mas-yarakat Kadazandusun dan Murut mempertingkatkan tahap ‘efficiency’ dan produktiviti mereka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Ini bersesuaian dengan tema pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Bersama Membentuk Masa Depan yang Lebih Baik’, katanya semasa merasmikan Pesta Kaamatan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) peringkat negeri di sini, kelmarin.

Dalam masa yang sama, be-liau juga menyeru semua warga di daerah Ranau ini khasnya dan rakyat Sabah amnya, agar sentiasa memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada kerajaan Barisan Nasi-onal (BN) untuk memastikan setiap pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang berjalan licin.

Beliau berkata bagi pembangunan daerah ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM20 juta untuk kompleks sukan Ranau yang sedang dalam pembinaan, dan telah meluluskan RM70 juta untuk projek air Kundasang.

“Peruntukan besar ini bukti para pemimpin politik dan penjawat awam sentiasa bekerjasama menjayakan pelbagai agenda pembangunan di seluruh negeri. Ini amat menepati konsep 1Malaysia yang dite-kankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Semua ini untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama di luar bandar yang setia menyokong kerajaan BN sekian lama, dan akan terus dibela,” katanya.

Beliau berkata, ini penting untuk memastikan setiap program pembangunan yang dirancang berjalan lancar demi kebai-kan dan masa depan rakyat.

“Justeru, dengan semangat ‘Satu Malaysia, Rakyat Dida-hulukan, Pencapaian Diuta-makan’, marilah kita terus bekerjasama dan berusaha untuk mencapai kemajuan dan ke-makmuran yang berkekalan untuk kesejahteraan generasi akan datang.

“Saya gembira kerana setiap kali menghadiri majlis seumpama ini, pemimpin dan rakyat dari pelbagai lapisan kaum, agama, budaya dan latar belakang turut hadir bersama-sama bagi menjayakan dan memeriahkan program yang dianjurkan,” katanya.

Turut hadir Presiden Upko yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Peng-erusi sambutan perayaan itu yang juga Menteri Pembang-unan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin.

Musa berkata, kehadiran semua lapisan masyarkat untuk memeriahkan acara termasuk pesta kaamatan, membuktikan rakyat terus komited dan men-yokong usaha kerajaan ke arah memantapkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Saya yakin, semangat ini kekal menjadi tunjang kekuatan rakyat dalam menjayakan semua perayaan yang berteraskan kebudayaan dan kesenian di negeri ini,” katanya.

“Buktinya dapat disaksikan pada setiap sambutan perayaan yang pastinya akan dihadiri dan disertai oleh semua kaum dan etnik. Ia jelas membuktikan betapa tingginya semangat perpaduan, keharmonian, toleransi dan muhibah di kalangan rakyat berbilang kaum dan budaya di negera kita khususnya Sabah,” katany

1 ulasan:

  1. please PM me... i want join. kalu ada program. pasal agama..

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM