"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 30 Jun 2009

kayalah kamu ....

ULASAN MR. AKI-ini suda bagus dan bulilah katawa2 220 urang kuntirik pasal ada lagi kamasukan buli bayar utang macam2 tapi ada juga urang2 kuntirik ini yang JAHANAM inda bayar utang kadai...yang dia tahu ambil barang kadai saja, inda cukup itu gaji pakaraja pun dia inda bayar KURANG ASAM BUTUL !!! ini carita urang2 kuntirik. carita urang2 pamantau purijik pulak juga sanyum-sanyum apakah indanya diurang pun dapat juga kupi O ... ini bukan TUDUHAN aaaaa butul2 punya caritaaaaa ( talinga mr. aki sendiri dengar pangakuan mereka yang talibat ) apakah JAHANAMnya parangai ini ? ok ini pasal pamantau. carita pagawai urang atasan lagilah kanyang.... katawa2 diurang dapat bikin makan2, tingi dari kopi O PANYANGAK BUTUL !!! Jadi ringkasnya purijik yang bertimbun-timbun macam mana sakali pun tatap ada yang BUCURRRRRRRRRRRRRRR dan RASUAHHHHHHHHHHH !!! BAHLUL BUTUL




220 kontraktor rebut 132 projek bernilai lebih RM9j

29th June, 2009-sabah times

PITAS: Seramai 220 kontraktor men-yaksikan cabutan 132 projek yang me-nelan belanja lebih RM9 juta yang dijalankan dalam sistem elektronik di Dewan Serbaguna dekat sini kelmarin dalam program Majlis Pengundian Projek PIA/PIAS Negeri Sabah Perun-tukan d ibawah Kementerian Kewang-an Malaysia ( MOF ).

Kotraktor itu termausklah 47 orang dari daerah ini sebagai tuan rumah cabutan, 82 dari Kota Marudu, 41 dari Kudat, 22 Daerah Kecil Matunggong dan 28 dari Daerah Kecil Pulau Banggi.

Daerah Kota Marudu mendahului daerah yang lain sebanyak 35 buah projek bernilai RM3.44 juta, diikuti oleh Daerah Kudat sebanyak 25 buah projek menjadi rebutan dan sejumlah RM2.13 juta diperuntukan. Bagi daerah Pitas sebanyak 39 buah projek bernilai RM1.52 juta, daerah kecil Matunggong 18 buah projek bernilai RM1.15 juta dan daerah Kecil Pulau Banggi dihadiahkan 15 buah projek bernilai RM1 juta kesemua projek untuk lima buah daerah ini bernilai RM9.235 juta

Berucap dalam Majlis Pelancaran cabutan tersebut Adun Pitas. Bolkiah Haji Ismail menyeru semua kontraktor yang berjaya dalam semua cabutan baik hari ini mahupun yang akan datang hendaklah melaksanakan projek tersebut dengan sungguh-sungguh dan bertanggungjawab.

Beliau berkata ini untuk mengelakkan mereka mencemarkan nama dan lesen me-reka di samping rakyat juga turut menerima padah kerana amanah yang diberikan oleh kerajaan untuk dinikmati bersama oleh rakyat.

Bolkiah yang juga Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Seki-tar Sabah dan Ketua Umno Bahagian Ku-dat berkata daerah Pitas diberi penghormatan sebagai tuan rumah cabutan projek kali ini dan dengan adanya projek yang diberikan kepada semua daerah ini jelas menunjukan keprihatinan kerajaan terhadap kita dan inilah yang dinamakan sebagai konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan

Hadir sama dimajlis itu Pegawai Dae-rah Pitas selaku Ketua Pentadbir Daerah merangkap Pengerusi Penganjur bersama Sapdin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kementerian Kewangan Malaysia Sabah, Mohd Yunus Sharline, Adun Pulau Banggi Mijul Haji Unaini, Pemimpin Kemajuan Rakyat Matunggong wakil kepada Adun Matunggong Mazin Maginda, Pemimpin Kemajuan Rakyat Pitas Mohd. Lahab Enul, Penolong Pegawai Dearah Kota Marudu (Bahagian Pembangunan) Haji Ajak Haji Awang Penolong Pegawai Daerah Kudat Yassin Nasir, Penolong Penolong Pegawai Daerah Pitas ( Bahagian Pembangunan) Pitrus Apin, Penolong Pegawai Daerah Pulau Banggi Aliuddin Hj. Mohd. Onon, Pegawai dari Kemente-rian Kewangan, SPRM dan dianggarkan 700 orang menghadiri majlis tersebut.

buka buluk ?

ULASAN MR. AKI - Nampaknya wanita UMNO suda sadar batap buluk itu amat berguna dan panting...tapi dalam pangatahuan mr. aki buluk2 bahagian UMNO tarutamannya d sabah masi inda banyak yang buat dan barani untuk membuat buluk.. dan kalau ada pun mereka bukan buluk, yang buat cuma nama saja...urang lain yang kasi aktif, bukan itu saja ruangan ulasan pun d sakat untuk pambaca mangantar ulasan atau cadangan...jawaban2 kepada pertanyaan juga inda d jawab...kanapa ? mr. aki nampak mereka takut d keritik, takut berhadapan dengan perseolan pokok yg rakyat tanya...!!! jadi indada gunanya juga ada buluk2 bahagian kalau hanya berbantuk satu hala saja..!!!

Semua Wanita Umno diminta wujud laman web dan blog

30th June, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Semua Wanita Umno di peringkat bahagian diminta mengaktifkan semula atau mengujudkan laman web dan blog untuk men-yalurkan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di negeri ini, kata Penolong Setiausaha Wanita Umno Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad.

Beliau berkata usaha itu perlu agar Umno dapat mengukuhkan kembali ke-dudukan selain dapat menarik lebih banyak sokongan daripada generasi muda.

Katanya, penggunaan media baru me-lalui alam siber kini menjadi satu kemestian memandangkan generasi baru lebih terdedah dengan kemudahan teknologi tersebut.

“Pilihan raya umum akan datang kita akan berdepan dengan lebih ramai pengundi muda, oleh itu, media baru melalui laman web atau blog merupakan salah satu cara untuk menarik generasi muda.

“Usaha ini sekali gus membendung mereka daripada terpengaruh dengan dak-yah yang disebarkan oleh parti pembang-kang yang semakin berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Pertama Sekretariat Pentadbiran dan Operasi Wanita Umno Sabah di Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

ainab yang juga Pengerusi Sekretariat Pentadbiran dan Operasi berkata, suka atau tidak, Umno perlu menjadikan kelompok berkenaan sebagai sasaran dalam perjuangan mengisi barisan kepimpinan akan datang bagi kesinambungan misi membela nasib rakyat.

“Dalam soal ini, tumpuan sudah tentulah diberikan kepada Ketua-ketua Wanita Umno bahagian, Ketua Penerangan, Se-tiausaha dan Setiausaha Kerja yang dilantik di peringkat bahagiuan seluruh Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) Karambunai berkata, usaha itu perlu dalam menyesuaikan pendekatan menyebar luas maklumat selain merancang strategi berkesan bagi mengukuhkan kedudukan Umno sebagai parti utama negara.

“Dalam melaksanakan gerak kerja melalui alam siber ini, kita jangan lupa untuk terus mengamalkan pendekatan turun padang dan berdialog dengan semua kelompok masyarakat seperti mana yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Razak,” katanya.

Katanya, pendekatan itu pastinya mampu mencapai misi Perdana Menteri yang ingin memastikan Umno mampu mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat.

Menurut beliau, bagi meraih sokongan, semua pemimpin bukan sahaja perlu turun padang dan berdialog malah menggunakan kecanggihan teknologi maklumat semaksimum mungkin. Sama ada hendak diakui atau tidak, Umno masih lemah dalam soal ‘peperangan’ melalui dunia siber.

“Ia terbukti apabila blog-blog yang cenderung ke arah pembangkang lebih mendapat perhatian berbanding blog-blog yang dikuasai atau menyokong kerajaan. Semua ini berlaku kerana kelemahan Umno mengambil kesempatan mewujudkan atau memperkukuhkan ‘tentera sibernya’.

“Saya mahu semua Wanita Umno di peringkat bahagian mengaktifkan semula laman-mana web yang sedia ada dan kepada yang belum mempunyai laman web perlu mengujudkan laman web mereka,” katanya.

Jainab berkata, laman web itu bukan sekadar untuk carta organisasi atau memaparkan aktiviti biasa tetapi menyalurkan maklumat tentang perancangan untuk rakyat. Dan gagasan 1Malaysia perlu dihayati semua kaum, bangsa dan rakyat di negeri ini khususnya ahli-ahli Umno di Sabah.

Dalam mesyuarat itu, Jainab turut mengumumkan pelantikan Halizah Din sebagai Penolong Setiausaha Sekretariat Pentadbiran dan Operasi Wanita Umno Sabah.

mau mati cara ... ?

ULASAN MR. AKI - indada siapa manusia yang dapat lari dari MATI...cuma bagai mana cara mati setiap manusia inda sama, ada urang mati nama dia HARUM, ada juga mati nama dia BUSUK karana sikap ketika idup..banyak mana pun kakayaan seorang bukan jadi ukuran untuk mati BAGUS...bagi urang2 silam (islam) hanya iman dan amal soleh jadi ukuran ketika mati... imanlah yang akan menjawab seolan2 dalam kubur.... !!!


Keputusan bedah siasat Jacko bocor - kosmo




LOS ANGELES - Keputusan bedah siasat yang dibocorkan kepada media menunjukkan Raja Pop, Michael Jackson amat kurus dan kepalanya hampir botak, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat badan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika masih hidup ialah 50.8 kilogram dan perutnya hampir kosong kecuali mengandungi beberapa pil yang sudah larut.

Menurut keputusan bedah siasat itu, pinggul, peha dan bahunya dipenuhi dengan kesan jarum dipercayai akibat suntikan ubat penahan sakit.

Dia yang meninggal dunia ketika berumur 50 tahun memakai rambut palsu ketika dia didatangi anggota-anggota perubatan, kata laporan itu.

"Dia kurus kering, rambutnya gugur dan dia tidak menjamah makanan tetapi pil ketika meninggal dunia," kata satu sumber yang rapat dengan penyanyi itu kepada media.

Jacko meninggal dunia pada Khamis lalu di rumah yang disewanya di sini selepas diberikan ubat penahan sakit oleh doktor peribadinya.

Dia meninggal dunia selepas degupan jantungnya terhenti.

Menurut laporan bedah siasat itu: "Kesan suntikan terdapat di seluruh tubuhnya dan kecacatan itu disebabkan oleh pembedahan plastik yang dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

"Terdapat empat suntikan baru di sekitar jantungnya, kemungkinan daripada percubaan untuk mengepam adrenalin ke dalam jantung untuk menghidupkannya," kata laporan itu.

Tiga daripada suntikan itu sudah menembusi dan merosakkan dinding jantungnya manakala suntikan keempat di tulang rusuk.

Menurut laporan bedah siasat itu lagi, beberapa tulang rusuknya patah ketika usaha menyelamatkannya dilakukan pada Khamis lalu.

Penyanyi itu mempunyai lebam misteri di bahagian lutut dan tulang kering serta di belakang badannya kemungkinan menunjukkan dia pernah terjatuh.

Terdapat parut di kulitnya dekat telinga kirinya dan bahagian itu botak sepenuhnya. Parut itu mungkin wujud berikutan kemalangan ketika dia menjalani penggambaran iklan Pepsi pada 1984.

Dalam penggambaran itu, rambutnya terbakar.

Keluarga Jacko meminta bedah siasat kedua dilakukan selepas bedah siasat pertama tidak menunjukkan bahawa dia meninggal dunia kerana perbuatan khianat. - Agensi


Isnin, 29 Jun 2009

PAS tumbuk UMNO siapa KO .. ?


Gambar ini menarik mata dan akal, inilah hebatnya sebuah gambar buli kasi cerita macam2 ( lihat tumbukan kiri seluar HIJAU kira PAS punya warna...bukan alang2 dia antam muka c seluar puti/ mera UMNO heheh )


Babak 2 ; UMNO balas bagi tumbukan kanan pada PAS kekek ampir2 tumbang nasip ada tali tampat dia sangkut... kalau inda mangkali tumbang... mangampai ...!!!


Babak 3; inda cukup dengan panampar kanak UMNO kasi pada PAS di karajakan lagi dengan tandangan KANAN ....alamakkkkkk sakit sudaaaaaaaa ....!!!


Babak 4; nah kan aku bilang jangan kasi duluan .... x ini butul2 mangampai hehehehhe mau malawan lagi ini....!!! TUNGUUUUUU
Gambar ; http://minaq-jinggo.fotopages.com/


apa yg mr. aki paparkan ini menjadikan pikiran kita HIDUP dengan apa saja yg barlaku d sekitar kita...slmt berfikir ...!!!

Pak Lah ...


Pak Lah - dr. m sapatutnya kana ambil sikap pal lah yang diam inda buat kanyataan pulitik kecuali melibatkan nagara, agama .. sabap panganti dia NAJIB lebih tahu kamana dia mau bawa malaysia ini. tapi dr. m inda cakap saja karaja dia ... buatlah karaja2 amal, banyakkan ibadah, banyakkan minta ampun pada allah itu yang terbaik ...tukar konsep idup pigi mekah buat ibadah...mr. aki bukan apa, cuma teringat sikap dr. m ketika dia GUSUK pak lah... dia antam pak lah, dia gerudi putarajaya ....ini sikit2 buat kanyataan akhbar....macam dia saja yang paling pintar...!!!

http://minaq-jinggo.fotopages.com/


UMNO, Pas perlu bincang - Pak Lah

KEPALA BATAS 28 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan UMNO dan Pas supaya mencari jalan menyelesaikan isu kepentingan orang Melayu melalui perbincangan bukannya berdebat secara terbuka.

Menurutnya, UMNO dan Pas perlu memilih pendekatan secara muafakat atas semangat persaudaraan sesama Islam bagi menyelesaikan pelbagai isu yang menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini.

"Saya rasa tidak perlu pendekatan itu (berdebat) kerana lebih baik kedua-duanya (UMNO dan Pas) duduk berbincang masalah yang ada dan mewujudkan persefahaman.

"Kita perlu selesaikan perkara-perkara yang menimbulkan percanggahan dan pendirian termasuk yang membabitkan soal agama," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka berhubung kemelut yang melanda kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu.

Abdullah berkata, UMNO dan Pas memainkan peranan cukup besar untuk mewujudkan persefahaman di kalangan orang Melayu lebih-lebih lagi dalam perkara yang menyentuh kepentingan agama.

"Sudah ada kecenderungan orang Melayu boleh bertelagah soal agama, (justeru) UMNO dan Pas perlu mewujudkan persefahaman agar orang Melayu tidak berbalah mengenai isu sebegini," jelasnya.

Katanya, kesepakatan UMNO dan Pas dalam membincangkan isu-isu secara bersama mampu menyediakan asas yang kukuh untuk mewujudkan perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan orang Melayu.

Abdullah menambah, walaupun perpaduan menjadi keutamaan dalam asas perbincangan antara UMNO dan Pas, ia tidak bermakna kedua-dua parti itu tidak boleh berbeza pandangan dalam isu-isu tertentu.

"Perpaduan tidak bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan, tetapi bila ia menyentuh soal agama dan bangsa maka kita perlu bersama-sama selesaikan," ujarnya.

Mengenai cadangan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas, beliau berkata, langkah permulaan perlu dibuat bagi membincangkan isu-isu penting membabitkan orang Melayu.

Ditanya mengenai tindakan Nik Abdul Aziz yang menyamakan UMNO sebagai pergerakan komunis dan ajaran sesat, beliau berkata:

"Dia (Nik Abdul Aziz) terlajak cakap kot, tidak baik buat tuduhan seumpama itu."

Ahad, 28 Jun 2009

Lada kokou suda masak ....?

Nampaknya mr. aki punya LADA KOKOU suda masak...jadi buli suda buat sambal balacan, buli suda mr. aki guna untuk kasi TODOS / PICIT mulut2 urang jajal dan tambirang2 ... dngan lada ini juga macam2 mr.aki buli cipta kegunaan dia....bukan buat sambal saja. cita2 lada ini buli d kasi jual d luar nagara, tapi itu masi angan2lah bah.. biar d pasarkan dalam negeri dulu, pasal talampau banyak butul mulut2 sumbang yang mr. aki mau bagi ini LADA KOKOU ... !!!


ULASAN MR. AKI- urang2 pintar patutnya inda sanang kana BUYUK bukan ? tapi mr. aki nampak gulungan inilah yang paling banyak membuyuk d kalangan mereka ... pembuyukan mereka inda paya mr. aki kasi tahu pasal sendiri mau tahu ... cuma mr. aki kasi cuntuh 1 pakara bagai mana mereka ini membuat pembuyukan...mereka kalau membuyuk nilai 1000 itu biasa2 mereka buang...bagi pada urang2 tertantu untuk mengurus apa yang mereka mau...dunia ini paling katara ketika melobi purijik...satu tanda tangan mereka bayar ribuan pd urang tertantu...pembuyukan paling halussssss......macam kata labu dan labi ' bertumbuk cara alus2annnnn '

CATATAN RINGKAS UNTUK YB

http://illie-tingkalanon.blogspot.com/


Saya yakin semua YB kita ni ada telinga, ada mata, ada perasaan, ada wawasan, ada tujuan dan ada kerja rumah mau buat untuk kawasan masing-masing. Yang saya sangsi adaalah, kuncu-kuncu, barua, yang hanya pandai ambil kesempatan, harap pagar, pagar biadap, yang pentingkan poket, untung ,projek, lagak, nama, penghormatan dan mereka lah yang mempunyai jack bertan-tan, melobi YB sehingga YB-YB itu tiada ruang untuk membantu yang lain. YB terlepas pandang, petani yang tiada masa bersama YB, nelayan yang tidak peluang berjumpa YB, orang2 bukit yang tidak pernah tengok muka YB,dan semua yang betul-betul mahu berusaha mengusahakan tanah tetapi diabaikan atau terabai kerana ruang dan peluang dirampas oleh binatang-binatang peliharaan YB yang hanya mengharapkan makanan dan belanja dari bos-bos mereka. Saya percaya dipejabat YB ini terbentang 'blue print' pembangunan, perancangan strategic untuk rakyat. Saya yakin sangat dengan ini sebab mereka adalah rata-rata asal-usulnya dari keluarga miskin juga suatu masa dulu, mereka ada menyimpan hasrat untuk melihat kawasan diwakili diberi pembangunan,sebap itu mereka di pilih oleh rakyat. Saya percaya, setiap ketua jabatan di KM sudahpun membentangkan rancangan tindakan jabatan masing-masing. Tetapi, adakah orang yang diberi empowerment itu menjalankan tanggungjawab seperti yang diperturunkan. Contohnya JKR, mereka tahu dimana kerja mereka, tetapi kenapa mesti tunggu arahan dari YB, DO untuk membaiki jalan yang rosak.... Sendiri mau fikirlah...

Jangan lawan kuasa Allah ...


Antara muka2 Jacko ...dari rambut keriting macam tabuan kepada lurus, dari muka hitam kepada puti, dari hidung kambang kepada mancung.... inilah manusia bila inda puas dengan apa yang ada TUHAN bagi..namun kuasa manusia inda sampai ke mana, walaupun ilmu dia tinggi malangit, wang berbilion-bilion.. kalau inda sadar diri semua itu indada erti ...!!!


pentas hiburan dunia indada yang malawan jacko dia paling HEBAT , dia buli bagi hiburan pada siapa saja...tapi diri sendiri DERITA dan indada yang buli kasi hiburan jacko ketika dia perlukan hiburan ... dalam hidupnya semua dia ada, duit bukan sejuta dua tapi bilion nilai kekayaan yang dia ada ...!!! dia mau tunjuk apa saja pasti dia dapat...dunia indada yang inda kanal jacko. urang ini paling luar biasa...berbanding pemimpin DUNIA yang inda semua nagara dia terkanal ...!!!



DUNIA buli kasi ubah apa saja tapi inda buli kasi ubah TAKDIR ... jadi untuk apa tambirang2, untuk apa sumbung2 , untuk apa cakap basar.... untuk apa membasarkan hidung ...ingatlah semua kita MATI, semua kita MAMPUS, semua kita masuk KUBUR , semua kita bakal d makan ULAT ..!!!


INGATAN PADA PEMIMPIN... siapapun kamu, apapun pangkat kamu, banyak mana sakali pun duit kamu, d kawal macam mana pun kamu, cakap apapun kamu...dan apa saja yang kamu buat...pasti d tulis oleh malaikat dan akan d tanya saat pambalasan d akhirat...!!! jadi kalau kamu sumbung teruskannnnnn...kalau kamu inda tingok rakyat teruskannnnn...kalau kamu pili kasi dengan rakyat silakannnnn...dan buatlah apa sajaaaaaaaaaaa SILAKANNNNN !!!
kalau inda mau baruba, kalau inda ingat cakap urang2 yang kasi ingat....




ULASAN MR. AKI - siapa pun kita tatap MATIIII d masa hidup inilah paluang kita buat amal... amal kajahatan dan amal kabaikan ..
SALAMAT BERAMAL IKUTA SUKA MASING2
( AL -FATIHAH UNTUK RUH JAKSON@ MIKAIL )
semua gambar d ambil dari kosmo

tahi palat butul parangai

http://minaq-jinggo.fotopages.com/

ULASAN MR. AKI - Mana satu yang butul ini ? sakajap kata berbaik-baik, jadi kawan dan sapakat ...tapi inda sampai dapat anak suda lain d cakap, lida apa juga diurang pakai ini aaaaa ? yang mr. aki tahu lida bercabang BIAWAK dan ULAR .. kalau kamu urang inda percaya pigi tingok biawak dan ular punya lida ... binatang ini dua2 inda buli d makan, hukum dia HARAM .. inda apa kalau musim pilihan raya kamu inda bangaam lantak kamulah....kanapalah kalau kamu batikam lida...ini inda kira pilihan raya baantam juga... macam budak2 kecil ... indada UTAK mangkali suda diurang ini .... !!!

Hadi kembali serang UMNO - utusan malaysia

KUALA KRAI 27 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menyerang UMNO dengan menyifatkan parti itu mengkhianati agama dengan tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah.

Berucap pada majlis pengumuman calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai malam tadi yang turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau berkata, pendekatan UMNO juga tidak dapat menyatukan umat Islam.

Pengumuman calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah itu dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di padang awam Manek Urai lama.

''Islam tidak menjadi agama yang memerintah tetapi diperintah ikut suka dia, tidak menjadikan agama berdaulat. Islam yang sekerat, Islam yang disembelih dan dipotong," ujar Abdul Hadi.

Malangnya tegas beliau, usaha Pas untuk menunjukkan Islam yang berkuasa dan berdaulat di negara ini telah dihalang, dikekang daripada segi kemudahan dan kewangan.

Beliau mengajak pengundi di Manek Urai untuk terus menyokong Pas bagi memperlihatkan rakyat Kelantan tidak dapat menerima parti yang turut mengkhianati rakyat dan negara.

Katanya, kerajaan Pas Kelantan telah mampu bertahan selama beberapa penggal walaupun cuba dikalahkan dengan pelbagai cara termasuk tidak diagihkan royalti minyak seperti yang dilakukan terhadap kerajaan Pas Terengganu dahulu.

Beliau percaya adalah lebih baik bagi UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai ini kerana rakyat Kelantan mempunyai maruah yang tidak boleh dijual beli.

Apatah lagi katanya, pilihan raya kecil akan banyak menghabiskan wang namun sekiranya UMNO meneruskan hasrat bertanding, ia tentunya akan menghadapi tentangan.

''Dalam pilihan raya umum lalu, pengundi Manek Urai serahkan amanah kepada Pak Su Wil (Allahyarham Ismail Yaacob) dan terpulang kepada penduduk untuk menunaikan amanah peninggalannya kepada orang yang boleh menyambung perjuangannya," ujarnya.

Bagusss Bah


ULASAN MR. AKI - Kalau pemimpin singapura ini tok guru kata BAIK, BAGUS ... kanapa sesama senagara kata inda BAGUS, kata inda BAIK ... ? mr. aki inda paham... pikiran macam ini, bikin kasi rusan agama, bikin kasi nagara ....!!!

1 Malaysia

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kanan) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan); Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pelancaran logo dan lagunya di Dataran Merdeka, di sini, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail ( Berita harian )








Sabtu, 27 Jun 2009

indada akal



Mr. aki - Ada urang cakap dunia ini inda parna adil ...!!! kata2 ini biasa kita dengar ... jadi siapa yang adil ? ada juga urang kata, undang2 paling adil...juga d jawab,undang2 mana parna adil.. namun bila ada urang cakap yang adil adalah Tuhan...inda pulak d terima jawaban ini.. macam2 alasan untuk kasi tulak jawapan ini... inilah manusia.suda d bagi paha mau betis.. akal inda d pakai berpikir, kalau manusia ini macam, serupa karabau indada akal. Gunalah akal...!!!


Manohara diminta pulang


KERATAN Kosmo! 2 Jun.



Manohara



Fakhry


KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry memberi tempoh sehingga 2 Julai ini kepada isterinya Manohara Odelia Pinot supaya kembali ke pangkuan suaminya yang sah di sisi hukum syarak dan melaksanakan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan seperti yang telah diperakui oleh undang-undang.

Jika tuntutan tersebut tidak dilaksana sebelum tarikh itu, Tengku Muhammad Fakhry, 31, berkata, beliau tidak teragak-agak menggunakan segala haknya sebagai suami mengikut hukum syarak dan undang-undang yang ada tanpa merujuk terlebih dahulu kepada isterinya.

"Saya menegaskan sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Isteri wajib mematuhi arahan dan perintah suaminya selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan undang-undang," demikian kata Tengku Muhammad Fakhry melalui satu kenyataan akhbar yang di faks oleh peguamnya semalam.

Sehubungan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau telah melantik peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar untuk mengendalikan kes-kes syariah manakala bagi kes sivil peguam Mohd. Haaziq Pillay akan mengendalikan.

Jumaat, 26 Jun 2009

Suara anak marudu

ULASAN MR. AKI- Kupi barita ini d http://marudubloggers.blogspot.com/


Kelahiran para pemblog khususnya di Kota Marudu merupakan satu pendewasaan yang tidak harus dilihat sebelah mata oleh mana-mana pihak lalu dengan mudah melabelkannya sebagai makhluk perosak.


Selain paparan-paparan lain, Blog SAM turut melemparkan pelbagai kenyataan bukan rekaan atau omong kosong. Kenyataan ini datangnya dari akar umbi yang selama ini hanya menyimpan suara hati masing-masing kerana sukar menembusi meja politik. Apa tidaknya, orang-orang atasan berkaitan selalu saja membentengi diri mereka dengan birokrasi, manakala masyarakat pengguna masih di takuk bercakap sesama mereka tanpa noktah akhir. Disebabkan hambatan-hambatan seperti inilah SAM bangkit menyuarakan isi hati mereka khasnya untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkaitan, sesuai dengan nama Suara Anak Marudu atau SAM.


Apapun keadaannya, Kota Marudu memerlukan rangkaian pemikir di kalangan anak jatinya sendiri. SAM hampir memiliki kriteria ini bilamana terhimpun pemblog pelbagai latar belakang sekali gus menyajikan masyarakat pelbagai lapisan dengan pelbagai menu fikiran.


SAM dimantapkan lagi dengan hubungan dan gabungan idea pelbagai personaliti di kalangan pemblog dan pembaca. Justeru, setiap individu wajar menerima sebarang kritikan dan teguran. Jadikanlah ia sebagai baja sebatian yang menyumbang ke arah kesuburan minda. Harus kita ingat bahawa membangunkan bangunan tinggi itu amat mudah tapi membangunkan modal insan itu sukar kerana di dalamnya terdapat jutaan minda, jantung dan nafas yang sentiasa bergerak aktif 24 jam yang sifatnya menuntut dan meminta.


Ingatlah bahawa setiap kita punya sumbangan. Cantik atau tidak lukisan Kota Marudu terletak di kanvas maya yang kita lahirkan di hujung jari setiap kita. Akurlah kita bahawa apa saja yang kita lontarkan hari ini, bakal dituntut generasi akan datang. SAM antara pelakar dan pewarna kanvas Kota Marudu.




Saat Tanah Tersenyum


Di celah awan biru Nabalu,

ada cahaya putih lembut,

bersinar menikam dedaun belantara.

Lalu manik-manik embun gugur ke bumi satu persatu.

Saat itu, tanah kering pun tersenyum...



Aldusuni

Ranau

Pemuda UMNO lapor polis


Nik Aziz; Kalau ana suda indada.... ana harap entalah ganti tempat ana... harun din; aik..macam mana ana mau ganti tempat entalah..kita sama2 suda tualah dakat2 MAMPUS AL-MATI !!!
( mr. aki mangkali itulah yg mereka sadang bparkatakan )



Jangut ana langsung inda tacabut atas lapuran UMNO tarhadap apa yang ana kata pada UMNO... ...namun harus ingat, malaikat inda parna buhung buat lapuran pada ALLAH d hari pangadilan... !!!


(GAMBAR ) http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1873282

ULASAN MR. AKI - Urang2 UMNO kana ingat.... inda semua apa yang kamu cakapa itu BENAR dan inda semua inda BUTUL...kalau mahu d sayangi rakyat, buatlah terbaik !!!

Nik Aziz: Pemuda UMNO lapor polis

KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian yang diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Kota Bharu, pada pukul 10.30 pagi ini.

Anuar ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, tindakan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu ceramahnya di Manek Urai pada 21 Jun lalu, tidak berasas dan keterlaluan.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin Pas tersebut kerana tuduhannya boleh mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa di kalangan ahli UMNO dan rakyat Kelantan.

"Pemuda melihat tuduhan Nik Aziz yang menyamakan perjuangan UMNO seperti Ayah Pin, komunis dan Chin Peng serta menolak prinsip agama dan ketuhanan adalah tidak berasas.

"Sekiranya sama dengan Chin Peng, kita mahu tanya berapa ramai yang telah dibunuh, diperkosa oleh UMNO sejak penubuhannya dan jika sama dengan ajaran sesat, berapa ramai pula disesatkan," soalnya.

Anuar yang juga Ketua Pemuda Kubang Kerian berkata, pihaknya mempunyai bukti Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan laporan beberapa akhbar tempatan dan laman sesawang.

Beliau turut menyifatkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan adalah seorang buta sejarah serta menolak Perlembagaan Negara.

"Kita yakin UMNO adalah parti yang telah banyak membawa perubahan kepada generasi Melayu dan Islam di negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Khamis, 25 Jun 2009

Mualaf ..


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Hadir sama (dari kiri) Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Datuk Dr Sohaimi Mohd Salleh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di JPM, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

- Foto Bernama


ulasan mr. aki- Gulungan mualaf patutnya d ambil kira kebaradaan mereka d dunia ISLAM , mereka punya sejuta suka duka...menjalankan sabagai islam, jadi wajar d lantik seorang SENATOR BAH PM ...TULUNGLAH ..!!! Kanapa mereka ini inda d lihat butul2..urang artia ada senator, urang OKU juga ada senator..urang asli pun ada..bagilah kouta MUALAF X ini d angkat senator ...!!!





Toli Oligiyut ...

ULASAN MR. AKI- Kamu tingok sendiri ...!!! kamu pikir sendiri...!!! butul ka inda ...!!! jangan tanya mr.aki .... 1,2 dan 3 TINGOK !!!

10 tahun kawin ...?

SITI ROSMALA menunjukkan laporan polis mendakwa didera suami di Mahkamah Syariah Kangar, semalam.

Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil. Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. "Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.


Abdul Rashid
( sumber gambar kosmo )

suami yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.


ULASAN MR. AKI - Serban sebasar bakul d kapala pun jangan kita urang anggap urang itu suda BAGUS. atau tatap surga dia dapat ...walaupun serban itu pakaian para nabi dan rasul, namun kana ingat ' IMAN INDA DAPAT D KASI WARIS DARI SEORANG BAPA YANG SOLEH ' Nazrey Johani dalam lagu beliau..adakah patut masa bini angkat bandira....c suami ini barabis minta
TONDOM ( urang dusun saja paham erti ini ) bini dia kekekek ...umur 59 dakat2 MAMPUS masi kuat..kalau ia pun sabar2lah bah..atau kalau inda tahan pukul saja d mana2 ...d ketiak ka, d tangan ka ....heheheh BUDU BUTUL.apakah inda pulak bini baru 37 masi manis...!!!

URANG KUAT PAS LAGI ITU ... !!!
Bikin malu.

manusia paling kecil

ULASAN MR. AKI- ini bukan cerita tingi2 tagap ...tapi cerita kecil2 pendik..inilah warna2 dunia...!!! ' BIAR KECIL JANGAN UTAK MACAM KALAWOT ( KALAWOT sejenis munyit kecil paling bising d masa PAGI ) besar badanpun kalau utak macam burung unta indada guna .... !!!!

Tinggi Khagendra 60.96 sentimeter - kosmo


KHAGENDRA (kiri) mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.


KATHMANDU - Seorang remaja yang berumur 17 tahun dari Nepal iaitu Khagendra Thapa Magar akan menjadi lelaki paling kecil di dunia dalam tempoh empat bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga remaja itu kini berurusan dengan Guinness World Records bagi mengiktiraf Khagendra yang memiliki ketinggian 60.96 sentimeter sebagai lelaki terkecil di dunia.

Setakat ini, rekod lelaki terkecil dunia dipegang oleh warga China iaitu He Ping Ping dengan ketinggian 76.2 sentimeter.

"Dia dilahirkan dengan berat 600 gram," kata ibunya Dhana Maya Thapa Magar yang berumur 33 tahun.

Berat badannya kini 4.5 kilogram.

Doktor-doktor di Nepal mempercayai dia menghidap penyakit kelenjar pituitari glandular yang mempengaruhi pertumbuhan badannya. - Agensi

Rabu, 24 Jun 2009

ORI ..

ULASAN MR. AKI - Kawan mr. aki yang butul2 ORI d sabah..jenis urang ini tingal dia yang bartahan.... TABIKLAH sama ko AMPAL ...!!!
DENGAR APA DIA LAGU !!!




Jangan kita urang lupa asal usul kita ...
walaupun siapa kita


YB ka..
Datuk ka..
Menteri ka..
Tan seri ka..
asal kita dari kampung
tingoklah urang2 kampung
Tingok RAKYATT !!!

Kurang Asam...!!!

ULASAN MR. AKI- sabulum mr. aki buat ulasan pasal paranan JKKK mr. aki bagi tahu dulu...malam samalam ada cabutan yang d buat d pitas ( SDO ) oklah bagusss...tapi inda barapa adil bah..kawan2 dari UMNO suda 2 x ikut cabutan inda juga dapat2, kanapa aaaaa ? cuba SDO jawab, cuba YB jawab..kalau d sabapkan mereka ini kononya inda sukung sdr. wetrom ketika pemilihan bahagian yg lapas...apa kaitan cabutan dan bahagian UMNO ? aduiiii 2x ...pulitik apa kamu amalkan ini wahai ketua2 UMNO kota marudu...., kalau ini ada kabanaranya alamat AL-MAMPUSlah pimpinan ini macam...atau butul ka ada campur tangan Dr. max ...pasal kabanyakan yg dapat kata kawan mr. aki urang2 PBS ...lagi2lah GILA punya pulitik ini macam ooooo !!!!
urang2 SDO pulak inda tulus pagang jawatan rata2 minta DUITTTTT kalau inda d kasi alamat purijikk d kasi urang lain ....mingu dapan mr. aki kasi tingok sama kamu urang bukti aaaaaa bagai mana PEMBERIAN PERDANA MENTERI MALAYSIA purujik kampung ( dua ratus ribu ) mereka buat parangai ...!!!

ini bahagian pulak juga main DUIT KAMANANGAN DIA ini pun tungu2 dulu aaaaa mr. aki kasi kaluar juga permainan diurang...

OK...pasal paranan JKKK mr. aki sukung supaya ini badan kasilah bah..purijik sabasar tahi gigi saja....jangan ini pun d talan oleh mereka yg ada lesin...sadangkan badan JKKK ini lagi banyak karaja kasi pikir ini kampung...d tangan mereka ratus ooooooo urang pengundi...paham kan maksud mr. aki ....!!!

Serah projek kepada JKKK disokong penuh: Rufus

24th June, 2009-sabah times

KENINGAU: Pemaju Mukim Tuarid Liawan, Rufus Gahim menyokong penuh projek pembangunan di bawah RM25,000 hendaklah diserahkan kepada badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk melaksanakannya.

Katanya, JKKK memerlukan kewangan untuk tabung selain membayar keperluan utama seperti bekalan elektrik dan air bangunan kerajaan.

“Melalui penyaluran projek-projek pembangunan kerajaan di bawah RM25,000 kepada JKKK dapat menampung segala keperluan dan bayaran-bayaran lain,” katanya

Beliau berkata, pada masa ini terdapat beberapa bangunan kerajaan seperti balairaya yang lampu dan air dipotong akibat ketiadaan tabung untuk membayar keperluan asas ini.

“Selain itu, kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan dan pembaikan projek dalam kampong tidak membayar sesen pun kepada JKKK untuk tabung badan ini sedangkan segala permohonan projek adalah dibuat oleh JKKK,” katanya kepada media di sini pada Isnin.

Rufus menyokong penuh saranan agar peruntukkan di bawah RM25,000 tidak dimasukan untuk cabutan undi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) sebaliknya menyalurkan pelaksanaan projek itu kepada JKKK.

Beliau mengulas kenyataan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang memohon kepada SDO supaya mengkaji semula pemberian projek RM25,000 ke bawah yang kini dijalankan mengikut cabutan undi kepada kontraktor bagi melaksanakan projek di peringkat kampung.

Jainab berkata, projek berharga RM25,000 ke bawah itu seharusnya diberikan kepada JKKK untuk melaksanakannya di peringkat kampung seperti yang dilakukan dahulu.

“Badan JKKK juga perlu diberi peluang dan peranan untuk mengendalikan projek-projek kampung kerana badan ini lebih arif tentang keperluan projek pembangunan di peringkat kampung,” katanya.

Sementara itu, Rufus ketika mengalu-alukan saranan itu berkata, ia adalah satu kebenaran di mana ramai penduduk di sini yang tidak berminat untuk menjadi Pengerusi JKKK berbanding menjadi Ketua Kampung.

Katanya, kalau dahulu Pengerusi JKKK jadi rebutan tetapi pada masa ini ramai tidak berminat memandangkan beban tugas selain elaun yang rendah juga kos perbelanjaan mengurus turut menjadi beban kepada mereka tambahan lagi projek-projek yang dipohon dibuat oleh kontraktor luar tanpa memberikan sebarang tabung untuk badan ini selepas projek yang dilaksanakan siap.

Beliau berharap agar kerajaan memandang serius mengenai perkara ini agar tidak ada JKKKJKKK. yang bermasalah terutama pembayaran bekalan elektrik dan air di bangunan-bangunan kerajaan di bawah jagaan

Pada masa sama, beliau juga meminta kerajaan agar dapat mempercepat pembayaran elaun Pengerusi JKKK kerana terdapat di kalangan mereka yang masih belum menerima elaun sejak lebih tiga bulan lalu.

Elaun Pengerusi JKKK pada masa ini katanya, adalah RM200 sebulan.

5 suami ...!!!


ULASAN MR. AKI - ini barulah puasss 5 suami. kalau lelaki 4 bini ini biasa2 agama kasi lulus, tapi kalau wanita kumpul laki, ini suda tungang langang...inilah bila inda berhukum dengan hukum TUHAN ... mr.aki pikir ini gara2 lelaki samakin kurang lahir d dunia ...pantas hukum TUHAN kasi buli berbini 4 pada lelaki, sabap banyak baiknya dari buruknya....lelaki sikarang suda inda banyak. kalau inda parcaya pigi d hospital tingok kelahiran mana banyak....? jangan hairan satu masa wanita pinang lelaki....katawa pulakkkkkkkkkkk heheheh butu2 bah ini..wanita pinang lelaki adalah sunah ...!!! tanya tok guru pondok ...tapi jangan minta banyak2 masa itu aaaaaaaaaaaa kalau mr. aki masi kuat masa itu heheheh mr. aki inda minta apa2 ...percuma mr. aki bagi !!!

Wanita mengaku ada 5 suami


GAMBAR menunjukkan Emily berkahwin dengan Barret pada 2000.( kosmo )





MANCHESTER - Seorang bekas model yang mendedahkan payu dara, Emily Horne (gambar kecil) mengaku bersalah di sebuah mahkamah kerana melakukan bigami, lapor sebuah akhbar semalam.

Emily yang pernah muncul dalam filem lucah bajet rendah mengaku berkahwin dengan lima lelaki di sebuah mahkamah di sini kelmarin.

Dia kini akan dihukum penjara kerana kesalahan itu pada 27 Julai depan.

Emily yang kini berumur 31 tahun berkahwin buat pertama kali pada 1996 dengan seorang askar, Paul Rigby.

Namun, apabila Rigby pulang daripada berkhidmat di luar negara selama lima bulan, dia mendapati isterinya itu menjalin hubungan dengan seorang ahli perbankan, Sean Cunningham.

Emily berkahwin dengan Sean di Leeds pada 1999 dan meninggalkannya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Simon Thorpe tanpa bercerai dengan dua lagi suaminya.

Suami keempatnya ialah Chris Barret yang dikahwininya pada 2000 sebelum meninggalkannya dan berkahwin dengan Ashley Baker.

Dalam perbicaraan itu, Emily menyatakan perasaan kesal kerana melukakan hati semua suaminya selain mendedahkan dia sedang menerima rawatan kerana menghadapi penyakit kemurungan manik. - Agensi

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM