urang2 SDO pulak inda tulus pagang jawatan rata2 minta DUITTTTT kalau inda d kasi alamat purijikk d kasi urang lain ....mingu dapan mr. aki kasi tingok sama kamu urang bukti aaaaaa bagai mana PEMBERIAN PERDANA MENTERI MALAYSIA purujik kampung ( dua ratus ribu ) mereka buat parangai ...!!!
ini bahagian pulak juga main DUIT KAMANANGAN DIA ini pun tungu2 dulu aaaaa mr. aki kasi kaluar juga permainan diurang...
OK...pasal paranan JKKK mr. aki sukung supaya ini badan kasilah bah..purijik sabasar tahi gigi saja....jangan ini pun d talan oleh mereka yg ada lesin...sadangkan badan JKKK ini lagi banyak karaja kasi pikir ini kampung...d tangan mereka ratus ooooooo urang pengundi...paham kan maksud mr. aki ....!!!
Serah projek kepada JKKK disokong penuh: Rufus
KENINGAU: Pemaju Mukim Tuarid Liawan, Rufus Gahim menyokong penuh projek pembangunan di bawah RM25,000 hendaklah diserahkan kepada badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk melaksanakannya.
Katanya, JKKK memerlukan kewangan untuk tabung selain membayar keperluan utama seperti bekalan elektrik dan air bangunan kerajaan.
“Melalui penyaluran projek-projek pembangunan kerajaan di bawah RM25,000 kepada JKKK dapat menampung segala keperluan dan bayaran-bayaran lain,” katanya
Beliau berkata, pada masa ini terdapat beberapa bangunan kerajaan seperti balairaya yang lampu dan air dipotong akibat ketiadaan tabung untuk membayar keperluan asas ini.
“Selain itu, kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan dan pembaikan projek dalam kampong tidak membayar sesen pun kepada JKKK untuk tabung badan ini sedangkan segala permohonan projek adalah dibuat oleh JKKK,” katanya kepada media di sini pada Isnin.
Rufus menyokong penuh saranan agar peruntukkan di bawah RM25,000 tidak dimasukan untuk cabutan undi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO) sebaliknya menyalurkan pelaksanaan projek itu kepada JKKK.
Beliau mengulas kenyataan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang memohon kepada SDO supaya mengkaji semula pemberian projek RM25,000 ke bawah yang kini dijalankan mengikut cabutan undi kepada kontraktor bagi melaksanakan projek di peringkat kampung.
Jainab berkata, projek berharga RM25,000 ke bawah itu seharusnya diberikan kepada JKKK untuk melaksanakannya di peringkat kampung seperti yang dilakukan dahulu.
“Badan JKKK juga perlu diberi peluang dan peranan untuk mengendalikan projek-projek kampung kerana badan ini lebih arif tentang keperluan projek pembangunan di peringkat kampung,” katanya.
Sementara itu, Rufus ketika mengalu-alukan saranan itu berkata, ia adalah satu kebenaran di mana ramai penduduk di sini yang tidak berminat untuk menjadi Pengerusi JKKK berbanding menjadi Ketua Kampung.
Katanya, kalau dahulu Pengerusi JKKK jadi rebutan tetapi pada masa ini ramai tidak berminat memandangkan beban tugas selain elaun yang rendah juga kos perbelanjaan mengurus turut menjadi beban kepada mereka tambahan lagi projek-projek yang dipohon dibuat oleh kontraktor luar tanpa memberikan sebarang tabung untuk badan ini selepas projek yang dilaksanakan siap.
Beliau berharap agar kerajaan memandang serius mengenai perkara ini agar tidak ada JKKKJKKK. yang bermasalah terutama pembayaran bekalan elektrik dan air di bangunan-bangunan kerajaan di bawah jagaan
Pada masa sama, beliau juga meminta kerajaan agar dapat mempercepat pembayaran elaun Pengerusi JKKK kerana terdapat di kalangan mereka yang masih belum menerima elaun sejak lebih tiga bulan lalu.
Elaun Pengerusi JKKK pada masa ini katanya, adalah RM200 sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...