"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 30 Jun 2009

buka buluk ?

ULASAN MR. AKI - Nampaknya wanita UMNO suda sadar batap buluk itu amat berguna dan panting...tapi dalam pangatahuan mr. aki buluk2 bahagian UMNO tarutamannya d sabah masi inda banyak yang buat dan barani untuk membuat buluk.. dan kalau ada pun mereka bukan buluk, yang buat cuma nama saja...urang lain yang kasi aktif, bukan itu saja ruangan ulasan pun d sakat untuk pambaca mangantar ulasan atau cadangan...jawaban2 kepada pertanyaan juga inda d jawab...kanapa ? mr. aki nampak mereka takut d keritik, takut berhadapan dengan perseolan pokok yg rakyat tanya...!!! jadi indada gunanya juga ada buluk2 bahagian kalau hanya berbantuk satu hala saja..!!!

Semua Wanita Umno diminta wujud laman web dan blog

30th June, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Semua Wanita Umno di peringkat bahagian diminta mengaktifkan semula atau mengujudkan laman web dan blog untuk men-yalurkan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat di negeri ini, kata Penolong Setiausaha Wanita Umno Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad.

Beliau berkata usaha itu perlu agar Umno dapat mengukuhkan kembali ke-dudukan selain dapat menarik lebih banyak sokongan daripada generasi muda.

Katanya, penggunaan media baru me-lalui alam siber kini menjadi satu kemestian memandangkan generasi baru lebih terdedah dengan kemudahan teknologi tersebut.

“Pilihan raya umum akan datang kita akan berdepan dengan lebih ramai pengundi muda, oleh itu, media baru melalui laman web atau blog merupakan salah satu cara untuk menarik generasi muda.

“Usaha ini sekali gus membendung mereka daripada terpengaruh dengan dak-yah yang disebarkan oleh parti pembang-kang yang semakin berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Pertama Sekretariat Pentadbiran dan Operasi Wanita Umno Sabah di Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

ainab yang juga Pengerusi Sekretariat Pentadbiran dan Operasi berkata, suka atau tidak, Umno perlu menjadikan kelompok berkenaan sebagai sasaran dalam perjuangan mengisi barisan kepimpinan akan datang bagi kesinambungan misi membela nasib rakyat.

“Dalam soal ini, tumpuan sudah tentulah diberikan kepada Ketua-ketua Wanita Umno bahagian, Ketua Penerangan, Se-tiausaha dan Setiausaha Kerja yang dilantik di peringkat bahagiuan seluruh Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undan-gan Negeri (Adun) Karambunai berkata, usaha itu perlu dalam menyesuaikan pendekatan menyebar luas maklumat selain merancang strategi berkesan bagi mengukuhkan kedudukan Umno sebagai parti utama negara.

“Dalam melaksanakan gerak kerja melalui alam siber ini, kita jangan lupa untuk terus mengamalkan pendekatan turun padang dan berdialog dengan semua kelompok masyarakat seperti mana yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Razak,” katanya.

Katanya, pendekatan itu pastinya mampu mencapai misi Perdana Menteri yang ingin memastikan Umno mampu mewakili segenap lapisan masyarakat kerana hanya dengan cara itu parti berkenaan dapat dipulihkan dan menjadi kuat.

Menurut beliau, bagi meraih sokongan, semua pemimpin bukan sahaja perlu turun padang dan berdialog malah menggunakan kecanggihan teknologi maklumat semaksimum mungkin. Sama ada hendak diakui atau tidak, Umno masih lemah dalam soal ‘peperangan’ melalui dunia siber.

“Ia terbukti apabila blog-blog yang cenderung ke arah pembangkang lebih mendapat perhatian berbanding blog-blog yang dikuasai atau menyokong kerajaan. Semua ini berlaku kerana kelemahan Umno mengambil kesempatan mewujudkan atau memperkukuhkan ‘tentera sibernya’.

“Saya mahu semua Wanita Umno di peringkat bahagian mengaktifkan semula laman-mana web yang sedia ada dan kepada yang belum mempunyai laman web perlu mengujudkan laman web mereka,” katanya.

Jainab berkata, laman web itu bukan sekadar untuk carta organisasi atau memaparkan aktiviti biasa tetapi menyalurkan maklumat tentang perancangan untuk rakyat. Dan gagasan 1Malaysia perlu dihayati semua kaum, bangsa dan rakyat di negeri ini khususnya ahli-ahli Umno di Sabah.

Dalam mesyuarat itu, Jainab turut mengumumkan pelantikan Halizah Din sebagai Penolong Setiausaha Sekretariat Pentadbiran dan Operasi Wanita Umno Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM