"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 24 Jun 2009

5 suami ...!!!


ULASAN MR. AKI - ini barulah puasss 5 suami. kalau lelaki 4 bini ini biasa2 agama kasi lulus, tapi kalau wanita kumpul laki, ini suda tungang langang...inilah bila inda berhukum dengan hukum TUHAN ... mr.aki pikir ini gara2 lelaki samakin kurang lahir d dunia ...pantas hukum TUHAN kasi buli berbini 4 pada lelaki, sabap banyak baiknya dari buruknya....lelaki sikarang suda inda banyak. kalau inda parcaya pigi d hospital tingok kelahiran mana banyak....? jangan hairan satu masa wanita pinang lelaki....katawa pulakkkkkkkkkkk heheheh butu2 bah ini..wanita pinang lelaki adalah sunah ...!!! tanya tok guru pondok ...tapi jangan minta banyak2 masa itu aaaaaaaaaaaa kalau mr. aki masi kuat masa itu heheheh mr. aki inda minta apa2 ...percuma mr. aki bagi !!!

Wanita mengaku ada 5 suami


GAMBAR menunjukkan Emily berkahwin dengan Barret pada 2000.( kosmo )





MANCHESTER - Seorang bekas model yang mendedahkan payu dara, Emily Horne (gambar kecil) mengaku bersalah di sebuah mahkamah kerana melakukan bigami, lapor sebuah akhbar semalam.

Emily yang pernah muncul dalam filem lucah bajet rendah mengaku berkahwin dengan lima lelaki di sebuah mahkamah di sini kelmarin.

Dia kini akan dihukum penjara kerana kesalahan itu pada 27 Julai depan.

Emily yang kini berumur 31 tahun berkahwin buat pertama kali pada 1996 dengan seorang askar, Paul Rigby.

Namun, apabila Rigby pulang daripada berkhidmat di luar negara selama lima bulan, dia mendapati isterinya itu menjalin hubungan dengan seorang ahli perbankan, Sean Cunningham.

Emily berkahwin dengan Sean di Leeds pada 1999 dan meninggalkannya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Simon Thorpe tanpa bercerai dengan dua lagi suaminya.

Suami keempatnya ialah Chris Barret yang dikahwininya pada 2000 sebelum meninggalkannya dan berkahwin dengan Ashley Baker.

Dalam perbicaraan itu, Emily menyatakan perasaan kesal kerana melukakan hati semua suaminya selain mendedahkan dia sedang menerima rawatan kerana menghadapi penyakit kemurungan manik. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM