"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 8 Jun 2009

Berita Dari ' suara anak marudu ' ( SAM ) http://marudubloggers.blogspot.com/


surat yang telah dihantarkan kepada Tuan D.O Kota Marudu.
sehingga kini masih belum ada perkembangan...


papan tanda projek ini yang telah dilaksanakan pada tahun ini...

overview... dewan atau balairaya ini?

tandas yang telah di naik taraf? dimana lantai jubin ?

keadaan tandas dewan ini hampir sama seperti sebelumnya...

pengadu juga memaklumkan bahawa, sepatutnya bumbung tandas ini juga harus ditukar kepada bumbung jenis "SPANDEX"

antara tiang penyokong bumbung yang telah ada rekahan pada struktur kayu tersebut...

tiang penyokong ini nampak kukuh, tetapi sebenarnya telah ada rekahan yang amat ketara, di gambar mungkin tidak nampak rekahan ini...

salah satu pintu dewan yang ada...

kunci pada pintu ini juga telah rosak... masih dalam keadaan sebegini selepas naik taraf...

naik taraf atau turun taraf ?

keadaan lantai yang telah di naik taraf?

kotak fius... tidak ada sambungan dari kabel elektrik yang sah. hanya seperti satu pameran sahaja kotak fius ini... penduduk kampung yang menggunakan dewan ini pada waktu malam terpaksa menyambung bekalan elektrik dari rumah yang terdekat, tidak kah ini membahayakan?

kipas angin elektrik ada.. tapi kalau sambungan kuasa elektrik tidak ada,
apa lah gunanya kipas angin ini ?

overview saluran paip ke tandas, kalau tidak ada air, apalah guna tandas ini?

keadaan paip salur ke tandas ini telah bocor dan patah...


Ini adalah keadaan dewan Kg Kandawayon yang telah dinaik taraf baru- baru ini, dan penduduk kampung amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberikan peruntukan untuk dewan ini.

cuma yang penduduk kampung agak terkilan ialah, cara projek naik taraf ini dilaksanakan. seperti melepaskan batuk di tangga, projek ini dilaksanakan tidak 100 % menuruti arahan seperti dalam nama atau title projek naik taraf tersebut.

Tandas - paip tidak disambung dengan betul dan tidak ditanam dengan sebaiknya, mengakibatkan bekalan air terputus ke tandas. malahan, lantai tands juga tidak dipasang dengan jubin. bumbung tandas juga hanya digantikan dengan zink biasa sahaja.

Lantai Dewan - lantai dewan juga masih berlubang serta tidak rata.

Kipas Angin & Elektrik - kipas angin yang dipasang tidak berfungsi, akibat tidak adanya penyambungan elektrik oleh kontraktor, jadi buat apalah kipas angin elektrik ini ??? bekalan elektrik terpaksa disambung dari rumah berdekatan untuk majlis perkahwinan di dewan ini minggu lepas. yang ada pada dewan ini, cuma kotak fius sahaja.

Penyokong Bumbung - kayu penyokong bumbung juga telah wujud rekahan. dan rekahan tersebut berlaku pada beberapa tiang yang ada. penduduk kampung risau jika struktur penyokong bumbung ini tidak tahan dan runtuh !

Pihak pengadu, iaitu En. Jackson Modusik ( Ketua Pemuda PBS Kg. Kandawayon ) telah menghantar surat bertajuk " MEMOHON TINJAUN TUAN PEGAWAI SENDIRI PROJEK MENAIKTARAF DEWAN KG. KANDAWAYON DARAT, KOTA MARUDU OLEH PEMBORONG ST "

dan lebih menyedihkan beliau ialah, ketika beliau menghantar surat ini kepada receptionist di Pejabat Daerah, receptionist tersebut telah menjawab " buat apa kamu komplen-komplen ini ? apa kamu dapat ? "

dan En. Jackson telah menjawab dengan " kami bukannya mau komplen, tapi kami mahu projek ini dibuat dengan baik untuk kegunaan orang kampung juga, kami minta tolong tuan D.O sendiri datang tengok, sama ada betul atau tidak cara projek ini dilaksanakan... "

" tidak tahu lah jika surat tersebut sampai atau tidak kepada Tuan D.O ... "
kata En. Jackson ketika berbual dengan saya...

dan dari pertanyaan saya kepada orang - orang kampung, mereka juga terkilan dengan cara dewan ini dibuat dan dinaik tarafkan. hanya setahun lebih saja usia dewan ini. Malah penduduk kampung juga tertanya - tanya... " kenapa dewan kampung yang lain cantik dan teguh binaannya... ??? "

Sebelum ini, pernah sudah berlaku projek yang dilaksanakan tidak mengikut piawaian dari title projek tersebut, ketika itu naik taraf jalanraya kampung dari gravel ke aspalt... di bahagian hujung kampung yang menjadi jalan untuk orang - orang kampung ke kebun mereka dan jalan hubungan ke kampung berdekatan.

Penduduk kampung cuma mahukan projek yang dilaksanakan mengikut title dan dibuat dengan baik untuk kegunaan orang - orang kampung. Mereka juga amat bersyukur & berterima kasih kerana adanya bantuan dari kerajaan untuk menaik tarafkan infrastruktur yang ada di kampung.

Harapan penduduk kampung agar dewan ini mendapat perhatian dari pihak - pihak berkuasa / kerajaan agar ianya dapat dibaik pulih dengan baik.



MR. AKI - Butul2 garam ini karaja mereka yang tarlibat ... butul2 kasi hancur ini negara, butul2 kasi rusak ini BN, butul2 kasi rusan ini kota marudu, butul2 kasi cabar ini rakyat ... kalau rakyat maki urang2 yg tarlibat...rakyat pulak d kata ikut parasaan dan d suru SABAR.. kamik d km butul2 d jadikan bahan kajian...d jadikan bola parasaan kamik, suka2 saja diurang karajakan ... kes ini ' naik taraf ' tapi inda sempurna, ibarat parampuan TUA d kasi badak, d kasi pakai baju lawa2...ini satu penghinaan pada karajaan, pada BN, pada PM ..

Mana Dr. max , YB anita ...kanapa diam2 ? mana pagawai yang pantau ini karaja.... ? kanapa d kasi lulus ini karaja...kanapa ?

SPRM MINTA SIASAT KES INI SEGERA !!!

1 ulasan:

  1. KAKITGN KERAJAAN YG MEWAKILI KERAJAAN BN HARUS BERSIKAP LEBIH PROFESIONAL DAN IKHLAS DLM MENJALANKAN TUGAS. SEPATUTNYA MEREKA2 YG BUAT KERJA SECARA ACUH TAK ACUH BOLEH DIAMBIL TINDAKAN TANPA PILIH KASIH. MEREKA LAH DI ANTARA ORG2 YG DIBERI KEPERCAYAAN OLEH RAKYAT UTK BERKHIDMAT KPD RAKYAT

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM