"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 9 Jun 2009

Kudat boleh tarik duit ...


Kudat juga terkanal pembuatan Gong dan kulintangan


Ferri Kudat Express satu2nya pengkutan ke pulau banggi



Datuk Abdul Rahim Bakri

Kudat bakal jadi pusat latihan juruterbang

KOTA KINABALU 8 Jun - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri akan berusaha untuk menjadikan lapangan terbang Kudat sebuah pusat latihan juruterbang dan sedang mengenalpasti pelabur dan pengusaha dalam bidang itu.

Anggota Parlimen Kudat itu berharap syarikat penerbangan milik kerajaan negeri, Sabah Air Sdn. Bhd. dapat mengambil inisiatif itu dan bersedia membuat pelaburan ke arah itu.

Beliau berkata, usaha mewujudkan pusat latihan itu berikutan permintaan tinggi terhadap juruterbang Malaysia di pasaran dalam dan luar negara.

Abdul Rahim berkata, juruterbang Malaysia mendapat pengiktirafan yang tinggi bagi sijil dan lesen juruterbang Malaysia khususnya oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), iaitu badan pengiktirafan tertinggi antarabangsa.

"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengaturcara latihan teori dan praktikal berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian latihan penerbangan antarabangsa.

"Setakat ini terdapat lapan sekolah juruterbang di negara ini," kata Abdul Rahim dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Abdul Rahim melawat Pejabat Jabatan Penerbangan Awam Sabah di sini dan diberi taklimat mengenai operasi radar dan fungsinya bagi menjamin keselamatan penerbangan dan pengurusan ruang udara negara. - BERNAMA

MR. AKI - Kudat buli tarik duit kalau datuk Rahim bijak menjual kudat d mata dunia... yg menarik d kudat pulau banggi, simpang mangayau dan budaya masyarakat rungus antaran produk boleh d jual ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM