"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 26 April 2013

Dr. Maximus Ongkili dan Anita Baranting Tumbang ?

 Melihat kedatangan urang mana-mana ceramah yang di buat oleh MAXIMUS & ANITA  inda juga kusunglah .. tapi PRU 13 lain sikit diurang dapat, dulu kalau diurang pigi mana2 ceramah bukan alang2 sambutan buli di katakan bersesak urang datang .. tapi tingoklah gambar ini.

itulah kamu .. masa urang kampung bagi kepercayaan kami inda buat butul2 keraja..mau ada saja kemasukan poket kamu biarpun kecil punya purijek kamu !@#$%^&*() sikarang rasakan..talak 3 kamu terima .. kamu kasi amburlah duittt kompom urang2 kampung inda budu suda.

sakitkan mata kamu meningok kedatangan urang kan ? .. bulum lagi ini tunggu 5.5.2013 lagi sakitt kamu rasa dan siap2lah kamu punya ubat dara tinggi dan jantung 

MASUK BN AKU KAYA , INI KALI LAH

Berikutan babarapa pemimpin PKR sabah keluar, kini mereka suda jadi kaya dan bulilah beli cincin anak bini, buli D/P beli kereta baru, beli rumah, kasi langsai utang2 lama .. yang penting aku dapat duittt paduliiiiiiiii lah kamu. inilah parangai mereka dulunya bukan alang2 barapi-api itu mulut kasi bakar samangat urang , sikarang harga diri mereka lebih mahal tahi ayam.

inda mustahil ada lagi pemimpin PKR atau pati2 lain yang bertanding di sabah tiba2 tarik diri dan berkata ' PKR inda bagus, PKR inda layak pimpin malaysia dan urang2 ini barabis mengutuk balik PKR .. pemimpin ini kalau ada di kawasaan kamu kasi umban saja pakai batu. 

JUAL TAHIKKK BIKIN KASI MAKAN ANAK BINI ?

Dulu diuranglah paling bising dan paling kedapan .. batariak hidup PKRRRR, hidup Anuarrr, 
REFORMASI dan segala slogan keramat .. inda cukup itu sana sini ceramah dan menulis pasal kejahatan UMNO .. pada mereka UMNO lebih busuk dari tahikkk dan segalanya .. sikarang ini mereka inilah pencacai dan penjilat tahikk, badukang butul manusia ini.

kamu urang inda tahu kenapa diurang keluar kan ? kemarin aki mendapat tel daripada sandakan bagi tau dia sedang berurusan dengan petualang ini .. urusan harga kemasukan diurang ke BN .. kawan aki lagi setiap diurang minta lima ratus ribu seorang ..tapi kawan aki bilang kasi muralah bah..jam 4 petang kawan aki tel lagi dia bilang tingok dan dengar berita jam 5 .00 petang aaaaaaa diurang akan buat sidang akhbar kata kawan aki ..Sikarang butul2 diurang menjualkan diri semata-mata duittttttttttttttttttt

pejuang ini macam bagus masuk dalam tung sampah ..biarkan umur diurang memindik dan membusuk dalam tung sampah... kamu jangan hairan aaaaaaaaaaa kalau ada lagi .. sabahhhhh bah terkanal lumpat dan jual.


PRU-13: Lagi pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130425/px_76/PRU-13-Lagi-pemimpin-cabang-PKR-Sabah-keluar-parti#ixzz2RUw3hKvv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KOTA KINABALU 25 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, apabila empat ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang PKR keluar parti untuk menyertai UMNO.
Mereka ialah ketua cabang PKR Sandakan, Mazhry Nasir, ketua cabang PKR Kota Belud, Saidil Simoi, ketua cabang PKR Kalabakan, Irianshah Yunus, pemangku ketua cabang PKR Putatan, Abdul Zainal Atin dan timbalan ketua cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.
Mereka mengumumkan keputusan mereka pada sidang media yang dihadiri oleh Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Abdul Rahman Dahlan di Bangunan UMNO di sini, hari ini.
Sambil mengalu-alukan keputusan menyertai UMNO, Yahya berkata pendirian mereka adalah bijak selepas menyedari hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib rakyat.
Beliau berkata keputusan itu menunjukkan ketua cabang PKR berkenaan sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu di Sabah.
Dalam pada itu, Mazhry berkata keputusan keluar parti itu dan menyertai UMNO dibuat tanpa didesak atau didorong oleh mana-mana pihak.
Saidil, yang juga pengarah Buku Jingga PKR Sabah, berkata beliau membuat keputusan itu selepas menyedari perjuangannya selama ini bersama parti pembangkang itu adalah kosong dan sia-sia sahaja. - BERNAMA

Selasa, 23 April 2013

siaran langsung ketika ini

Siaran langsung ketika ini 

YB inda ambil gaji ?

Ini kali lah panasss ... calun PKR Matunggong bilang kalau dia manang semua gaji dia inda dia ambil .. siapa bakal YB lagi yang ikut calun ini ? 



Bukan janji tarang bulan arr...
Kalau saya dipilih sebagai wakil Rakyat Kawasan N.4 Matunggong, gaji bulanan saya sebagai YB ( lbh kurang RM5500++ ) dan kalau dilantik sebagai menteri ( RM14,000++ ) SAYA AKAN DERMAKAN kepada tabung kebajikan bulanan Matunggong termasuk tabung gereja.. Kamu printlah janji saya ini. kounsapatan,



kita tingok pulak lawan si maximus ini .. bulikah kasi tumbang maximus yang suda 18 tahun mengaradak di kota marudu 


Jumaat, 12 April 2013

PENGAMPUT .. Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS

Inda abis2 urang2 pulitik di kasi kait sabagai tukang amputt kurangg asam butul2 .. urang2 yang buat ini karaja siall .. aki yg suda tua kalau di tanya, maka aki jawab ini macam;

1. kalau banar2 mustapha ali su pas banar2 mangamput .. maka wajip orang pas kasi hukum dia ikut undang2 islam .. indada guna di hadapan rakyat bacakap islam tapi di balakang jahanammm

2. kalau memang butul dia yang buat dan parampuan tersebut bini dia maka .. yg jahanam dan sialll adalah pihak yg marakam

3.  jika gambar ini di edit .. maka pihak yg berkaitan sabarlah dan doa banyak2 supaya panjahat yg buat ini cepat2 biul utaknya

4. kalau butul2 indada buat .. padulilahhhh, yg penting saham berbentuk pahala allah bagi sama kamu mencura-cura percuma



Isnin, 8 April 2013

MAXIMUS INDA SELAMAT KALI INI ?




Datuk Maijol Mahap
( baju kuning telor )

Berdasarkan perbagai sumber aki nampak Maximux kali ini panasss punggung kasi bartahan kawasaan dia .. Yg manantang dia urang kota marudu, anak jati kota marudu .. bukan alang2 juga .. mantan Senator ( Datuk Maijol Mahap ) 

 Cuba kamu baca ini link aki bagi ... supaya kamu kanal sikit2 kota marudu dan kawasaan barkaitan.

Di Kg Kebatu, Beaufort

Kalau malihat kadatangan penyokong DATUK LAJIM alamat ampai2 dia manang .. apa suda kajadian sabah ? sanang saja, rakyat mau marasa erti perubahan .. lajim bukan urang inda kanal terkanal manantang ARUSSSS bila dia nampak inda kangaman .. dia antara pemimpin sabah yang pandai menyalamat pulitiknya hehehe apapun dari kita saja bah tu bilang ini laguuuu kamu dengar kalau inda percayaaaa.


Yang paling penting sikarang ini adalah .. terpulang sama calun2 mau cakap banyak atau sabaliknya, mau janji sila, mau tembirang pun sila, mau pujuk rakyat juga silakan terpulang sama kamu calun2 .. tapi ingat rakyat inda suda termakan ikan sandin ..  ..itulah kamu banyak parangaiii



sumber gambar; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=519970324707893&set=pcb.519971354707790&type=1&theater

Apa Yang BN Kena Buat

Nampaknya urang kebanyakan suda nampak apa yang balaku dalam nagara malaysia .. inda buli di kasi tapuk2 suda .. patutnya pihak BN ikut cara PAK LAH dulu inda ambil kasampatan MENGUTUK, MANGATA pada lawan pulitik suka2, yang sapatutnya BN buat karaja daripada buat karaja tapi mangantam ..Masa itu pambangkang inda banyak cakap pada mana2 pemimpin BN, pasal karajaan inda mangata .. tapi ini inda balaku sikarang .. mana2 ceramah mangantam sakan, akhirnya pihak pakatan menjawab dengan gerakan dan himpunan di mana .. yang datang pulak bukan 1000 tapi beribu-ribu lemon .. x ini PRU aki nampak paling manakutkan banyak pihak karana bakal kehilangan kawasaan.



BN perlu ambil 10 langkah jika mahu kekal kuasa
A. KADIR JASIN
8 April 2013

BARISAN Nasional masih boleh mengharapkan sokongan majoriti pengundi Malaysia. Tetapi cabaran daripada Pakatan Rakyat kali ini jauh lebih hebat.

Saya sengaja menyerlahkan (highlight) perkataan masih bagi menekankan kesementaraan sokongan kepada parti pemerintah itu.

Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilih
an raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati). Saya mohon izin untuk mengambil ruang yang lebih panjang sedikit membahaskan perkara ini, khasnya dan mengenai PRU secara umum, daripada aspek statistik.

Reality Check

1. Tanggapan bahawa BN kuat dan pembangkang lemah adalah tidak sepenuhnya tepat. Sokongan kepada pembangkang sentiasa ada, malah boleh dikira kuat. Cuma di bawah sistem perwakilan kita, iaitu sistem “plurality-majority”, pembangkang gagal memperoleh bilangan kerusi yang mencukupi untuk memerintah.

2. Di bawah sistem “kalah mati” kita, seorang calon menang dan partinya memperoleh kerusi walaupun dia mendapat kelebihan satu undi sahaja.

3. Pada PRU 2008, BN memperoleh 51.4% undi di peringkat parlimen, tetapi berjaya menguasai 140 kerusi Dewan Rakyat. Ini bermakna walaupun gabungan DAP-PKR-PAS dan parti-parti kecil lain mendapat 48.6% undi, mereka berjaya menguasai 82 kerusi sahaja.

4. Di bawah sistem perwakilan berkadar (proportional representation) seperti diamalkan di beberapa buah negara, termasuk Austria, Belgium, Cyprus, Denmark, Finland, Germany, Greece, Ireland, Luxembourg, Malta, the Netherlands, Norway, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland dan New Zealand, pembahagian kerusi dibuat mengikut peratus undi yang diperoleh.

Misalnya, kalau parti A memperoleh 10% undi dan bilangan kerusi dewan adalah 100, maka ia akan mendapat 10 kerusi. Dalam konteks PRU 2008, kalau sistem itu digunakan, BN mendapat 114 kerusi dan pembangkang 108 kerusi.

5. Sejak PRU 1959, pembangkang sentiasa memperoleh lebih daripada 34% undi popular. Prestasi paling buruk pembangkang adalah dalam PRU 1995 apabila ia memperoleh 34.9% dan paling baik pada 1969 dengan 55.1%. Pada 1964 pembangkang mendapat 41.8%, 1974 49.3% (Pas menyertai BN), 1978 42.8% (Pas dipecat daripada BN), 1982 39.5% (PRU pertama Dr Mahathir/Anwar Ibrahim masuk Umno), 1986 42.7%, 1990 46.6% (Ku Li keluar Umno), 1995 34.9%, 1999 43.5% (pemecatan Anwar), 2004 36.2% dan 2008 48.6%.

Apa Yang BN Kena Buat

1. Rekod BN (termasuk Perikatan) sebagai parti pemerintah adalah antara yang paling cemerlang di kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan, malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

2. Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

3. Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

4. Kalau atas sebab dan alasan apa jua BN tidak dapat membuat peralihan melalui PRU kali ini, ia tidak boleh menyalahkan pemilih dan pengundi kalau ia dihukum dengan lebih berat.

5. BN wajib mengakui kelemahan dan kegagalan sesetengah pemimpin atasannya dan bertindak tegas menggantikan mereka kalau MASIH mahu memerintah.

6. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

7. BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

8. Kalau BN MASIH berhasrat untuk terus memerintah, ia perlu, melalui PRU kali ini, menyekat daripada menjadi parti haiwan purba dan menyemarakkan semula proses penggantian dan pewarisan yang sihat seperti yang berlaku pada PRU 1982 apabila begitu banyak calon baru dan muda diketengahkan.

9. LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.

10. BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.

Kesimpulannya, BN sudah sampai ke persimpangan yang sangat mencabar. Tersalah pusing, BN mungkin berubah daripada MASIH berkuasa kepada TELAH hilang kuasa. Diukur daripada undi popular, pembangkang sudah ada bilangan dan momentum. Yang mereka tidak ada adalah bilangan kerusi. Cabaran kepada BN lebih getir seandainya parti-parti Pakatan Rakyat bijak dan tepat mengatur serta membahagikan kerusi. 

Wallahualam.


http://www.sinarharian.com.my/karya/entri-blog/bn-perlu-ambil-10-langkah-jika-mahu-kekal-kuasa-1.147870

Inikalila! Tukar!

SIUKK Juga lagu ini ...Nampaknya kalau rakyat suda bilang ini x lah .. indada ubat kasi tahan2 .. kanapa ini balaku ? 


JAHANAM SIALAN

Salagi pahaman pulitik  BN , UMNO macam ini salagi itulah manamba kekuatan pihak PAKATAN inda percaya kamu buatlah sampai kamu puas ... budu butul, patut kalau inda suka anuar kanapa inda bawa dia debat terbuka ? ini main kutur punya cara ... alahaiiiiiiiiiiii rakyat inda BUDU kawan 


Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM