"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 11 April 2009

Tunggu 'pinangan' UMNO


Ini karis tajam jangan main2 aaaaaa buli makan tuan ini karis, kalau inda pandai kasi sisip d pingang. Balajar dulu kuntau atau silat baru kasi sisip d pinggang...

Urang zaman batu indada main kejutan. Pasal diurang kalau masuk gua, indada main katuk2 pintu... pasal indada pintu. KOU ini aman masuk UMNO inda paya bising2 bah... itu macam ada udang d sanaaa bawa batu, kou masuk saja kalau mau... tapi jangan lagi keluar2. Siapa bah guru kou ini main keluar? Jangan tiru d sabah... inda bagus, kamik keluar masuk pasal andang2....




KOTA BAHARU 10 April - Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan UMNO untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang UMNO, kecuali UMNO yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada UMNO.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua UMNO Pasir Mas, pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam UMNO kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Pas, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO semasa perhimpunan Agung UMNO 2008, Mac lepas. - BERNAMA

2 ulasan:

  1. muga-muga tok berahim ali kembali ke dalam UMNO..

    BalasPadam
  2. bah mari kita kasi amin ...

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM