"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 10 April 2009

TUNAI juta2 ...


Kamu urang yang kaya2 itu bayarlah zakat, syurga kamu dapat ... jangan kedekut, jangan tamak, jangan inda paduli urang fakir, mualaf dan sebagainya yang berhak terima duit2 kamu. Harta kamu inda buli tulung kalau suda mati, kecuali amal ... mr.aki merayu sangat2 kamu gulungan kaya2 bayar zakatlah sebelum harta kamu d tarik oleh ALLAH. ingat urang2 mualaf dan urang fakir doa diurang makbul ...



Mr. Aki mau cakap pasal ( PZS ) cawangan keningau yang kasi lahir rasa keciwa dan dukanya terhadap sikap umat islam d keningau yang inda bayar zakat. Pada mr.aki kita kana cari punca dulu kanapa ramai umat islam d keningau inda bayar zakat, baru cari ubat kasi bagus itu panyakit... tapi kalau cakap saja, indada guna. urang jahil ( buta ilmu ) d suru sambahyang.. bukan kah karaja itu buduh ? yg sepatutnya kita ajar dulu, suda ada ilmunya, cukup2 baru kita suru sambahyang. Suda tantu dia akan buat pasal dia suda tahu hukumnya, suda tahu bacaannya, sah inda sahnya ... selama ini kabanyakan kita urang urang cilam (islam) kasi sala saja urang lain... tapi kita inda parna kita kasi sala diri sendiri. Balik carita pzs d keningau, cuba kamu urang datang dari kedai ke kedai bagi tau peniaga kewajiban bayar zakat, pigi masuk sekolah2 bagi ceramah pada guru2, pelajar pentingnya bayar zakat, pigi buat ceramah dari surau2 ke masjid2, kasi kaluar risalah pzs banyak2 tantang pentingnya bayar zakat ...ikut YB mana2 buat ceramah. Mangkali kamu duduk banyak masa d pajabt bah ... cuba kamu buat karaja lebih masa, karaja agama jangan main runding2 sangat, jangan bakira-kira waktu pejabat... mr. aki parcaya 1 tahun kamu urang buat karaja macam yg mr.aki cadang hasilnya bagus.... kamasukannya pun berjuta- juta (TUNAI ) bukan d atas karatas saja.....




Kutipan zakat di Keningau masih rendah - PZS - utusan malaysia

KENINGAU 9 April - Puzat Zakat Sabah (PZS) cawangan Keningau hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap umat Islam di sini yang sebilangan besarnya masih tidak menunaikan zakat.

Penyelaras Zakat Kawasan Pedalaman Atas, Nurul Farhan Osman berkata, hanya 73 orang daripada kira-kira 30,000 umat Islam di seluruh daerah ini yang membayar zakat.

Sementara itu, bagi zakat perniagaan pula katanya, hanya tiga buah syarikat daripada 3,000 syarikat milik orang Islam yang menunaikan kewajipan itu.

"Ini menunjukkan tahap kesedaran umat Islam di sini masih lagi rendah, pengetahuan mereka tentang betapa pentingnya membayar zakat adalah membimbangkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan tersebut menyukarkan usaha PZS dalam melaksana program yang sudah dirancang khusus untuk membantu mereka yang layak menerima wang berkenaan.

"Saya menasihatkan individu atau pengurus syarikat yang layak membayar zakat supaya segera membayar zakat bagi membolehkan setiap program PZS dapat dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, bilangan kakitangan kerajaan yang membayar zakat melalui potongan gaji juga adalah masih kecil iaitu hanya 200 orang.

Nurul Farhan berharap, bilangan itu akan bertambah pada tahun ini kerana cara tersebut lebih mudah dan umat Islam juga tidak akan terlupa menunaikan tanggungjawab tersebut.

Beliau memberitahu, PZS cawangan Keningau mengagihkan kira-kira RM1.1 juta zakat setiap tahun kepada golongan yang layak di seluruh kawasan pedalaman atas di Sabah.

"Daripada jumlah itu, Keningau menerima jumlah yang paling besar iaitu RM210,840 setahun, diikuti Tambunan (RM140,160), Sook (RM133,320) Tenom (RM110,520) dan Nabawan (RM114,960)," katanya.

Setiap tahun, katanya, bantuan Hari Raya Aidilfitri yang diterima di semua kawasan tersebut ialah kira-kira RM358,800.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM