"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 11 April 2009

Dr ...

http://kimaragangwagu.blogspot.com/

Bah Dr... cuba kou kasi turupung ini kota marudu pakai kou punya pikiran.Bukan apa mr.aki suda bilang d Tandik inda budu2 urang dia , kamu urang tingok ini Dr ... layak juga bah kasi sabung d galangan ? tapi kanapa luguan siou datuk pairin inda kasi urang kamik ini tandik ... mangkali dia punya mata panu itu ' MUTA ' ( tahi mata ) jadi inda nampak urang2 pintar d tandik... Bah lain kali tingok butul2 aaaaaa jangan sampai kamik inda bagi undi


Atasi kemelut politik, ekonomi

KUCHING 10 April - Barisan Kabinet baru yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diharap mampu menjauhkan diri daripada gejala rasuah.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai berpuas hati dan gembira dengan barisan Kabinet baru itu yang diharap mampu mengeluarkan Malaysia daripada kemelut politik, ekonomi dan sosial ketika ini.

Sebtuyah Sulaiman, 65, memberitahu, dia yakin barisan menteri Kabinet yang baru ini mampu membawa perubahan yang positif kepada pembangunan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri baru.

''Mudah-mudahan mereka berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik, paling penting menghindarkan diri mereka daripada gejala rasuah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebtuyah yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Batu Kawa berkata, pemilihan beberapa orang menteri daripada pelbagai kaum mewakili Sabah dan Sarawak juga dilihat mampu untuk membawa pembangunan yang lebih adil kepada kedua-dua negeri ini terutama di kawasan luar bandar.

Bagi Zulkarnain Mohd. Samsuddin, 38, harapan yang tinggi diletakkan kepada barisan menteri baru ini untuk menggembleng tenaga supaya mereka dapat membantu dalam menstabilkan semula ekonomi negara dan menangani gejala pengangguran.

Dia berharap dengan kehadiran muka baru dalam Kabinet dapat membawa perubahan yang besar kepada negara dengan idea baru.

''Kita sebagai rakyat memberi sokongan moral kepada barisan menteri baru ini supaya mereka lebih yakin dan beriltizam untuk berkerja," ujarnya.

Penganalisis sosial, Henry Collin Belawing, 59, begitu teruja dan menyambut baik akan barisan menteri-menteri Kabinet yang telah diumumkan semalam.

''Saya berpendapat, ia telah disusun dengan baik dan teratur mengikut acuan dan kehendak yang terbaik oleh Perdana Menteri.

''Pasukan yang mantap telah dibentuk, bersesuaian dengan kehendak rakyat, iaitu barisan pemimpin yang dekat dengan masyarakat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM