"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 6 April 2009

Bendera Mr.Aki d Bakar...


Mana2 bendera sekali pun inda buli d bakar. Apa lagi bendera sendiri, tanpa alasan yg buli d tarima oleh agama cilam ( islam ). ketika angkatan perang cilam ( islam ) d zaman Rasul saw pun peradaban perang wajib d jaga. inda buli membunu yg bukan musu, inda buli bunu perampuan2 bunting, inda buli kasi rusank tanam2an , inda buli kasi rusank bangunan2... dan banyak lagi pantang larang... Mr. Aki inda layak kasi kuliah kamu urang, pasal ugama cilam ( islam ) minta2 ustaz2 yg ada baca buluk Mr. Aki ini ,kasi tulis ' peradaban ketika perang ' mengikut cilam ( islam ) . Mr. Aki keciwa butul2... karaja urang2 yg kasi bakar ini bandira kelahiran Mr. Aki ...

12 lelaki ditahan bakar bendera Sabah

KOTA KINABALU 5 April - Polis menahan seramai 12 lelaki yang mengadakan perhimpunan secara haram dan bertindak membakar bendera Sabah di pekan Lahad Datu dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.40 pagi itu, sekumpulan lelaki yang turut membawa tiga bendera kuning bergambar singa merah.

Mereka dikatakan mengadakan perhimpunan haram sebelum bertindak nekad membakar bendera Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek yang berumur antara 14 hingga 41 tahun itu ditahan di hadapan perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada pukul 9.35 pagi.

"Kami mendapat maklumat ada orang berkumpul dan cuba membakar bendera. Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian. Sebaik sahaja tiba, bendera berkenaan telah dibakar.

"Kesemua suspek kemudian berpecah dan satu kumpulan meluru ke pekarangan IPD Lahad Datu sebelum ditahan," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, sebanyak enam bendera Sabah telah dibakar di dua tempat berasingan iaitu di hadapan Pasar Rakyat Lahad Datu dan di depan sebuah pasar raya Milimewa di daerah ini.

Katanya, ketika ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 141 kerana mengadakan perhimpunan secara haram.

Dalam pada itu, ditanya mengenai motif kejadian, beliau berkata, polis masih melakukan siasatan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan awal mendapati, salah seorang suspek yang berusia 41 tahun mengaku sebagai ketua dan mendakwa dirinya adalah pewaris Kesultanan Sulu.

Sementara itu, katanya, seramai 80 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di sekitar bandar Lahad Datu sebagai langkah berjaga-jaga. Utusan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM