"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 6 April 2009

Urang Kapir Baca Quran ... Urang islam kasi amin ...


Mr. Aki inda hairan urang2 kapir ( bukan beragama Islam ) baca quran, baca hadis, bikin masjid, antar urang pigi haji, pigi umrah dan sabagainya. Kanapa... ? mereka buat untuk keuntungan, untuk kepantingan, untuk tawan ini dunia. Sabap urang cilam ( islam ) gadu sama sendiri, inda barsatu, inda jaga ini agama, inda beramal ...


( Dtk. zahid hamidi ) Ini menteri agama punya urang, cermin umat cilam dalam UMNO. Kasi jaga butul2 ini agama, jangan pigi ikut2 parangai urang bukan cilam ( islam ) kalau pun alasan kou jaga ati BN ... tapi ada wakil lain yg bukan agama punya urang bah... Kalau datang d sabah jangan jumpa urang pulitik saja, tingok juga kami urang bukit yg ( saudara baru ) macam Mr. Aki dan kawan2 Mr. Aki yg lain ...





ini urang butul2 barani... masi d bagi jawatan. Dia punya CD memang KUAT macam anak muda, inda hairan diakan menteri kesihatan punya urang. Dia tau ubat mana yg bikin kuat... kalau dia baca quran apa kita urang kata.... ? kita mau tingok Tun Dr. Mahadir ketika siaran langsung ari ini, baca quran dan hadis ....


Cina dan India suda baca quran dalam pilihan raya d kuala lumpur ... Urang cilam ( islam ) kasi aminnnn .... bikin malu butul. sadarlah kita urang ....

GPMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 5 April - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mempersendakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam tadi.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

"Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam, GPMS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya, kami mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang ini.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama ADUN berkenaan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran tetapi sudah banyak kali dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu.

"Ini satu penghinaan kepada orang Islam dan kami menuntut Kor Ming meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari 'Surah Aura' yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A'raf," katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Taiping di sini hari ini.

"Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.

"Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah," ujarnya.

Katanya, Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM