"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 16 April 2009

Bank Rakyat Sabah sumbang zakat terbesar

Bah... apa lagi duit suda ada bayarlah pelajar2 mualaf yang inda kamu bayar dengan macam2 alasan, inda bagus kasi lama2 nanti itu duit masuk angin. Bukan apa mr.aki simpati dengan nasip pelajar yang suda berbulan-bulan menungu, mala ada yang suda hampir 1 tahun menunggu kamu urang...kamu urang punya tugas kasi jalanlah, buli suda kamu buat tuntutan perjalanan kamu..dan tinggal d hutil ( hotel ) lepas itu lain x kalau inda mau talinga jadi panas buat keraja butul2 jangan atas kenyataan akhbar saja, bikin malu...

Mr. Aki

Lead-2-16
SERAH ZAKAT ... Mohd Khalid (kiri) meyerahkan zakat perniagaan kepada Aspah (dua, kanan) sambil disaksikan Tun Haji Ahmadshah (dua, kiri) serta Ahmad Alawi (kanan).



16th April, 2009- Sabah Times

KOTA KINABALU: Bank Rakyat Ca-wangan Sabah merupakan penyumbang zakat perniagaan tertinggi iaitu seban-yak RM2,186,601 juta berbanding Bank Rakyat di lain-lain negeri.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Haji Mohd Khalid bin Dato’ Haji Mohd Noor peningkatan pembayaran zakat sebanyak 12.5 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM1, 943,140 juta adalah disebabkan keuntungan operasi perniagaan yang membe-rangsangkan di sembilan buah cawangan Bank Rakyat di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan zakat perniagaan Bank Rakyat Cawangan Sabah bagi perolehan perniagaan tahun 2008 kepada Timbalan Peng-erusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Aspah Abdullah Sani sambil disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmadshah bin Abdullah di Istana Negeri dekat sini, pagi kelmarin.

“Secara keseluruhan peruntukan zakat perniagaan Bank Kerjasama Rakyat Ma-laysia bagi tahun lalu adalah sebanyak RM33.433 juta berdasarkan perolehan hasil keuntungan perniagaan berjumlah RM1.234 bilion,” jelas beliau.

“Perolehan yang tinggi ini disebabkan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan terhadap produk pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan Tijari dengan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) yang amat rendah berbanding bank-bank yang lain,” jelas beliau.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adenan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Haji Amri A. Suratman, Pengurus Besar Perbankan Konsumer Bank Rakyat, Yusof Abdul Rahman, Ketua Wilayah Sabah Bank Rakyat, Latif Bin Seeni, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Likas, Mohd Zamri Bidin, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Penampang, Misbahuddin Mohd Rida serta Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kota Kinabalu, Mohd Azmi Mustafa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM