"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 16 April 2009

Buang Karan.

Mana2 kes main duti ( UMNO ) yang suda kadapatan apa guna kasi kakal itu jawatan.. buang saja, bagi urang lain yang masi ' wangi ' namanya, untuk apa d simpan lama2, bikin maradang saja pikiran rakyat...bukan dia satu urang saja yang buli buat keraja, banyak lagi ahli UMNO yang baik2, yang hebat2, yang terbaik. Mr.aki cadangkan pada CM tolak saja datuk japlin dalam jamaah menteri sabah, inda paya ulas itu ulas ini.. buang masa , buang karan saja.



Kedudukan Japlin diserah kepada UMNO pusat

KOTA KINABALU 15 April - UMNO Sabah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung kedudukan bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akin yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yahya Hussin berharap, semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana perkara tersebut masih dalam siasatan.

"Kita serah kepada UMNO Pusat untuk tentukan. Sebelum ini pun beliau sudah digantung (keahlian oleh Lembaga Disiplin UMNO)," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Bulan Veterinar 2009 Peringkat Negeri Sabah di Kompleks Pertanian, di sini hari ini.

Beliau mengulas kedudukan Japlin yang kini sedang disiasat SPRM.

Khamis lalu, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri itu ditahan reman selama tiga hari oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung tuduhan rasuah.

Penahanan dan penggantungan Japlin itu menyebabkan lebih 100 ahli UMNO cawangan Usukan mengadakan demonstrasi secara aman di Kota Belud, Isnin lalu.

Ia bagi membantah tindakan mengaitkan Japlin dengan rasuah dan meminta Lembaga Disiplin parti supaya menimbang semula keputusan menggantung keahlian Japlin.

Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Usukan itu tidak akan memegang semula jawatan Ketua Pemuda kerana sudah melepasi had umur.

Berhubung jawatannya dalam Kabinet Sabah dan sebagai wakil rakyat, Yahya berkata, perkara tersebut akan diputuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. ( Utusan Malaysia )

1 ulasan:

  1. Apa buleh buat Japlin. Kadang2 betul juga urang bilang `sokong membawa rebah'. Saya sokong kalau Japlin letak jawatan EXCO/Kabinet Sabah. Pasal ADUN tu...kasi chancelah dia Mr Aki...hehehe. Mudah2an mendapat hikmah dari semua yang terjadi. Balik kampung tanam jagung...oppsss...baliklah ke kawasan dan tumpukan kerja menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Insyaallah...kalau ada rezeki, Japlin masih jadi YB akan datang!

    Urang bilang jangan `tabarus' atau `tamahak' dengan jawatan. Bawa bersederhana!

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM