"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 16 April 2009

Raymond Tan mungkin sertai parti komponen BN


Datuk Raymond Tan Shu Kiah. Mr.aki cadangkan pigi masuk PBS lagi pun datuk suda biasa dengan pati ini, dulu kan datuk tidur makan dalam PBS. Tingalkan si botak DURHAKA biar dia mati bersama SAPP, mr. aki kasi ingat pada kawan2 dalam BN urang2 yang keluar masuk lebi 3 x dalam mana2 pati inda paya d tarima lagi bikin kutur buku saja...macam si butak ini. Jawatan datuk Raymond kasi kakal..untuk jaga suara2, kehandak kaum cina d sabah.

Mr. Aki


16/04/2009 4:02pm-Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 16 April — Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah tidak menolak kemungkinan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas parti yang dianggotainya, Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada gabungan pemerintah pada September tahun lepas.

Ketika ditemui pemberita selepas perasmian sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Tan berkata, menyertai sebuah parti komponen adalah satu daripada pilihan untuk beliau terus berada dalam BN.

“Saya telah pun mengemukakan beberapa pilihan kepada pemimpin BN dan saya akan berunding dengan mereka lagi selepas persidangan Dewan.

“Saya rasa akan ada peranan untuk saya jalankan dalam lingkungan BN, bagaimanapun kami memerlukan lebih banyak masa untuk mengusahakannya,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mendaftarkan sebuah parti baru, Tan berkata beliau akan menunggu keputusan daripada BN terlebih dahulu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM