Gunung Kinabalu memang cantik, airnya sejuk, udaranya segar. Urang2 tampatan d sini inda rasa kacantikan suda ini gunung... itu makanya kabanyakan mereka d sini inda nampak duit masuk......Barbanding urang luar yang nampak d kundasang ini buli buat kilang duittttttt
Kundasang dan gunung kinabalu inda buli d kasi cerai talaq 3 pasal gunung kinabalu terlatak d kundasang. Sejuk, udara dia sadap masuk pigi idung, yang inda sadap kalalaian karajaan dari zaman usno, berjaya, pbs dan kini umno & Bn inda pikir butul2 kasi maju ini tapak warisan dunia yg memang buli buat duit punya...sikarang baru mau pikir, ok jugalah itu...cuma katingalan bas. Palancung yg datang d sini macam2 bangsa dan nagara...malihat kecantikan gunung kinabalu. Kamudian garai2 d tapi2 jalan pun bikin malu butul...puluh tahun itu2 juga pisin dia, indada kamajuan. Carita pasal sayur banyak urang kata d tanam urang dusun, butul ka itu ? kalau mr. aki kata inda butul.... takajut kamu uranggg kan ?
memang kamu urang nampak d garai2 hampir 100% urang dusun bajualan, tapi penanam paling basar ladang dia bukan urang dusun bah... urang cina dan bugis yg punya. Takajut kan kamu..tana2 d dakat2 jalan pun kabanyakan bukan urang tampatan suda itu ooooo urang asing...nahhhh kan takajut lagi kamu...Kapada tuan2 tana jangan kamu urang jual itu tana, tingok yang kaya butul2 urang luar... kita sakit ati pun indada guna, sendiri punya pasal inda sabar. Malas baladang... Mr. Aki
Bangunan baru 'hadiah' buat peniaga
|
|
RANAU 20 April - Hampir 100 peniaga di pekan Kundasang, dekat sini, lega dengan keputusan kerajaan membangunkan pekan berkenaan.
Peniaga yang ditemui Utusan Malaysia berkata, usaha menaik taraf Jalan Kota Kinabalu-Ranau dan menggantikan lot kedai papan di pekan itu dengan bangunan baru adalah satu 'hadiah' yang tidak ternilai buat mereka.
Salah seorang peniaga, Elah Juhimin, 24, berkata, sudah sampai masanya semua kedai papan di pekan tersebut dirobohkan kerana dikhuatiri tidak selamat untuk diduduki.
Elah berkata, kedai miliknya yang masih belum dirobohkan itu sudah terlalu usang dan terdapat kesan kerosakan pada struktur asasnya.
"Kedai-kedai kami berada di pinggir bukit. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering berlaku tanah runtuh dan kesan retak serta kerosakan pada bahagian asas kedai sudah mula kelihatan.
"Jadi sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, lebih baik digantikan dengan bangunan baru lengkap dengan segala kemudahan," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Bagi Rujinah Bullang, 40, kedai-kedai lama itu tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.
"Semua kedai di sini adalah milik sendiri yang dibuka dari pukul 6 pagi hingga 6 petang setiap hari dan jika berniaga pada waktu malam, lampu minyak tanah digunakan.
"Kami sanggup membayar sewa untuk bangunan baru yang tentunya disediakan dengan pelbagai kemudahan," katanya.
Hani Supilin, 33, berkata, pekan itu tidak seharusnya berkeadaan begitu kerana ia menjadi tempat persinggahan para pelancong khususnya para pendaki Gunung Kinabalu.
Katanya, imej lesu pekan tersebut perlu diubah dengan membina lebih banyak kedai serta hotel untuk kemudahan pelancong.
"Hotel-hotel di pekan ini sering penuh, apalagi pada musim tertentu. Untuk itu, hotel baru perlu didirikan bagi menampung kedatangan pelancong yang semakin bertambah," katanya.
Seorang lagi peniaga, Edah Juhimin, 24, berkata, tidak mustahil pembangunan yang sedang diusahakan itu akan membawa perubahan ekonomi kepada penduduk setempat.
''Kebanyakan penduduk di sini mengusahakan tanaman sayur tetapi jika ada peluang ekonomi baru, tidak mustahil mereka akan menyertainya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...