"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 21 April 2009

Kulit kamik punya isi diurang punya ?

Inda tau ini mata mr. aki kali ini inda pandai mangantuk, jam 3.49 ini mata masi sagar. Belum ada tanda2 mau tidur...mangkali, inilah bah ini pasal suda tuaaa ... jadi sampat mr. aki baca utusan malaysia pagi2 bagini. Kamu urang tingok yang mr. aki kasi mera kenyataan Pak Najib... Nahhh kalau bagini inda bikin abis duit, inda paya kasi parmaidani, bunga, kumpang...banyak cakap dan yang sama waktu dengannya lagi..atau ini cakap2 saja ? bah, kita tungu diurang kasi amal ini amanat Pak najib d kasi tunai atau inda... satu lagi, itu makanan lagi jangan kasi sadap2 itu menteri punya, pagawai punya... itu urang kampung main tapau2 saja 1 sayur, 1 lauk... kasi sama rataa aa lain kali makanan mentari sama urang bukit. Puasa suda kamik makan dalam tapau...

Kalau puntung karabau lagi itu... parna mr. aki makan kulit karabau lagi tinggal, isi urang2 ada pangkat yang talan barabis... ' Tabarus butul' inda ingat kasi manang diurang... ringkasnya d sini mr. aki mau lihat amalan diurang, bukan cakap diurang.



Hentikan terlalu banyak upacara - Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegur sikap para pemimpin dan pegawai kerajaan yang mengadakan terlalu banyak upacara dalam menganjurkan sesuatu program.

Perdana Menteri berkata, amalan itu perlu dihentikan kerana bertentangan dengan ungkapan 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang sedang diterapkan kerajaan.

Sebaliknya, ungkapan berkenaan perlu diterjemahkan dalam bentuk dasar, program dan pendekatan bersistem bagi memastikan ia mempunyai pengisian yang bermanfaat dan berkesan kepada rakyat.

"Sebab itu, saya ingin ingatkan supaya jangan banyak sangat upacara pada setiap majlis seperti mesti ada letak karpet merah, bunga manggar, kompang, zapin dan banyak lagi sedangkan ini semua satu pembaziran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perjumpaan dengan kakitangan perkhidmatan awam Johor, di Hotel The Zone Regency di sini hari ini.

Najib berkata, terlalu banyak upacara boleh dielakkan supaya pemimpin dan pegawai kerajaan akan lebih mendekati rakyat dalam keadaan tidak formal dan sentiasa turun padang bagi mendengar rintihan mereka.

Menurutnya, ini kerana ungkapan tersebut perlu dilaksanakan sebagai prinsip dan kaedah semasa bekerja.

"Sebagai pemimpin kita mesti mendengar rintihan, rungutan rakyat terutama wakil rakyat, jangan sombong kerana kita kena turun padang dan selesaikan masalah mereka," tegasnya.

Beliau berkata, rintihan rakyat secara keseluruhannya, kerap kali adalah perkara yang sama walaupun berbeza kaum atau kawasan.

Sambil memberi contoh, isu kemiskinan, ia adalah rintihan yang sama bagi masyarakat kampung tradisional Melayu, penempatan Orang Asli, ladang, rumah panjang atau kawasan pedalaman lain.

"Bagi mereka yang miskin, tiada beza membeza antara mereka dan mereka perlu dibantu sewajarnya," jelasnya.

Bagi kawasan membangun pula, Perdana Menteri berkata, masyarakatnya mengeluh mengenai masalah pengangkutan, jenayah, rasuah, kenaikan harga barang dan banyak lagi yang juga harus ditangani.

"Jadi kalau tak ada masalah, semua masyarakat Melayu, Cina dan India tiada ada alasan untuk mereka tidak menyokong kita, maknanya selesaikan masalah mereka," katanya.

Najib berkata, ia termasuk isu rasuah yang dikaitkan dengan amalan proses rundingan terus bagi mendapatkan kontrak pembangunan.

Justeru, katanya, elemen dalam ungkapan itu sebenarnya adalah pelengkap kepada cogan kata dua bekas Perdana Menteri terdahulu iaitu 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sasaran mencapai negara maju Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Kalau dua bekas Perdana Menteri telah melakarkan satu matlamat yang jelas, maka kenapa tidak kita terjemahkan semuanya itu dalam bentuk pelaksanaan untuk membawa negara sampai ke destinasi," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM