"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 14 September 2009

170,000 batang rukuk d isap ...

ULASAN MR. AKI - bayangkan suda 102 tahun sabanyak 170,000 batang rukuk d isap inda juga mati2 ... pangajaranya d sini bukan rukuk dan sagala macam kasi pindik umur manusia yang kasi tantu KAMATIAN...kamatian adalah milik TUHAN yg manjadikan langit bumi jadi mari kita renung2 d patang2 ramadhan ini, muda2an kita sadar batapa ALLAH itu ada dan maha KUASA...balajar tauhid saja indada guna kalau inda yakin, inda d kasi amal...


Berhenti rokok pada usia 102 tahun - ( sumber kosmo )




LONDON - Seorang wanita yang mula merokok pada 1914, Winne Langley (gambar) mengambil tindakan nekad untuk berhenti merokok pada usia 102 tahun, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Selepas 95 tahun merokok, kini dia menganggap rokok tidak lagi digemarinya.

Dia yang tinggal di Croydon, Selatan London berkata: "Setiap orang mahu merokok pada masa dahulu. Kami tidak mengetahui masalah kesihatan. Saya tidak lagi menggemarinya."

Menurutnya, mata dia kini semakin kabur sejak beberapa tahun lalu dan mungkin tidak dapat melihat bungkusan rokok pada masa depan.

Sejak merokok pada 1914, secara puratanya dia merokok lima batang sehari menjadikan jumlah rokok yang sudah dihisapnya melebihi 170,000 batang seumur hidupnya.

Dia kerap menghisap rokok semasa zaman kemelesetan dan Perang Dunia Kedua.

"Saya mengurangkan merokok sejak beberapa tahun lalu dan cuma menghisap sebatang bagi setiap beberapa hari selepas makan malam atau di bilik tidur saya.

"Namun, harga rokok kini menjengkelkan dan larangan merokok turut menjengkelkan. Sepatutnya anda dibenarkan merokok di mana-mana sahaja," katanya. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM