"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 7 Jun 2009

Ibrahim Ali Kawin ..?


Salamat pangantin baru Ibrahim Ali


Kita tunggu dan lihat Ibrahim Ali tumbang d tangan siapa ? ibarat ayam d kejar oleh 6 ekor singa ...pati2 pulitik suda tentu mengimpikan Ibrahim Ali akan masuk d gelangan mereka ( tamba kursi ) salapas itu kita tungu pulak suara dia d parliman ... mr. aki inda sabar tingok ayam tampatan kalantan ini...


'' Manusia mati meningalkan nama.. harimau mati meningalkan belang ''




MR. AKI - Ibrahim Ali punya sajara pulitik dan perjuangan yang kusut masai, namun perjalanan itulah dia mandapat tempat duduk d parliman...pas pening kapala tak suda2 dengan parangai dia...dia manang dalam pilihan raya atas lambang bulan ( bebas ) sagala jenis lompat2tan dia arena pulitik dia antara urangnya yang( khatam ) ,UMNO dia cerai talaq 3 ... kita sama2 tunggu apakah dia akan rujuk semula bini lamanya ? atau berbini baru ... lapas pas buat usul agar dia buat keputusan segera untuk buat rumah barunya !!!

Ibrahim akan umum pendirian politik - utusan malaysia

KOTA BHARU 6 Jun - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mengumumkan pendiriannya sama ada untuk menyertai mana-mana parti politik atau kekal bebas tidak lama lagi.

Ia selaras dengan resolusi Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 dan Penegasan Perjuangan Bangsa yang sebulat suara berdiri teguh bersama Ibrahim yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu atas apa jua pendirian politik beliau asalkan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Resolusi tersebut diluluskan selepas 1,420 perwakilan Pusat Khidmat dan Membela Rakyat Parlimen Pasir Mas (PKMR) membuat undian untuk menentukan hala tuju politik Ibrahim pada konvensyen tersebut.

Hasil undian yang dijalankan sebanyak 910 undi mahukan Ibrahim menentukan sendiri hala tujunya, 150 undi kekal Bebas, rujuk semula UMNO (240 undi), pohon masuk Pas (97 undi), cari gagasan baru (10 undi) manakala selebihnya rosak.

Konvensyen tersebut diadakan bagi mendapatkan maklum balas daripada penduduk Parlimen Pasir Mas dan merancang pembangunan di kawasan terbabit. Ia melibatkan wakil-wakil dari 46 peti undi.

Ibrahim ketika ditemui selepas konvensyen tersebut berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera PKMR yang memberi kepercayaan kepadanya untuk memilih hala tuju politiknya sendiri.

Bagaimanapun katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan pandangan daripada akar umbi sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Walau apa keputusan hari ini, hasil undi ini adalah daripada suara hati mereka tetapi saya perlu mengambil sedikit masa untuk halusi dan mendalami keputusan tersebut.

"Pada masa yang sama, saya perlu masa untuk tinjau rakyat biasa sebelum membuat keputusan muktamad berdasarkan resolusi ini," katanya.

Kedudukan Ibrahim sebagai wakil rakyat bebas sejak akhir-akhir ini diperkatakan umum ekoran kelantangan beliau mengkritik semua pihak termasuk Pas dalam pelbagai isu.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu apabila bertanding atas tiket Pas tetapi kekal bebas selepas pilihan raya tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM