"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 11 Mei 2009

RM 50 juta ambillah kamu ...


Ini barita bagus punya.. jalan talantang kota marudu dapat paruntukan RM 50 juta ini barmakana jalan talantang kota marudu 'ASPAL' buli guyang2 kaki sambil basiull mangarang lagu.. tapi yang inda siuk kurita urang2 kampung suda pandai main tambirang2 kasi laju2 mau mampusss.. d tandik - longob suda 99.9% suda siap 'ASPAL' nampak suda gaya2 pamandu kurang AJAR . laju bukan alang2..bikin takut butul, apa lagi dakat sikula salimandut... d sana patut mau buat BONGOL jalan, paling kurang 4 supaya yang laju2 capat rusak kurita diurang...kamajuan kalau inda d guna dengan akal jadinya capat matiiiii. Jadi dalam idup bersyukur masti ada, bersabar masti ada, hormat masti ada ... pokoknya guna pikiran buat pertimbangan jangan macam anjing suka2 tidur d jalan, suka2 birak merata tampat hasinya seminggu lalu mr. aki limpas ikut dari tandik ke longob ada 4 ekor anjing mampus jadi LINIKING suda d atas jalan, pasal terjemurrr kamatiannya d jalan moden...

Jadi terima kasi pada kerajaan BN yg kasi turun ini pruntukan
ini macam rakyat akan sayang pada karajaan, tapi pemimpin yg inda buat karaja tatap kamik bantaiiiiii

Projek peruntukan khas RM1b Sabah sedang dilaksanakan

10th May, 2009- Sabah Times

KOTA KINABALU: Kese-mua projek di bawah peruntukan khas RM1 bilion untuk Sabah seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas sedang dilaksanakan, kata Pegawai Ke-majuan Negeri Sabah (SDO), Matusin Sunsang.

Beliau berkata separuh daripada jumlah peruntukan itu sudah diperolehi manakala bakinya akan disalurkan pada tahun depan.

Katanya walaupun Unit Pe-nyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri merupakan agensi pusat yang menyelaras peruntukan itu, tapi kerajaan negeri sebelum ini sudah meminta kelulusan khas untuk mendapatkan terus RM250 juta.

“RM250 juta sudah disalurkan terus kepada kerajaan negeri, manakala RM200 juta kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah untuk membiayai projek-projek yang sedang dilaksanakan atau dalam perancangan di bawah Rancangan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra SDO bersama media di sini, kelmarin.

“(Baki) RM50 juta untuk tahun ini, apabila dikehendaki baru ia akan diminta, kalau per-lu, tahun ini kita minta, kalau tidak bawa ke tahun depan menjadikan jumlah RM550 juta bagi 2010,” tambahnya.

Katanya kebanyakan projek di bawah peruntukan khas itu adalah untuk projek infrastruktur, dan antara empat projek besar yang dibiayai adalah jalan berkembar di Lahad Datu (RM95 juta), jalan berkembar di Keningau (RM50 juta), Jalan Talantang di Kota Marudu (RM50 juta) dan Jambatan Si-tompok di Kuala Penyu (RM60 juta).

Menyentuh mengenai maj-lis kelmarin, Matusin berkata program berkenaan adalah sebagai permulaan untuk merapatkan kerjasama antara SDO dan media.

SDO ditubuhkan selaku agensi kerajaan pusat peringkat negeri, menggantikan peranan Jabatan Pembangunan Per-sekutuan Sabah (JPPS) yang dimansuhkan pada Mei tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai ber-kata media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat perlaksanaan program pembangunan.

Katanya, rakyat selalu menemui media untuk mengadu sekiranya mereka menghadapi masalah pembangunan, namun begitu liputan oleh media bukan bermaksud untuk memburukkan kerajaan, tetapi su-paya tindakan segera boleh diambil untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan.

2 ulasan:

  1. Syukur alhamdulillah siuklah urang Talantang ada jalan bagus.Tapi Aki,itu Jalan Tandek sia dingar sudah ada peruntukan mau kasi up grade.Sia tanya itu hari diurang bilang itu Pemuda PBS punya purijik.Tapi sampai sikarang bulum lagi buat apa-apa.Sampai tumbuh sudah rumput tangah2 jalan.Sayang oo Aki ini jalan kalau tidak kasi bagus pasal inilah jalan partama di N5 Tandek kana buat selepas merdeka.Begitu banyak peruntukan apalagi kasi aspal la ba sampai di bukit supaya sinang juga kami pigi lawat2 si Odu kami.hehe

    BalasPadam
  2. KYRO butul i2 baru2 ini mr. aki ada limpas d jalan lama tandik.. bukan alan2 itu rumput, buli main tapuk2 suda kadaan i2 rumput heheh.. nah, kalau sampai bukit suda aspal..kanduri kita satu tandik, pukul gong 1 ari 1 malam...

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM