Mr. Aki
KOTA KINABALU 16 April — Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah tidak menolak kemungkinan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas parti yang dianggotainya, Parti Maju Sabah (SAPP) keluar daripada gabungan pemerintah pada September tahun lepas.
Ketika ditemui pemberita selepas perasmian sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Tan berkata, menyertai sebuah parti komponen adalah satu daripada pilihan untuk beliau terus berada dalam BN.
“Saya telah pun mengemukakan beberapa pilihan kepada pemimpin BN dan saya akan berunding dengan mereka lagi selepas persidangan Dewan.
“Saya rasa akan ada peranan untuk saya jalankan dalam lingkungan BN, bagaimanapun kami memerlukan lebih banyak masa untuk mengusahakannya,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mendaftarkan sebuah parti baru, Tan berkata beliau akan menunggu keputusan daripada BN terlebih dahulu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...