"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 17 April 2009

Bikin abis duit rakyat

Dulu bulum ada jawatan barabis minta pada rakyat, suda dapat pangkat dan jawatan...inda tahan d pujukan hantu, toyol, jambalang, iblis dan segala panjahat. Dulu nama inda terkanal pasal urang kampung, sikarang semua urang tau pasal jawatan dan sala guna kuasa... yang panting ati rakyat puas...

mr.aki

Mohammad Fairus letak jawata-Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairud in mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa hari ini.

ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, dalam kenyataan empat perenggan yang dihantar melalui emel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," kata Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mohammad Fairus, 32, yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lepas, berkata tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya melantik TKM I Pulau Pinang yang baru minggu lepas tetapi beliau memberi masa seminggu kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat keputusan tentang calon akan menggantikan Mohammad Fairus.

Beliau melanjutkan tempoh itu semalam apabila penasihat PKR itu tidak memberi sebarang nama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM