"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 23 Mei 2009

Blogger vs Ketua bahagian UMNO

Lebon bin botong@mohd nazri abdullah
sdr. lebon keluar masuk kampung mendampingi para mualaf d sabah. perbagai lapisan masyarakat dia jumpa dari kalas A kepada kalas bawahan ...
ketua bahagian UMNO kota marudu
sdr. wetrom bahanda@mohd fikri abdullah
wetrom masuk kampung keluar kampung carita pulitik
gambar d atas pada mr. aki masing2 ada kekurangannya, ..masing2 ada kekuatannya, sama2 terima islam sebagai anutan. wetrom dari suku dusun rungus, lebon dari dusun kimaragang.. bila masuk islam bapa mereka suda d tukar abdullah, ertinya sama2 satu bapa... ya ! ka..
apa yg mr. aki sedi satakat ini bulum ada dalam dalam sejarah pihak karajaan melantik seorang SENATOR mewakili gulungan MUALAF sadangkan kumpulan ini perlu d perjuangkan.. mr. aki minta ketua bahagian UMNO kota marudu ini kasi basar pikiran... barkaitan parkara yang banyak x sdr. lebon kemukakan pada karajaan melaluai media.. kou lagi cakap, mangkali mangagar juga najib.. lantik SENATOR
(sumber gambar fail risikan mr. aki )


Guru KAFA perlu berfikiran lebih kreatif, kata Tawfiq
22nd May, 2009 - sabah times



TAWAU: Guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) diseru supaya sentiasa ‘berfikir di luar kotak’ dan kreatif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mengajar anak-anak murid mendalami ilmu Al-Quran dan Fardhu Ain.



Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan berkata, mereka juga harus berusaha memastikan anak-anak murid mereka bukan sahaja memahami apa yang diajar, tetapi turut mematuhi ajaran dan tuntutan agama.



“Anak-anak kita bukan sahaja perlu faham tentang hukum hakam agama, tajwid Al-Quran dan sebagainya. Tetapi apa yang lebih penting ialah mereka mempraktikkan segala yang diajar dan dapat dibentuk menjadi umat Islam yang beriman,” kata beliau.



Beliau turut menyatakan bahawa peranan guru agama adalah amat penting terhadap aspek pembangunan negara kerana golongan itu merupakan pembentuk kepada lahirnya generasi masa hadapan yang berilmu dan beramal soleh.



“Guru agama termasuk guru KAFA adalah barisan hadapan negara. Ada yang mengatakan barisan hadapan adalah pe-mimpin. Tetapi perlu kita ingat bahawa guru agama adalah pihak yang akan melahirkan pemimpin negara yang berilmu di dunia dan akhirat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Training Of Trainers (TOT), di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini kelmarin.
Kursus tersebut berhubung kait dengan teknik pengajaran bacaan Al-Quran me-ngikut Kaedah Iqra’.



Menyentuh kursus itu pula, Tawfiq memuji penganjurannya sambil menyifatkan yang kursus itu dapat melahirkan lebih ramai generasi celik Al-Quran di negara ini.
“Saya harap segala ilmu yang ditimba di dalam kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat,” kata-nya.

siapa anak murid chin peng ?

Siapa kou aaaaaa

mana2 kumpulan atau orang perseorangan yang berniat bawa pulang seorang musu nagara seperti chin peng... wajar pihak karajaan membuat tindakan undang2 segera. bumi malaysia tidak buli terima manusia seperti chin peng yang bukan saja panganas, tapi lebi dari itu.. bagitu juga dengan seseorang berparangai macam chin peng.. tidak kita izin tumbu d malaysia, wajib kita perangai...siapa saja ....


PBPM bantah bawa pulang Chin Peng

KUALA LUMPUR 22 Mei - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) membantah saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia.
Pemangku Presidennya, Ku Mohamad Khalib Tuan Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak seharusnya membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini, walaupun atas dasar kemanusiaan.
''Kesan tindakan Chin Peng terhadap negara memberi sejarah pahit terutama sekali kepada bekas-bekas polis yang mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis pada ketika itu,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta agar pemimpin Gerakan itu tidak buta sejarah dan menginsafi apa yang dilakukan Chin Peng sehingga menyebabkan keganasan komunis pada ketika itu.
Katanya, akibat keganasan dan perbuatan kejam Chin Peng, negara menjadi huru-hara, ramai isteri menjadi balu, anak kecil menjadi yatim piatu serta ibu kehilangan tempat mengadu.
Menurutnya, PBPM menyokong kerajaan dalam mengamalkan sikap terbuka dan bertimbang rasa serta dasar yang agak liberal, namun cadangan pemimpin Gerakan itu tidak dapat diterima kebanyakan pihak.

Jumaat, 22 Mei 2009

1 malaysia masi kabur...


Wakil rakyat d sabah patut perihatin dan mengucap terima kasih kepada mana2 NGO atau urang perseorangan yang bawa apa2 purijik d kawasaan mereka. inda semua Wakil rakyat buli buat, inda semua wakil rakyat buli minta itu ini pada karajaan... pasal terikat dengan macam2 undang2 atau karana takut2 minta dengan menteri berkaitan balik2...apa lagi dengan nada kasar, jawatan masit kana jaga, masti kasi tunduk2 kapala supaya kanampakan hormat...
( supaya pilihan raya balik kana pili calun, sampai mati )

surau ini mandapat peruntukan daripada Pak Lah hasil permintaan '' suara mualaf sabah'' http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ yang jahanamnya pihak pamaju yang d lantik tatap bartagas pada AJK surau barkaitan, inda mau buat ini tandas atas alasan ... buat tandas indada masuk dalam skop karaja. inilah mr. aki bilang karajaan bagus suda tapi urang2 d bawa menjahanamkan kabaikan itu...wakil rakyat patut tingok2lah apa2 purijik yang d buat oleh mana2 pamaju, jangan tahu main peratus saja tau ... kamik tahu sikap kamu yb .

masi ramai rakyat inda tahu apa itu 1 malaysia tarutamannya d sabah...jangan2 YB2 pun tahu cakap saja 1 malaysia...isinya kabur2, macamlah zaman pak lah... pak lah buli baca banyak ayat al-quran..oleh karana inda mahu katingalan maka mati2lah yb2 mangapal ayat biar pun inda butul...juga mati2lah yb2 ini mangapal ayat.. untuk persiapan masa solat maghrib/isyak.. zohor/asar inda d dengar...salamat sikit dari talinga makmum...

Sairin mahu semua ahli Umno sokong ‘Satu Malaysia’

22nd May, 2009- sabah times

KENINGAU: Ketua Umno Bahagian Kenin-gau Datuk Sairin Karno, mahu semua ahli parti itu di Keningau supaya bersatu untuk menyokong gagasan ‘Satu Malaysia’, yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katannya, kejayaan gagasan itu melibatkan pemahaman dan penerimaan semua lapisan ak-ar-umbi.

“Konsep gagasan itu menjurus kepada mengutamakan kepentingan rakyat, dan akar umbi harus bersedia untuk memahami dan menerimannya dengan sepenuhnnya,” katannya, ketika ditemui wartawan selepas mempenge-rusikan mesyuarat bulanan Umno Bahagian Keningau di sini.

Sehubungan dengan itu Sairin mengajak ahli-ahli parti itu, supaya memperkasakan perpaduan sebagai tunggak kepada perlaksanaan dasar itu.

“Sokongan yang jitu daripada rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, merupakan moral penting untuk perlaksanaan gagasan ‘Satu Malaysia’,” katannya.

Sebagai parti utama dalam kerajaan BN katannya, Umno dengan tidak mengenepikan ahli-ahli parti rakan kongsi dalam kompenan, perlu sebagai barisan hadapan untuk menterjemahkan gagasan itu kepada akar-umbi.

Katannya, Umno sewajarnnya sebagai contoh yang dijadikan teladan untuk saluran penerapan gagasan itu kepada rakyat bawahan.

Ditanya diantara intipati mesyuarat bahagian itu, Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar menjelaskan, ia tertumpu kepada persediaan mesyuarat agung tahunan parti itu.

Kepada pelantikan Azman Ruslan sebagai Ketua Perhubungan Pemuda Umno Sabah, Sairin berkata, bahagian parti itu di sini menyambut baik pelantikan itu, apa yang beliau sifatkan satu penghargaan besar pucuk pimpinan parti kepada Umno Bahagian Keningau.

“Azman adalah ketua pergerakan pemuda bahagian ini … beliau seorang yang berbakat besar, dan pelantikannya kena pada tempatnnya,” katannya, dan menjelaskan beliau amat bangga dengan perlantikan itu.

Jahil Murakab


Sumber gambar;
http://syahmie12.fotopages.com/
Sandakan


Pagi para pambaca / salamat solat jumaat untuk kaum muslimin. Kalau kita lihat gambar d atas macam2 ungkapan rasa yang kita jumpa... mr. aki banyak mendapat ilmu dari alam, inilah sikula mr. aki..

Ada hadis urang malayu salalu kita pakai '' JAGA TEPI KAIN URANG '' maksudnya, seorang yg ambil tahu hal urang lain, ada kabanarannya juga, ada inda banarnya juga, dan mr. aki rasa kamu urang paham...cuma mr. aki inda setuju kalau perkara karut marut d katakan bagus, d katakan buli, d katakan tak apa ... macam ada seorang kawan ini ..kira satu kampung dengan mr. aki jugalah, dia kata minum tapai, minum stout dan apa saja yang bikin mabuk .. buli minum sikit2 untuk jaga hati, demi perpaduan, kasi hormat kawan... sadangkan dia seorang islam.

Budu butul urang ini... mana dia dapat ilmu itu ? yang dia berhukum 'BULI' . Butul2 dia jahil..kalau inda tau balajar bah, kalau inda tahu bagus diam2 ... yang bikin maradang dia ini bakas anak pemimpin ....yang ini buli kita ambil tepi kain urang, untuk kita kasi baik..yang inda bagusnya kasi lubang dinding ruma urang untuk tingok kain sarung, tuala mandi dan sabagainya....

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM