Wakil rakyat d sabah patut perihatin dan mengucap terima kasih kepada mana2 NGO atau urang perseorangan yang bawa apa2 purijik d kawasaan mereka. inda semua Wakil rakyat buli buat, inda semua wakil rakyat buli minta itu ini pada karajaan... pasal terikat dengan macam2 undang2 atau karana takut2 minta dengan menteri berkaitan balik2...apa lagi dengan nada kasar, jawatan masit kana jaga, masti kasi tunduk2 kapala supaya kanampakan hormat...
( supaya pilihan raya balik kana pili calun, sampai mati )
surau ini mandapat peruntukan daripada Pak Lah hasil permintaan '' suara mualaf sabah'' http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ yang jahanamnya pihak pamaju yang d lantik tatap bartagas pada AJK surau barkaitan, inda mau buat ini tandas atas alasan ... buat tandas indada masuk dalam skop karaja. inilah mr. aki bilang karajaan bagus suda tapi urang2 d bawa menjahanamkan kabaikan itu...wakil rakyat patut tingok2lah apa2 purijik yang d buat oleh mana2 pamaju, jangan tahu main peratus saja tau ... kamik tahu sikap kamu yb .
KENINGAU: Ketua Umno Bahagian Kenin-gau Datuk Sairin Karno, mahu semua ahli parti itu di Keningau supaya bersatu untuk menyokong gagasan ‘Satu Malaysia’, yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katannya, kejayaan gagasan itu melibatkan pemahaman dan penerimaan semua lapisan ak-ar-umbi.
“Konsep gagasan itu menjurus kepada mengutamakan kepentingan rakyat, dan akar umbi harus bersedia untuk memahami dan menerimannya dengan sepenuhnnya,” katannya, ketika ditemui wartawan selepas mempenge-rusikan mesyuarat bulanan Umno Bahagian Keningau di sini.
Sehubungan dengan itu Sairin mengajak ahli-ahli parti itu, supaya memperkasakan perpaduan sebagai tunggak kepada perlaksanaan dasar itu.
“Sokongan yang jitu daripada rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, merupakan moral penting untuk perlaksanaan gagasan ‘Satu Malaysia’,” katannya.
Sebagai parti utama dalam kerajaan BN katannya, Umno dengan tidak mengenepikan ahli-ahli parti rakan kongsi dalam kompenan, perlu sebagai barisan hadapan untuk menterjemahkan gagasan itu kepada akar-umbi.
Katannya, Umno sewajarnnya sebagai contoh yang dijadikan teladan untuk saluran penerapan gagasan itu kepada rakyat bawahan.
Ditanya diantara intipati mesyuarat bahagian itu, Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar menjelaskan, ia tertumpu kepada persediaan mesyuarat agung tahunan parti itu.
Kepada pelantikan Azman Ruslan sebagai Ketua Perhubungan Pemuda Umno Sabah, Sairin berkata, bahagian parti itu di sini menyambut baik pelantikan itu, apa yang beliau sifatkan satu penghargaan besar pucuk pimpinan parti kepada Umno Bahagian Keningau.
“Azman adalah ketua pergerakan pemuda bahagian ini … beliau seorang yang berbakat besar, dan pelantikannya kena pada tempatnnya,” katannya, dan menjelaskan beliau amat bangga dengan perlantikan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...