"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 23 Mei 2009

Blogger vs Ketua bahagian UMNO

Lebon bin botong@mohd nazri abdullah
sdr. lebon keluar masuk kampung mendampingi para mualaf d sabah. perbagai lapisan masyarakat dia jumpa dari kalas A kepada kalas bawahan ...
ketua bahagian UMNO kota marudu
sdr. wetrom bahanda@mohd fikri abdullah
wetrom masuk kampung keluar kampung carita pulitik
gambar d atas pada mr. aki masing2 ada kekurangannya, ..masing2 ada kekuatannya, sama2 terima islam sebagai anutan. wetrom dari suku dusun rungus, lebon dari dusun kimaragang.. bila masuk islam bapa mereka suda d tukar abdullah, ertinya sama2 satu bapa... ya ! ka..
apa yg mr. aki sedi satakat ini bulum ada dalam dalam sejarah pihak karajaan melantik seorang SENATOR mewakili gulungan MUALAF sadangkan kumpulan ini perlu d perjuangkan.. mr. aki minta ketua bahagian UMNO kota marudu ini kasi basar pikiran... barkaitan parkara yang banyak x sdr. lebon kemukakan pada karajaan melaluai media.. kou lagi cakap, mangkali mangagar juga najib.. lantik SENATOR
(sumber gambar fail risikan mr. aki )


Guru KAFA perlu berfikiran lebih kreatif, kata Tawfiq
22nd May, 2009 - sabah times



TAWAU: Guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) diseru supaya sentiasa ‘berfikir di luar kotak’ dan kreatif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mengajar anak-anak murid mendalami ilmu Al-Quran dan Fardhu Ain.



Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan berkata, mereka juga harus berusaha memastikan anak-anak murid mereka bukan sahaja memahami apa yang diajar, tetapi turut mematuhi ajaran dan tuntutan agama.



“Anak-anak kita bukan sahaja perlu faham tentang hukum hakam agama, tajwid Al-Quran dan sebagainya. Tetapi apa yang lebih penting ialah mereka mempraktikkan segala yang diajar dan dapat dibentuk menjadi umat Islam yang beriman,” kata beliau.



Beliau turut menyatakan bahawa peranan guru agama adalah amat penting terhadap aspek pembangunan negara kerana golongan itu merupakan pembentuk kepada lahirnya generasi masa hadapan yang berilmu dan beramal soleh.



“Guru agama termasuk guru KAFA adalah barisan hadapan negara. Ada yang mengatakan barisan hadapan adalah pe-mimpin. Tetapi perlu kita ingat bahawa guru agama adalah pihak yang akan melahirkan pemimpin negara yang berilmu di dunia dan akhirat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Training Of Trainers (TOT), di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini kelmarin.
Kursus tersebut berhubung kait dengan teknik pengajaran bacaan Al-Quran me-ngikut Kaedah Iqra’.



Menyentuh kursus itu pula, Tawfiq memuji penganjurannya sambil menyifatkan yang kursus itu dapat melahirkan lebih ramai generasi celik Al-Quran di negara ini.
“Saya harap segala ilmu yang ditimba di dalam kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat,” kata-nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM