"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 2 September 2009

Jawapan mr. aki ?

2.Guest: gorigitan oku...bu..tp nda apa sya tau ko tinggi plajaran

2009-09-02 2:35 AM

1.Guest :aki aki...mad ko kara gima ti pomoros nu

2009-09-02 2:35 AM


Nampaknya mara butul urang ini pada mr.aki sampai dia bilang mr. aki ini macam KARA - munyit, inda tau apa pasal dia mara butul pada mr.aki...kalau dia bagi tau buli tahan juga, ini tiba2 dia sarang mr. aki ....jadi mr. aki tarpakasalah malawan apa saja cara, dayus mr. aki kalau inda malawan untuk mempartahankan diri ... Apa pasal ko mara ini ? tulisan mr. aki ka...atau mara pada paribadi mr. aki ? mana satu....ko kasi jalas butul2...kalau mara pasal tulisan mr.aki ko bagi tau bab mana, tajuk mana, keluaran bila baru ngam...kalau pasal peribadi mr. aki ko bagi juga ba...mr.aki ada utang sama ko ka atau apa ? kasi jalas butul2...jangan sampai munyit2 d utan kasi GIGIT sama ko...!!! ada paham ka.butul ko ini indada pikiran...main sarang2 indada pasal, kalau butul2 tulus lagi antar no hp ko di emil mr.aki nanti mr. aki tel ko pasal mr. aki banyak keridittttt...

catatan subuh ..

Subuh ini berapa ramai urang d dunia bangun malakukan solat subuh ? sedikit yg bangun bukan... anda tarmasuk d mana ? inda paya d jawap aaaaaaaa pasal urang yg panipu pasti saja cakap laju ' aku bangun ba solat subuh ' dia bilang...bagus jawap saja d hati. Di dunia ini panipuan talampau banyak, yg manipu bukan saja yg panipu....mala yg kita nampak macam muka2 inda panipu lagi raja panipu...gulungan ini ramai d dunia, inda panipu basar panipu kecil, inda panipu kecil panipu dalam pikiran.........jadi ringkasnya kita kini barada d dunia panipu.

Selasa, 1 September 2009

Sairin terkejut, bangga rakyat beli radio dengar Keningau FM


sisipan: gambar pajabat UMNO bahagian kota marudu, sabah. bangunan ini bukan saja wajip d samak tapi juga wajip bertaubat apa lagi musim ramadhan ini...pajabat ini panuh sagala fail TAPUK2 dan fail BUSUK, walaupun ada ahli suda buat lapuran pada pihak berkaitan...bersurat,rakaman suara, baki duit yang parna d tarima oleh pemberi ...tapi indada juga tindakan yang di ambil oleh pihak berkaitan....ini yang bikin malas TULUNG umno sabanarnya, kes ini buli tanya hasnal hj. omar



1st September, 2009-SABAH TIMES

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, beliau terkejut dan bangga apabila mendapati rakyatnnya berpusu-pusu membeli set radio, hanya kerana mahu mendengar siaran Radio Malaysia Keningau FM.

“Ini menunjukkan rakyat memerlukan maklumat,” jelasnnya semasa memberi reaksi mengenai keghairahan penduduk Keningau membeli set radio sejak kebelakangan ini.

Sairin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau berkata, Radio Malaysia Keningau FM amat penting kepada rakyat di kawasan pedalaman.

“Stesen ini adalah maruah dan mercu tanda rakyat Pedalaman, khususnnya Bandar Keningau sebagai pusatnya,” tegasnya.

Sairin ditemui di sini ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Agama Umno Bahagian Keningau.

Akhbar ini pada Ahad menerbitkan artikel mengenai gelagat penduduk yang sanggup berbelanja besar, semata-mata untuk mendapatkan set radio untuk mendengar siaran stesen itu.

Kebanyakan pendengar stesen itu terdiri daripada penduduk luar Bandar, yang bekerja sebagai penoreh getah, petani, pekebun dan rakyat biasa, yang merupakan sebahagian daripada 400,000 pendengar siaran itu di sini.

Statistik menunjukkan siaran Bahasa Dusun berada di carta teratas kerana mempunyai jumlah pendengar yang paling ramai, disusuli Melayu dan Murut.

Perkembangan terbaru itu mendorong Sairin yang juga Wakil Rakyat Liawan, memohon kepada kerajaan melalui Kementerian Penerangan supaya memberi keutamaan kepada stesen itu.

“Dengan sambutan rakyat yang luar biasa seperti ini, tidak ada sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan penambahan waktu siaran stesen itu,” kata Sairin dan menambah, stesen itu perlu bersiaran setiap hari sebagai saluran maklumat kepada rakyat.

Menjawab satu soalan, pembantu menteri itu berkata, pihaknnya telah menyediakan tapak seluas 20 ekar untuk menempatkan bangunan stesen Radio Keningau FM.

“Rakyat Keningau benar-benar komited dan memerlukan stesen itu beroperasi setiap hari,” katannya dan menambah, siaran stesen itu juga perlu diperluaskan.

Ramadhan 10

ULASAN MR. AKI - kemulian ramadhan banduan ini terlapas dari tali gantung, kemudian d kasi bibas hukuman penjara seumur hidup kerana barakat ramadhan juga.....inilah parjalanan hidup.


Banduan bebas sempena merdeka


LEE Soon Sian melambai ke arah warden Penjara Kluang, Johor, semalam.


KLUANG 31 Ogos - "Selama ini, saya hanya tahu menyebut perkataan merdeka, tetapi hari ini baru saya tahu makna sebenar perkataan itu apabila dibebaskan dari penjara walaupun pernah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah," kata Lee Soon Sian.

Soon Sian mencatatkan sejarah pada Hari Kemerdekaan Ke-52 hari ini apabila bukan sahaja terlepas daripada hukuman mati kira-kira 13 tahun lalu, sebaliknya dia sekali lagi mendapat pengampunan dibebaskan dari Penjara Kluang, hari ini.

Kedua-dua pengampunan itu diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Lebih manis lagi, dia merupakan satu-satunya banduan yang dibebaskan sempena Hari Kebangsaan setakat ini.

Soon Sian, 39, sebelum itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada tahun 1994.

Setelah membuat rayuan, dia kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Azlan pada tahun 1996 dan hukuman itu telah diringankan kepada penjara seumur hidup.

Dia yang tidak pernah berputus asa, terus membuat rayuan demi rayuan sebelum baginda sekali-lagi memperkenankan permintaannya supaya dia dibebaskan hari ini.

"Lebih meninggalkan kesan pada diri saya ialah ketika dilepaskan daripada hukuman gantung dulu, keputusan itu saya terima pada bulan Ramadan. Kali ini, sekali lagi keputusan untuk membebaskan saya juga diterima pada bulan yang sama.

"Maknanya jika bulan Ramadan adalah bulan mulia dan penuh keberkatan bagi orang Islam, bulan Ramadan juga saya anggap bulan paling bertuah kepada saya, tak tahulah macam mana saya nak ucap terima kasih pada Tuanku, rasa macam nak melutut di kaki baginda," kata Soon Sian yang hanya mengenali Raja Azlan melalui gambar sahaja.

Sebelum itu, kira-kira pukul 9 pagi ini, Soo Sian dibawa keluar dari selnya oleh dua wadar penjara untuk bertemu dengan Pengarah Penjara Kluang, Penolong Kanan Komisioner Roslan Mohamed dan Penolong Komisioner Penjara, Supri Hashim dari Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Kira-kira 10 minit kemudian, Roslan mengarahkan Soo Sian menggantikan pakaian penjaranya sebelum kedua-duanya masuk ke bilik dokumentasi.

Di situ, Roslan menurunkan tandatangan tidak kurang daripada 10 dokumen sebelum membacakan perintah pembebasan kepada Soo Sian.

Beliau juga sempat memberikan nasihat dan perangsang kepada banduan berkenaan, di saat itu mata Soo Sian kelihatan bergenang.

Kemudian Roslan meminta seorang pegawainya menyerahkan sejumlah wang gaji yang dikumpul Soo Sian dan pada masa sama meminta dia mengiranya secara teliti.

Soo Sian yang agak terketar-ketar mengira dengan penuh khusyuk setiap helai wang diterimanya.

Selepas itu terpancar senyuman pada mulut Soo Sian sebelum dia bersalaman dengan setiap pegawai dan wadar yang berada di situ.

Sementara itu Roslan berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan keputusan Sultan Perak yang memperkenankan rayuan pembebasan Soon Sian.

Menurutnya, ini disebabkan Soon Sian telah menunjukkan sifat dan kelakuan yang terpuji sepanjang 19 tahun ditahan dalam penjara.

Katanya, banduan berkenaan tidak pernah melanggar peraturan penjara bahkan sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk insaf dan tidak mengulangi kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

"Antara sikapnya yang saya ingat adalah kesanggupannya menyerahkan wang sebanyak RM1,000 yang dia kumpul selama bekerja di dalam penjara semata-mata untuk mengubati bapanya yang sedang uzur.

"Atas semua faktor itu, kami rasa telah membuat tindakan yang betul untuk membawa rayuan Soon Sian ke Lembaga Pengampunan dan saya menganggap keputusan yang baginda buat untuk melepaskan banduan itu tepat pada waktunya," ujar Roslan.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM