sisipan: gambar pajabat UMNO bahagian kota marudu, sabah. bangunan ini bukan saja wajip d samak tapi juga wajip bertaubat apa lagi musim ramadhan ini...pajabat ini panuh sagala fail TAPUK2 dan fail BUSUK, walaupun ada ahli suda buat lapuran pada pihak berkaitan...bersurat,rakaman suara, baki duit yang parna d tarima oleh pemberi ...tapi indada juga tindakan yang di ambil oleh pihak berkaitan....ini yang bikin malas TULUNG umno sabanarnya, kes ini buli tanya hasnal hj. omar
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, beliau terkejut dan bangga apabila mendapati rakyatnnya berpusu-pusu membeli set radio, hanya kerana mahu mendengar siaran Radio Malaysia Keningau FM.
“Ini menunjukkan rakyat memerlukan maklumat,” jelasnnya semasa memberi reaksi mengenai keghairahan penduduk Keningau membeli set radio sejak kebelakangan ini.
Sairin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau berkata, Radio Malaysia Keningau FM amat penting kepada rakyat di kawasan pedalaman.
“Stesen ini adalah maruah dan mercu tanda rakyat Pedalaman, khususnnya Bandar Keningau sebagai pusatnya,” tegasnya.
Sairin ditemui di sini ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Agama Umno Bahagian Keningau.
Akhbar ini pada Ahad menerbitkan artikel mengenai gelagat penduduk yang sanggup berbelanja besar, semata-mata untuk mendapatkan set radio untuk mendengar siaran stesen itu.
Kebanyakan pendengar stesen itu terdiri daripada penduduk luar Bandar, yang bekerja sebagai penoreh getah, petani, pekebun dan rakyat biasa, yang merupakan sebahagian daripada 400,000 pendengar siaran itu di sini.
Statistik menunjukkan siaran Bahasa Dusun berada di carta teratas kerana mempunyai jumlah pendengar yang paling ramai, disusuli Melayu dan Murut.
Perkembangan terbaru itu mendorong Sairin yang juga Wakil Rakyat Liawan, memohon kepada kerajaan melalui Kementerian Penerangan supaya memberi keutamaan kepada stesen itu.
“Dengan sambutan rakyat yang luar biasa seperti ini, tidak ada sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan penambahan waktu siaran stesen itu,” kata Sairin dan menambah, stesen itu perlu bersiaran setiap hari sebagai saluran maklumat kepada rakyat.
Menjawab satu soalan, pembantu menteri itu berkata, pihaknnya telah menyediakan tapak seluas 20 ekar untuk menempatkan bangunan stesen Radio Keningau FM.
“Rakyat Keningau benar-benar komited dan memerlukan stesen itu beroperasi setiap hari,” katannya dan menambah, siaran stesen itu juga perlu diperluaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...