"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 2 Jun 2009

Berita Terkini Astaka Tandik

salapas d balasa habis2an oleh pembuluk kota marudu, dan tandik.. berkaitan astaka roboh, maka dengan rasminya pihak DO ( pagawai daerah kota marudu )memberi jawaban.. bahawa pihak kuntirik akan buat semula bangunan yang tumbang..bukan alang2 sadap punya jawaban, ini semua urang tahu..inda paya bagi tahu pun memang tangungjawab pihak kuntirik buat semula...cukup inda cukup itu peruntukan, itu kuntirik punya tangungan. mr. aki suda jangka ini jawaban...yang kamik perseoalkan bukan buat semula, ini yang kamik mahu tanya dan jawab;

1. robohnya bannguan tersebut karana indada pagawai (jurutera)membuat pemantawan setiap masa..kalau ada inda mungkin pihak kuntirik buat jawaban..robohnya bangunan karana tiang penyokong d cabut awal..bukan main sadap punya alasan..macam ini kuntirik inda paham BQ karaja, kalau inda paham buat karaja jangan buat...bagi pada urang yang paham dan mahir. Ini bermakana ada dalang d sabalik purijik ini !!!



2. pelan bangunan yang ada inda d ikut , karana mau untung banyak, mau jimat kos, mau capat karaja...supaya dapat duit cepat2 dan buli bagi2 peratusan kepada BUAYA2 DARAT, LINTA2 DARAT, PUNTIYANAK HISAP DARAAA..kamu inda buli tapuk2 pada mr. aki hal ini, mr.aki ada pangalaman...


Kalau bagilah sikap yang berkaitan..berapa BILION, Berapa JUTA d umban d sabah pun indada guna..butul rakyat d bagi kemudahan,tapi indada erti..salagi petualang2 d sabalik jawatan inda buat karaja dengan JUJUR ..salagi itulah rakyat akan mangamukk...mr. aki minta pihak berwajib tampil segara siasat kejadian astaka tandik yang roboh !!!

Alang2 Tumbang Biar Butul2 TUMBANG

Monday, June 1, 2009

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com

'' Lensa Minda ''


Siapa yang wajar dipersalahkan dalam hal ini ? Apa hikmah di sebalik kejadian ini ?
para pembaca tentu punya pandangan dan jawaban tersendiri...



Petang tadi, lensa minda bergegas melihat sendiri kejadian bangunan astaka pekan Tandek yang ROBOH. Bersama Tikung SAM, kami datang melihat sendiri kebenaran di sebalik ROBOHnya projek mega untuk Tandek.. dan inilah hasilnya ...



Astaka pekan Tandek yang sedang dalam pembinaan, ROBOH minggu lalu. Kenapa ia ROBOH ?Masyarakat setempat perlukan jawaban...

SUMBRR; http://marudubloggers.blogspot.com/

ini butul2 kapadasan mata mr. aki gara2 barita d atas yang bukan saja bikin malu sama karajaan tapi seolah-olah tanda2 awal akan tumbangnya pemimpin kota marudu dan tandik.. kalau ini patanda dia, maka karajaan inda buli mara2 pada pengundi tandik akan datang..mr.aki salama ini banyak x suda kasi papar cerita kota marudu dan tandik.


Kanapa bangunan ini tumbang ? jawaban sanang saja..sagala bahan binaan inda bagus, inda cukup sempurna, inda ngam cara buat..raingkasnya inda ikut skop karaja JKR.Kanapa ? jawabnya; mau untung banyak, mau kaya capat, mau kasi capat siap karaja, mau capat terima bayaran dari karajaan..siapa yang dapat ini karaja ? jawabnya; yang ada lesin, yang ada talian hayat pulitik, urang kuat pemimpin YB d kota marudu..ini bukan cerita buhung, semua urang kota marudu tahu cerita ini...


bangunan ini ROBOH suda 1 mingu, YB anita baranting dan YB dr.max bulum buat penjalasan rasmi pada rakyat.. kanapa dia roboh, kanapa dia tumbang...sadangkan d tandik indada sejara adanya gampa bumi, indada sejara adanya ribut jahu sakali tsunami...yang ada ribut pulitik, yang ada gampa bumi pulitik dan tsunami pulitik..walaupun 2 YB ini manang d sini tapi kamanangan dia adanya HANTU PILIHAN RAYA, TOYOL BAGI2 DUIT..dulu masa pilihan raya d sini, SPR tiba2 kasi umum peti undi d beberapa kawasan bukit lambat sampai.. alasan kabus tebal dan angin kuat.. itu kapal inda buli terbang,bikin katawa butul2 diurang punya alasan.. kalau tipu katakan tipu bah, hidup2 urang tandik d kasi buyuk..


Mr. aki nampak yang kasi tanam rasa KEBENCIAN pada karajaan sabanarnya bukan datang dari rakyat.. tapi dari pemimpin itu sendiri..lihat saja bangunan yang tumbang d tandik ini..bangunan tumbang mereka jadi BATU SAJA, inda buat apa2 kanyataan..pasal mau bincang2 dulu macam mana mau kasi tutup tong tahi yang busuk, bincang2 dulu macam mana mau cari bahasa paling sadap d dengar oleh rakyat...

bincanglah kamu, rundinglah kamu...bahasa apa saja kamu pakai, alasan apa saja kamu buat silakannnn...TUMBANG TATAP TUMBANG !!! kamik sokong karajaan tapi karajaan sala pili calun..ada urang kata apapun alasan urang tandik MANANG TATAP MANANG..butul cakap urang ini, tapi urang ini sabanarnya kamik kanal muka dia, kamik kanal jalan pikiran dia, kamik kanal gaya dia...MACAM ULAR, MACAM RUDAI/SUSUMPAH BULI TUKAR2 WARNA KULIT DIA..YANG PENTING SALAMAT..ini pajuang derhaka pada rakyat dia sendiri. Apakah JADAHNYA ( NTV7 ), kata mr. aki apakah JAHANAMNYA...kou pikirlah sendiri !!!



Isnin, 1 Jun 2009

Baik tatap baik ...


Dr. max antara YB d sabah yang pintar...juga antara YB yang jarang2 jumpa pengundi, inda percaya tanya urang kota marudu, matunggung dan tandik..dia manang bukan karana dia d sayangi rakyat macam si lajim, dia manang karana ada karaja HARAM d kasi HALAL. masa pilihan raya ..kalau barani bersumpah, kamik urang tandik bersdia bersumpah dengan Dr.max .. buli sebut apa saja BALA pataka menimpa pada tandik jika inda butul dia main HARAM... Mati serta merta pun buli.., kanyataan mr.aki ini memang inda buli d kasi bahan bukti, pasal bukti ada d tangan PANJAHAT, bukti ada d tanggan HANTU pilihan raya ..tapi mr. aki berani bersumpa dengan siapa saja yang menyatakan bahawa dr. max adalah manusia paling BERSIH..inda amal pulitik HARAM.kalau ada jumpa mr.aki kita buat sumpa paling bisaaaa sampai mati..ada urang mau ?

mr. aki mara karana RAKYATTTTT



si lajim ini masa dalam PBS lah bintang dia naik...menurut kawan mr. aki lajim ini kira kutu rayau juga ( lipak ) d tampat baliat, kelulusan dia pun inda juga tingi...cuma sikarang ini banyak YB2 tiba2 ada kelulusan luar negara, bukan alang2 segala kepujian itu dan ini terpampang dalam sijil mereka ... ( bukan susa bah, sijil sikarang ini buli beli, atau urang lain buat kajian..yang panting ada TOYOL curi duit... )

Kemudian bila dia lumpat dari ke UMNO dengan si Rubin makin bartambalah bintang si lajim ini sampai jadi menteri...sukurlah pada Allah. Lajim dulu dan sikarang dia inda lupa pasal kebajikan urang2 dia yang pakir segala pakir dia suka tulung, dia suka hulur duit..macam mana dia dapat duit biara dia saja ynag tahuuu....bukan itu saja dia rajin masuk kampung, bawa purijik d kawasan dia...kawan mr.aki d kuala penyu kata lajim ini inda buli d lawan oleh siapa saja musu pulitik pasal dia d sayangi oleh rakyat..apa ilmu dia pakai patut YB2 balajar dengan lajim.

Mr. Aki tabik sama kou lajim..kou buatlah apa saja kalau untuk rakyat, mr.aki urang pertama berada d saf depan pukul musu pulitik kou..bagi tau saja dengan mr. aki

Anjur lebih banyak program dekati rakyat, kata Lajim

31st May, 2009-sabah times

KUALA PENYU: Jabatan dan agensi kerajaan disaran supaya menganjurkan lebih ba-nyak program mendekati rakyat untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, berkata program seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan pegawai pegawai kerajaan namun ianya menjadi wadah untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi menjelaskan dasar dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Sebagai pelanggan kepada sesebuah jabatan kerajaan, rakyat mengharapkan satu sistem penyampaian yang berkesan bagi memudahkan penduduk mendapat maklumat sebenar,” kata-nya ketika berucap di majlis Dialog Bersama Rakyat di Kampung Menunggang dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmond Teo; Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Kimjus Duim; serta pegawai pegawai kerajaan dari daerah Kuala Penyu.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, program seperti itu dapat merapatkan hubungan yang baik di antara kedua-dua belah pihak sekaligus memudahkan segala program yang dirancang bagi faedah bersama selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abd.Razak “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.”

“Usaha memperbaiki dan mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan perlu dilakukan bukan sahaja melalui piagam pelanggan yang dipaparkan di pejabat-pejabat sahaja.

“Namun juga boleh dilakukan di luar pejabat dengan mengadakan program bersama rakyat di kawasan luar bandar khususnya, bagi memberikan peluang kepada rakyat memahami fungsi dan peranan jabatan serta agensi kerajaan yang terbabit,” katanya.

Tambah Lajim, pihaknya khususnya Pusat Khidmat Parlimen Beaufort mengalu-alukan program yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Me-nunggang kerana tidak melupakan tanggungjawab sosialnya kepada golongan masyarakat di kampung itu.

Justeru katanya, pendekatan seperti ini juga dapat membantu mengatasi masalah miskin dan miskin tegar yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri menjelang tahun 2010.

Katanya, masalah miskin dan miskin tegar merupakan tanggungjawab semua pihak me-ngikut peranan dan fungsi masing-masing seperti bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran, kesihatan dan sebagainya.

Siapa Butul


'' Inilah muka2 urang bukit, malu2 walaupun suda tua, inda sama urang2 bandar. malunya suda indada.. gambar ini cuma hiasan unuk d renung dan pikir2kan ''

Sumpahan apa yang kana pada PPP ini ? sebuah pati india ( BN ) samakin manjadi tikam menikam mulut...masing2 cakap saya yang butul. dan dia yang inda butul, yang inda bangaam ini bukan urang indada sikula. mr. aki tingok kalau ini terus berlaku sampai pilihan raya ke 13 maka awal2 BN akan tumbang... pasal sama2 sendiri akan bertumbuk. sadangkan pebangkang samakin bersatu ...akibat tamak dan haloba dengan pangkat dan darjat ....

‘Sikap Kayveas macam ketam’ – Murugiah

IPOH 31 Mei – ‘‘Dia (Datuk M. Kayveas) macam ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dia sendiri jalan tak betul,’’ kata Senator Datuk T. Murugiah berhubung nasihat Kayveas supaya beliau berundur dan tidak lagi menimbulkan kekacauan dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Kayveas yang sepatutnya berundur secara baik kerana dirinya bukan lagi Presiden parti.

‘‘Dia (Kayveas) tuduh saya merancang untuk merosakkan parti, sebenarnya saya sedang menyelamatkan parti. Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk membubarkan PPP,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Murugiah, beliau tidak faham dengan sikap Kayveas yang hanya bercakap besar sedangkan dirinya banyak melakukan kesilapan dalam parti.

‘‘Bayangkan bahagian dia sendiri (Taiping) telah dibubarkan oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan). Sekarang dia kata orang lain tak betul,’’ katanya.

PPP Bahagian Taiping yang diketuai Kayveas telah dibubarkan oleh ROS pada 2006 berikutan gagal menghantar laporan dan penyata kira-kira tahunannya.

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM