'' Inilah muka2 urang bukit, malu2 walaupun suda tua, inda sama urang2 bandar. malunya suda indada.. gambar ini cuma hiasan unuk d renung dan pikir2kan ''
Sumpahan apa yang kana pada PPP ini ? sebuah pati india ( BN ) samakin manjadi tikam menikam mulut...masing2 cakap saya yang butul. dan dia yang inda butul, yang inda bangaam ini bukan urang indada sikula. mr. aki tingok kalau ini terus berlaku sampai pilihan raya ke 13 maka awal2 BN akan tumbang... pasal sama2 sendiri akan bertumbuk. sadangkan pebangkang samakin bersatu ...akibat tamak dan haloba dengan pangkat dan darjat ....
‘Sikap Kayveas macam ketam’ – Murugiah
IPOH 31 Mei – ‘‘Dia (Datuk M. Kayveas) macam ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dia sendiri jalan tak betul,’’ kata Senator Datuk T. Murugiah berhubung nasihat Kayveas supaya beliau berundur dan tidak lagi menimbulkan kekacauan dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Kayveas yang sepatutnya berundur secara baik kerana dirinya bukan lagi Presiden parti.
‘‘Dia (Kayveas) tuduh saya merancang untuk merosakkan parti, sebenarnya saya sedang menyelamatkan parti. Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk membubarkan PPP,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelas Murugiah, beliau tidak faham dengan sikap Kayveas yang hanya bercakap besar sedangkan dirinya banyak melakukan kesilapan dalam parti.
‘‘Bayangkan bahagian dia sendiri (Taiping) telah dibubarkan oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan). Sekarang dia kata orang lain tak betul,’’ katanya.
PPP Bahagian Taiping yang diketuai Kayveas telah dibubarkan oleh ROS pada 2006 berikutan gagal menghantar laporan dan penyata kira-kira tahunannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...