"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 9 Mac 2013

BANGSA TAUSUG


 Aki inda mau mengulas ini suara hati sabah .. mari kita kongsi

Jika dalam suratan takdir sudah tersurat Sabah bergolak seperti sekarang, sebagai orang Islam, kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar dengan membawa panji-panji KEAMANAN. Alasannya, kita saudara seislam. Keyakinan kita sama, Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu utusanNya. Kerana ini, saudara-saudara Tausug, siramlah kesumat yang membara di hati kalian. Sejarah lama yang kalian baca berserta hak-hak yang kalian timbulkan, redhalah itu bukan rezeki kalian. Begitu, setelah menempuh pelbagai proses perjanjian oleh pihak ketiga, bumi Sabah bukan lagi milik kalian. Sementara ketidakadilan yang berlaku dalam perjanjian, usah kalian risau kerana di akhirat, hak kalian pasti Allah kembalikan. Siapapun yang menzalimi mana-mana pihak, itu juga tidak terlepas di mahkamah mahsyar Allah. Saudara-saudaraku Tausug, dalam dunia ini ada dua perundangan yang wajib kita taati. 

Pertama, undang-undang Allah.
Kedua, undang-undang buatan manusia. 

Kedua-duanya mesti kita ikut kerana tujuannya untuk keamanan dunia. Usah kita cuba melanggar keduanya dengan niat tidak baik apalagi kerana tindakan kita bakal mencetuskan ketidakamanan sejagat. 

Saudara-saudaraku Tausug, kami menerima berita dari bermacam sumber. Antaranya, kami mendengar khabar bahawa ada antara kalian yang akan datang menggayang kami di Sabah beserta puluhan ribu lagi askar. Sama ada berita ini benar atau tidak, sejujurnya kami berasa tergganggu dengan berita ini. Jika terdetik niat demikian di hati kalian, kami mohon agar kalian batalkan niat yang tiada untungnya ini kerana yang berlaku nanti adalah pertumpahan darah sesama kita. Sebaliknya, jika kalian datang dengan membawa persaudaraan sebagaimana dituntut dalam Islam, maka ketahuilah bahawa kami pasti sambut kalian sebagaimana golongan Muhajirin disambut golongan Ansor di Madinah. Pun, dengan mematuhi perundangan negara.


SUMBER; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=344083532378965&set=a.222759011178085.48511.222751677845485&type=1&theater

Isnin, 4 Mac 2013

KANAPA URANG AGAMA BISU, KEMELUT DI LAHAD DATU AAAA ?

 si harisss pula sanang2 saja bilang .. bagi saja pihak sulu 200 juta abis ceritaaaa

Kanapa urang2 agama diam2 dalam isu yang barlaku di Sabah ? kanapa ulama, ustaz, tuan guru pondok inda barani bacakap dan mengulas mengikut islam ... masakan indada pandangan islam pasal perstiwan timbak menimbak sampai ada mati  .. kamu baca apa pandanga urang islam sabah pasal kamu diammmmmmmmm ... inda mengulas. 

http://suaramualaf.com/index.php?option=com_content&view=article&id=142:kemelut-lahad-datu&catid=5:berita-mualaf

30 PENDUDUK TANJUNG LABIAN, LAHAD DATU KANA TAWAN ?

TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.

"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.

Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.

"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.
 
http://sabahkinimirror.blogspot.com/search?updated-max=2013-03-04T12%3A16%3A00%2B08%3A00&max-results=7

Ahad, 3 Mac 2013

BERITA DARI LAHAD DATU




ISU LAHAD DATU TERKINI

Kamu dengar apa dia bilang pasal lahad datu sabah .. panjang suda ini cerita adissss
 


ANUAR IBRAHIM BUKA MULUT

Aki sukung 1000%  tindakan anuar .. kalau indada buat untuk apa takut dan bagi paluang manusia kasarungan hantu, yang balik2 kasi kuyak mulut buat cerita palui butul .. aki indada iskula pun buli pikir barang2 macam itu ..kasi bubar capat supaya rakyat dapat mengundi, kamu punya cakap saja mau di dengar rakyat punya langsung kamu inda dengar. INI X LAH

Sabtu, 2 Mac 2013

TEMBAKAN DI SEMPURNA




LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA

YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.

Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa

TEMBAK-MENEMBAK DI SEMPORNA

Aki mandapat tel dari kawan, bilangnya di sempurna sikarang batimbak dan ada yang kana timbak .. adisss sudalah di lahad datu bulum salasai kes .. timbul lagi kes lain, siapa2 ada kawan atau kaluarga kamu cuba tel sikarang..kalau kamu inda tel nanti kamu bilang aki buhung ..punca dia aki inda tau kanapa.

si majidul pun tarima barita sama pulak ini; http://www.mazidulakmal.com/2013/03/terkini-kejadian-tembak-menembak-di.html
Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM