"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 9 Mac 2013

BANGSA TAUSUG


 Aki inda mau mengulas ini suara hati sabah .. mari kita kongsi

Jika dalam suratan takdir sudah tersurat Sabah bergolak seperti sekarang, sebagai orang Islam, kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar dengan membawa panji-panji KEAMANAN. Alasannya, kita saudara seislam. Keyakinan kita sama, Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu utusanNya. Kerana ini, saudara-saudara Tausug, siramlah kesumat yang membara di hati kalian. Sejarah lama yang kalian baca berserta hak-hak yang kalian timbulkan, redhalah itu bukan rezeki kalian. Begitu, setelah menempuh pelbagai proses perjanjian oleh pihak ketiga, bumi Sabah bukan lagi milik kalian. Sementara ketidakadilan yang berlaku dalam perjanjian, usah kalian risau kerana di akhirat, hak kalian pasti Allah kembalikan. Siapapun yang menzalimi mana-mana pihak, itu juga tidak terlepas di mahkamah mahsyar Allah. Saudara-saudaraku Tausug, dalam dunia ini ada dua perundangan yang wajib kita taati. 

Pertama, undang-undang Allah.
Kedua, undang-undang buatan manusia. 

Kedua-duanya mesti kita ikut kerana tujuannya untuk keamanan dunia. Usah kita cuba melanggar keduanya dengan niat tidak baik apalagi kerana tindakan kita bakal mencetuskan ketidakamanan sejagat. 

Saudara-saudaraku Tausug, kami menerima berita dari bermacam sumber. Antaranya, kami mendengar khabar bahawa ada antara kalian yang akan datang menggayang kami di Sabah beserta puluhan ribu lagi askar. Sama ada berita ini benar atau tidak, sejujurnya kami berasa tergganggu dengan berita ini. Jika terdetik niat demikian di hati kalian, kami mohon agar kalian batalkan niat yang tiada untungnya ini kerana yang berlaku nanti adalah pertumpahan darah sesama kita. Sebaliknya, jika kalian datang dengan membawa persaudaraan sebagaimana dituntut dalam Islam, maka ketahuilah bahawa kami pasti sambut kalian sebagaimana golongan Muhajirin disambut golongan Ansor di Madinah. Pun, dengan mematuhi perundangan negara.


SUMBER; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=344083532378965&set=a.222759011178085.48511.222751677845485&type=1&theater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM