TINDAKAN lambat pihak keselamatan termasuk Menteri Dalam Negeri menyebabkan 30 penduduk Tanjung Labian dan Tanjung Batu ditawan 50 militan Filipina yang bersenjata berat di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Cawangan UMNO Tg Labian, Kunsul Nahul yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mengesahkan anaknya, Rudy, merupakan salah seorang penduduk yang ditawan.
"Semalam kita sudah sampaikan aduan kepada pegawai kanan polis dan pihak atasan polis, tetapi sepanjang malam penduduk yang ketakutan tidakpun melihat seorang polis yang datang sehinggalah mereka ditawan sekitar jam 9 pagi tadi," kata Kunsul dengan nada kesal.
Tegas Kunsul, sewajarnya tugas memburu serpihan militan yang digempur di Kampung Tanduo baru-baru ini diserahkan kepada Tentera kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang militan, gerila dan taktikal.
"Penduduk Labian kini terancam kepada serangan lanun kerana PDRM gagal memastikan 13 kampung tradisi di Zon Labian selamat daripada serangan lanun dan militan. Kami tidak yakin kepada pasukan keselamatan setelah insiden yang berlaku di Tanduo dan kini merebak ke Tanjung Batu, Pasusul dan Labian," kata Kunsul yang kesal kerana PDRM tidak sensitif terhadap perasaan dan trauma penduduk kampung.
http://sabahkinimirror.blogspot.com/search?updated-max=2013-03-04T12%3A16%3A00%2B08%3A00&max-results=7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...