"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 9 Disember 2010

Tertipu dan di TIPU


Cuba pikir ... kes kedua-dua ini sama bunyi dia D ' TIPU dan TIPU ' kasi tungan langang macam mana pun tatap juga TIPU inda ilang kan ? dulu menteri ini d kawal bagaikan emas .. mana2 saja pulis kawal dia hebattttt karana apa ? jawatan, pangkat, kedudukan .. apa saja keluar dari mulut dia di tunggu oleh urang, yg menungu macam2 jenis tukang kipasa ada, tukang sorak ada, tukang sagala tukang adaaaa mereka ini ada saja pandapatan dari dia .. sikarang d kawal juga tapi pigi masuk kandang makamah untuk beberapa kes yg melibatkan kuasa dia masa zaman dia menjadi kerajaan...kita tunggu keputusan.

yang d bawa pulak sama juga .. d tipu oleh kawan, utak dia yg pikir dan buat urang lain pulak yang dapatt hasilnya. Aduiiiiii duniaaaaa ringkasnya siapa yg penipu ? urang miskin ka atau urang kaya ? urang kampung ka atau urang kota ? Balik kampung kita .. rakyat balik2 d tipu masa pilihan raya , rakyat pulak budu2 d bagi itu .... suda mulut inda buli buka . las2 cakap d kadai kupi dengan rukuk daun, urang lain isap rukuk RM 25 sebatang dan naik ninja king c kawan lugai2 jalan kaki...inda apa

( Kosmo )

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam dimaklumkan barisan pendakwaan akan membekalkan pihak pembelaan dengan dokumen-dokumen rahsia kerajaan berhubung kes penipuan RM1.08 bilion berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyediakan dokumen tersebut, sebagaimana diminta oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili bekas presiden MCA itu.

"Kami akan membekalkan lebih daripada 200 dokumen tersebut, yang sesetengahnya adalah rahsia," kata Abdul Gani yang memberitahu dokumen tersebut akan diserahkan bulan depan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi kemudian menetapkan 3 hingga 20 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap Liong Sik, 67. Beliau menghadapi pertuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek mega di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).


LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi memfailkan saman terhadapnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.

Dawaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.

Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.

Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta) bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.

Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.

Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)

Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).

Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM