"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 10 September 2009

Dua syarikat tuntut bayaran segera mangsa banjir di Pitas

mana2 pihak ambil lah bah parhatian kes ini ... ingat balik kata PM kita ' RAKYAT D KADI DULU2 DAN PERISTASI D KASI UTAMA ' diurang pun mau makan juga, diurang pun mau maju juga...jangan kasi lambat2 nanti jadi panyakit....!!!


9th September, 2009-sabah times

PITAS: Dua syarikat yang menjadi pembekal bahan makanan dan peralatan keperluan peribadi untuk pusat pemindahan kepada kira-kira 5,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di daerah Pitas akhir tahun lepas dan awal tahun ini merayu kepada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab membuat pembayaran segera terhadap tuntutan mereka.

Dua daripada enam syarikat yang telah diberi mandat untuk menyediakan atau membekal bahan-bahan keperluan mendadak contohnya Pengurus Syarikat Ain Teguh Best Shop Pitas Puan Noraini Nordin telah dipertanggungjawabkan menyediakan bahan makanan mentah seperti beras, gula, kopi, susu, roti, sadin, minyak masak dan lain-lain.

Manakala Pengurus Syukur Enterprise, Jamilah Abdul Sani dipertanggung jawabkan untuk menyediakan peralatan keperluan peribadi dalam pusat pemindahan tersebut seperti selimut, bantal, tilam, tikar getah, tangki air dan lain-lain

Puan Noraini dan Jamilah menemui akhbar merayu kepada Jabatan atau Kementerian yang telah diberi kuasa untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan mereka agar segera melaksanakannya memandangkan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah gen_ting seperti melunaskan pinjaman bank dan juga hutang piutang dengan syarikat lain semata-mata membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya pada bila-bila masa saja bakal dibawa ke mahkamah,” kata Noraini hanya disebabkan kelewatan menjelaskan balik pinjaman yang beliau buat dari bank dan syarikat lain.

Katanya bekalan yang telah beliau serahkan berjumlah kira-kira RM750,000 demikian juga Jamilah tuntutan lebih RM100,00 itu menjadikan beliau kehilangan modal pusingan perniagaan

Kedua-dua mereka berkata mereka sebagai peniaga bumiputera yang serba kekurangan terutama sekali dari sudut modal kewangan amat sukar meneruskan perniagaan lain jika modal terpakai tidak dapat dibayar balik

“Pada mulanya kami sudah mengemukakan masalah ini kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM Sabah bagi Daerah Pitas yang mengeluarkan surat tawaran dan selepas melalui saluran tertentu di peringkat daerah secara kami mengajukannya ke peringkat negeri tetapi tuntutan kami itu di serah ke beberapa pihak lain sehinggalah membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikaitkan dalam hal pembayaran ini.

Merujuk kepada taklimat mangsa banjir yang disampaikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri SKN bagi daerah Pitas awal tahun ini beliau telah berjanji bahawa akan menguruskan perkara ini secepatnya sebab ini katanya bencana alam keperluan mendadak dan peruntukan kilat tersedia ada

“Oleh kerana kami sudah tidak larat lagi ulang alik ke Kota Kinabalu disebabkan bulan Ramadan, kami terpaksa menggunakan untuk merayu kepada mana-mana Jabatan atau Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan kami,” kata kedua-dua peniaga ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM