JAMBATAN LAMA JAMBATAN BARU | |
enduduk ragui keutuhan jambatan baru | |
3rd July, 2009
Pengadu mendakwa bahawa kebanyakan penduduk agak risau dengan keselamatan mereka menggunakan jambatan tersebut berikutan kayu yang diguna sebagai tiang jambatan merupakan kayu jenis OT. Menurutnya, mereka beranggapan jambatan baru tersebut tidak akan bertahan lama. Dan apa yang merisaukan mereka ialah salah satu daripada tiangnya dibina berdekatan dengan bekas tanah terhakis akibat banjir. “Sebelum jambatan ini siap dibina, penduduk telah menyuarakan perkara ini (hakisan) kepada pihak-pihak yang berkaitan dan mereka memberi jaminan akan membina benteng bagi tujuan keselamatan. Malangnya, jambatan ini sudah siap dibina dan digunakan tetapi kami belum melihat benteng yang dijanjikan oleh pihak tersebut. “Kami menerima seadanya pembinaan jambatan ini, malah sangat bersyukur kerana kerajaan memperuntukkan bajet bagi pembinaan jambatan yang sangat membantu hidup penduduk di sini. Namun perkara yang amat kami kesal ialah keadaan jambatan yang membuatkan penduduk ragu-ragu menggunakannya,” jelasnya. “Baru-baru inipun, selepas hujan lebat kami mendapati terdapat kesan pergerakan di kawasan jangkar tiang jambatan. Hal ini menambahkan keriasauan kami,” adunya. Katanya, kebanyakkan penduduk memilih untuk menggunakan jambatan lama yang masih belum dirobohkan. “Kami akui jambatan ini lebih cantik daripada jambatan lama tetapi kami agak risau akan keselamatan pengguna lain seperti kanak-kanak. Mungkin ada yang beranggapan kalau jatuh pun, di sungai juga tetapi bagaimana jika kana-kanak yang jatuh tersebut tidak pandai berenang?” soalnya. Tambahnya lagi, “hal ini memang belum berlaku… tetapi janganlah tunggu perkara buruk berlaku barulah ramai pihak turun padang. Sekarang ini kami cuma meminta semua pihak yang berkaitan termasuklah YB memantau keadaan jambatan ini samada ia (jambatan) selamat digunakan ataupun tidak”.
ActionLine cuma berharap agar mana-mana pihak yang berkaitan dalam hal ini dapat tampil memberi penjelasan bagi mengurangkan keraguan penduduk di Kg. Timbang Batu, kota Marudu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...